TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, November 6, 2014

Terkini: Bahaya Fitnah " Fitnah itu lebih berbahaya daripada pembunuhan.’’

#merakyatkan_Perlembagaan.

Fahami dan Hindarilah!
Fitnah merupakan penyakit hati yang membawa kepada kebencian, permusuhan dan pecah belah sesama manusia.

Dari sudut ajaran Islam berkaitan bahaya lidah ini, adakalanya manusia itu leka dan mengungkapkan sesuatu tanpa berfikir tentang akibatnya.Perilaku yang sedemikian boleh menjerumuskan penuturnya kedalam azab Allah SWT.


Bahaya lisan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya melalui bentuk FITNAH, UMPATAN, CACIAN DAN UNGKAPAN BAHASA YANG KURANG SOPAN.Bentuk FITNAH MERUPAKAN BAHAYA YANG TERBESAR KERANA PERBUATAN FITNAH ITU BOLEH MEMBUNUH MARUAH SESEORANG.Allah SWT berfirman;‘’ Fitnah itu lebih berbahaya daripada pembunuhan.’’[Surah al-Baqarah, ayat 191]

Oleh sebab itu, Islam mengharamkannya dan ia termasuk dalam dosa besar.

Allah SWT juga berfirman;‘’Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan.’’[Surah al-Qalam, ayat 10-11]

Diriwayatkan daripada Khuzaifah RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;‘’Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah.’’[Riwayat Imam Muslim]

Budaya memfitnah dalam masyarakat ini adalah budaya yang muncul akibat hasutan syaitan dan hawa nafsu jahat yang ingin melihat saudaranya atau musuhnya ditimpa kesusahan.
Moga dijauhkan kita semua dari memfitnah!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat