TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, November 6, 2014

Mutakhir: Johor Bahru anggota kumpulan pengganas Khalistan Tiger Force di tahan.

Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Bukit Aman menahan seorang anggota pengganas Punjab yang disyaki terbabit dalam pembunuhan Bekas Ketua Menteri Punjab, Beant Singh pada 1995 dan Presiden Rashtriya Sikh Sangat, S Rulda Singh pada Julai 2009.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata suspek yang berumur 36 tahun dan merupakan warganegara India ditahan dalam operasi di Johor Bahru, menggunakan pasport palsu Nepal pada 24 Oktober lepas.
Beliau berkata suspek merupakan anggota kumpulan pengganas Khalistan Tiger Force dan terlibat beberapa pembunuhan tokoh politik dan beberapa serangan bom di Punjab pada 2010.
  
"Selepas insiden pembunuhan tersebut, suspek dan Jagtar Singh Tara iaitu pemimpin kumpulan pengganas Khalistan Tiger Force telah melarikan diri dan bersembunyi di beberapa negara termasuk Nepal dan Thailand sebelum memasuki Malaysia," katanya.
  
Beliau berkata Jagtar Singh Tara kini masih lagi diburu polis antarabangsa dan dipercayai masih bersembunyi di sebuah negara di Asia Tenggara.

Menurut laporan media antarabangsa, Jagtar adalah ketua Khalistan Tiger Force iaitu kumpulan pengganas Khalistan yang beroperasi di India dan Pakistan.
  
Khalid berkata kejayaan menangkap anggota Khalistan Tiger Force itu merupakan hasil kerjasama rapat polis dengan pihak berkuasa India.
  
"Dengan tangkapan ini, jumlah keseluruhan anggota pengganas Sikh yang ditangkap oleh bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas sejak 2009 adalah seramai enam orang," katanya.
  
Beliau berkata suspek ditangkap di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah dan dia telah dihantar ke India semalam.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat