TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, June 19, 2014

Terkini: Militan di tangkap rakyat tempatan.

KUALA LUMPUR - Polis Bahagian AntiKeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman hari ini menahan seorang rakyat tempatan di Kampung Kelebor, Kuala Kangsar, Perak kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, dalam operasi khas itu, polis turut merampas sepucuk raifal buatan sendiri dan 48 butir peluru hidup dari kawasan itu.

Beliau berkata, suspek yang berumur 25 tahun itu ditahan susulan Operasi Khas AntiKeganasan terhadap militan yang dilancarkan sejak 28 April lepas.

"Raifal itu disyaki digunakan oleh kumpulan militan terbabit semasa menjalani latihan menembak di Gunung Arang Para, Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar di Perak pada Disember tahun lepas," katanya.

Tambahnya, individu itu ditahan kerana disyaki terlibat melakukan keganasan mengikut Kanun Keseksaan.

"Suspek akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat