TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, December 22, 2013

Mutakhir: Kilauan Emas Malaysia ke 43

Foto
ATLET Muay negara, Mohd Faizal Ramli bersama Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Sea ke-27 Myanmar, Datuk Amiruddin Embi serta rakan-rakan bergambar kenangan selepas berjaya memungut pingat emas terakhir negara dalam acara Muay kategori 75kg di Stadium Tinju Winna Theikdi di sini, semalam. - Foto Hasan Ismail
Foto
SEBAHAGIAN atlet penerjun negara ceria selepas berjaya menyumbang pingat emas yang ke-42 kepada negara sempena Sukan SEA Myanmar ke-27 di sini, semalam. - Foto Syarafiq Abd Samad
Foto
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (depan, tengah) antara yang yang hadir meraikan pingat emas ke-40 negara sekali gus menepati sasaran negara menerusi pasangan penerjun negara, Muhammad Nazreen dan Ooi Tze Liang dalam acara Terjun Platform 10m Seirama Lelaki sempena Sukan SEA Myanmar Ke-27 di sini, semalam. - Foto /Syarafiq Abd Samad Ketua Pengarah MSN ucap tahniah kepada atlet negara kerana berjaya kotakan sasaran

Nay Pyi Taw: Ketua Kontinjen (CDM) negara ke Sukan SEA Myanmar, Datuk Wira Amiruddin Embi mengesat air mata sejurus memperoleh hadiah hari lahir paling bermakna buatnya di Kompleks Akuatik Wunna Thekdi, semalam.

Hadiah itu diperoleh selepas kontinjen negara berjaya menepati sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meraih pingat emas ke-40 yang dicapai dalam acara 10 meter (m) papan anjal seirama lelaki dengan emas ke-39 berjaya dimenangi di gelanggang muay di Kompleks Tinju Wunna Theikdi oleh Mohd Lokman Akimi Mat Roji menerusi kelas 51 kilogram (kg).
 
Lebih mengejutkan apabila dua penerjun wanita, Leong Mun Yee bersama penerjun termuda negara, Nur Dhabitah Sabri, 14, pula menambah emas ke-41 negara menerusi acara 10 m papan anjal seirama wanita.

Ia diikuti skuad hoki lelaki negara yang membawa pulang pingat emas ke-42 selepas membenam Singapura 5-0 pada final di Stadium Hoki Theinphyu.

Seorang lagi atlet muay, Mohd Faizal Ramli mencipta kejutan apabila menewaskan peserta tuan rumah, Aung Myint Win dalam kelas 75 kg sekali gus melengkapkan 43 pingat emas secara keseluruhan untuk temasya Sukan SEA kali ini.

"Ia memberi nilai sentimental kepada saya malah saya juga jarang menyambut hari lahir saya sebelum ini," kata Amiruddin yang berdepan kontroversi sebelum ini kerana ketiadaannya ketika kontinjen negara memenangi emas ke-1,000 di Sukan SEA.

"Syukur Alhamdulillah hari ini kita capai juga sasaran emas yang ke-40. Ini semua adalah berkat usaha semua pegawai dan atlet yang berjuang sepenuh hati.
"Selain itu, saya juga ingin meminta maaf jika ada apa-apa salah silap," katanya yang menjangkau usia 67 tahun, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata kejayaan mencapai sasaran 40 pingat emas membuktikan atlet negara mampu memenuhi harapan 28 juta rakyat Malaysia terhadap mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada atlet negara, beliau berkata dalam apa jua keadaan, mereka memang bersedia mengotakan sasaran itu.

"Sebelum ini, kita berusaha keras mendapatkan sebanyak mungkin pingat emas dan saya lega kerana kita dapat mencapai sasaran 40 emas. Tahniah kepada atlet saya bersyukur," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat