TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, December 22, 2013

ATM terima lori Tatra bantu mangsa banjir gelombang kedua

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat pertambahan aset untuk perolehan lori Tatra tujuh tan berikutan keberkesanan pasukan itu membantu memindahkan 38,323 mangsa banjir di negeri pantai timur dan Johor awal bulan ini.

Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi persetujuan bagi ATM menambah aset berkenaan.

Bagaimanapun permohonan secara formal akan dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang merupakan penyelaras segala keperluan agensi kerajaan dalam bencana, sebelum lori itu diserahkan kepada ATM, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata selain Tatra, aset ATM helikopter EC725 Cougar turut mempamerkan perkhidmatan cemerlang memindahkan mangsa yang terperangkap semasa banjir.
EC275 Cougar yang mampu terbang dalam cuaca teruk berbanding helikopter Nuri, turut digunakan bagi penerbangan ihsan mangsa banjir yang memerlukan rawatan di hospital, katanya.

Zulkifeli berkata bantuan pertama EC725 Cougar kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu setelah pihaknya menerima panggilan meminta bantuan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk membantu mangsa banjir di kawasan parlimennya.

Beliau berkata semasa kejadian banjir baru-baru ini, ATM membina dua jambatan taktikal jenis Compact Bailey 100 di Sungai Limbungan, Kemaman dan Kampung Kuala Kejir, Hulu Terengganu.
Ini adalah jambatan sementara sebelum jambatan baharu dibina berikutan jambatan lama runtuh akibat banjir gelombang pertama, katanya.

Beliau berkata ATM juga mengerahkan 395 pegawai dan 4,000 anggotanya dalam operasi 'Op Murni' bagi bersiap sedia membantu mangsa banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku bila-bila masa.

Antara aset ATM yang digembleng pada Op Murni empat helikopter EC725 dan sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia; dua helikopter Fennec Tentera Laut Diraja Malaysia; dua pesawat Augusta milik Pasukan Udara Tentera Darat; 50 bot tempur, 30 kenderaan tiga tan, tujuh lori Tatra, yang bersiap siaga di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor.

Zulkifeli berkata ATM dengan kerjasama Puncak Niaga Holdings Berhad juga menyediakan 15 sistem merawat air bersih untuk disalurkan kepada mangsa banjir jika ada kawasan yang terputus bekalan air bersih.

Malah ATM juga bersedia menggunakan sistem komunikasi rangkaian radio bersepadu jika bekalan elektrik terputus bagi memudahkan komunikasi antara agensi kerajaan dalam menyalurkan maklumat mengenai keperluan bantuan untuk mangsa banjir.

"Sistem radio ini boleh beroperasi selama empat jam menggunakan bateri dan bateri itu boleh dicaj semula menggunakan genset (set generator)," katanya.

Sistem komunikasi itu akan ditempatkan di pejabat daerah yang terlibat dalam pengurusan banjir, katanya.

Zulkifeli berkata pihaknya juga mengemas kini maklumat keadaan cuaca dengan Jabatan Kaji Cuaca setiap empat jam bagi menjangka gelombang kedua banjir melanda.

Beliau berkata ATM akan sentiasa bersedia untuk memberi khidmat kepada masyarakat ketika banjir sejajar dengan dasar ATM dalam bencana alam iaitu 'pertama di lokasi dan pertama memberi bantuan' tanpa memerlukan kebenaran pihak atasan.

"Apabila berada di lokasi, pasukan itu akan memaklumkan kepada pegawai atasan dan pegawai atasan akan memaklumkan kepada agensi kerajaan lain untuk tindakan lanjut. Apa yang penting adalah keselamatan dan nyawa mangsa banjir diutamakan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat