TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, December 4, 2013

Malaysia : 'Tolak hidupkan komunis'

Peguam dibidas cadang aktifkan semula PKM


Kuala Lumpur: Pelbagai pihak menyifatkan cadangan peguam, Darshan Singh Khaira supaya dihidupkan kembali Parti Komunis Malaysia (PKM) adalah usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara militan.
 
 Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Ruslan Kassim, berkata kenyataan biadab yang cuba mengganggu gugat keamanan dan keharmonian negara itu, tidak sepatutnya keluar daripada mulut pengamal undang-undang.

Individu terbabit tidak faham budaya dan sensitiviti masyarakat negara ini. Orang Melayu Islam menolak fahaman PKM, jadi saya minta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas” Jais Abdul Karim, Presiden GPMS

“Dia sepatutnya faham sistem negara ini menolak ideologi komunis. Saya minta dia cermin dulu muka sebelum mengeluarkan kenyataan sebegitu. Ini adalah usaha halus untuk menjatuhkan kerajaan dan menjadikan negara kembali terjajah.

“Kita minta beliau jangan salah guna kebebasan yang diberikan kerajaan kerana negara ini mempunyai undang-undang,” katanya mengulas cadangan Darshan Singh sebagai ahli panel pada sesi perbincangan “Revisiting the Malayan Communist Party” anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) di sini, semalam. Kenyataannya itu disiarkan sebuah portal berita.

Bagaimanapun, pandangan itu mendapat bantahan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr D Michael Jeyakumar yang turut menghadiri program berkenaan.

Desak ambil tindakan
 
Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peguam berkenaan mengikut Akta Hasutan kerana kenyataannya boleh menggugat keamanan negara.

“Bagi saya, individu terbabit tidak faham budaya dan sensitiviti masyarakat negara ini. Orang Melayu Islam menolak fahaman PKM, jadi saya minta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat