TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 16, 2013

67 BOTOL HEROIN DI MARANG MEKANIK DITAHAN

Kuala Terengganu, 15 Dis - Seorang mekanik yang dipercayai pengedar dadah ditahan polis di Marang bersama-sama 67 botol serbuk putih yang dipercayai heroin seberat 338.36 gram bernilai kira-kira RM27,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Md Tahir Kasim berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di dalam keretanya pada 10.45 pagi Rabu lepas di tepi Jalan Rhu Renggeh, Marang.


Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, polis turut menjumpai 180 biji pil Erimin 5 dan 90 biji Pil WY (methamphetamine) selain 67 botol heroin itu, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

"Pemeriksaan lanjut kita menjumpai satu botol dadah jenis yang sama disorokkan di dalam seluar dalam yang dipakai suspek serta pihak kita turut menemui dadah tersebut yang disembunyikan di dalam botol produk kesihatan tambahan," katanya.

Katanya polis percaya lelaki yang berasal dari Kuala Terengganu itu aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Marang dan Kuala Terengganu.

Md Tahir berkata polis percaya dadah itu dibawa masuk dari negara jiran dan juga sedang mengenal pasti rangkaian pengedaran dadah itu.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Dengan tertangkapnya suspek ini kita berjaya mematahkan pengedaran dadah di dua daerah iaitu Marang dan Kuala Terengganu," katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek mempuyai enam rekod jenayah berhubung kesalahan dadah.

Katanya suspek yang juga positif Methamphetamine itu direman sehingga 19 Dis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat