Dianggarkan 1.61 bilion penduduk, iaitu lebih seorang daripada nisbah lima orang di dunia akan memasuki rangkaian laman sosial sekurang-sekurangnya sekali setiap bulan pada tahun ini, demikian laporan sebuah fima penyelidikan, hari ini.
Kajian yang dijalankan eMarketer menunjukkan, angka itu meningkat 14.2 peratus berbanding tahun lalu dan angka pertumbuhan itu boleh mencecah sehingga 2.33 bilion menjelang 2017. Pengguna media sosial paling terbesar menurut eMarketer ialah Belanda iaitu 63.5 peratus.
Ini diikuti Norway di tempat kedua iaitu 63.3 peratus, Sweden (56.4 peratus), Korea Selatan (54.4 peratus), Denmark (53.3 peratus), Amerika Syarikat (51.7 peratus) dan Finland (51.3 peratus).
Majoriti penduduk menggunakan rangkaian sosial turut meliputi Kanada (51.2 peratus) dan Britain (50.2 peratus) demikian menurut laporan firma berkenaan berdasarkan data daripada penyelidikan swastam agensi kerajaan, pertubuhan media dan laporan syarikat.

Jumlah 1.61 bilion itu meliputi 22 peratus daripada anggaran penduduk dunia, kata kajian itu. Laporan itu juga menyebut, India menyaksikan pertumbuhan paling tertinggi tahun ini iaitu 37.4 peratus, walaupun hanya 7.7 peratus penduduknya menggunakan media sosial.
Pertumbuhan bagi Indonesia pula melonjak kepada 28.7 peratus dan Mexico (21.1 peratus).
Semua tiga Negara berkenaan juga menyaksikan pertumbuhan yang tinggi dari segi pengguna laman Facebook, rangkaian sosial terbesar dunia dengan lebih satu juta pengguna.
Amerika Syarikat kekal sebagai negara terbesar pengguna Facebook iaitu 146.8 juta, namun India dijangka menyaksikan pertumbuhan paling drastik dan bakal menyaingi menjelang 2016. - AFP

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.