Polis yakin akan dapat menjejaki rakan suspek utama kes rompakan dan bunuh pegawai Ambank, dikenali sebagai 'Joemar' walaupun jika lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ini kerana Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Interpol dan hubungan dua hala dengan negara-negara jiran.
"Kalau dia lari luar (negara) pun kami akan cari dia juga, kami ada platform bersama Interpol, kami ada hubungan bilateral (dua hala) dengan jiran-jiran.
"Jadi kami akan dapatkan bantuan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Ekonomi 2013 di Hotel Istana di sini hari ini.
Joemar yang menggunakan kad pengenalan palsu bernombor 840713-12-5207 dengan nama Osman Salleh yang berusia 29 tahun dipercayai tinggal di negara ini lebih setahun. Dia dikatakan menetap di Klang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat lain dan tidak bertugas mengawal institusi perbankan. - BERNAMA
Foto: Joemar dipercayai masih berada di negara ini dan dipercayai menyimpan sejumlah besar wang hasil rompakan pada 23 Oktober lepas. Jumlah wang yang dipercayai berada dengan Joemar ialah RM 400,000.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.