TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, June 14, 2013

Bukti kewujudan Melayu, Walau DAP kiasu kata Melayu Bangsa Pendatang. Peneroka Tanah Melayu legasi Melayu.



Orang Melayu wujud di Semenanjung Tanah Melayu sejak 500 tahun sebelum masihi lagi. Melayu di Semenanjung Malaysia bukan pendatang dari kepulauan di Indonesia seperti didakwa oleh pemimpin-pemimpin DAP. Adapun pengasas Kesultanan Melayu Melaka pada 1402 Masihi.
 
Parameswara yang berasal dari Sumatera, bukan hujjah bahawa bahawa kaum Melayu ini berasal dari sana. Di Sumatera, memang wujud kaum Melayu di sana jugak sejak tahun 500 sebelum Masihi lagi. Kaum Melayu tinggal merata tempat di sekitar Asia Tenggara termasuk dari Segenting Kra ke Singapura di Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Borneo dan Kepulauan Sumatera. Semua itu ialah Tanah Melayu. 
 
Sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud kerajaan-kerajaan awal Melayu seperti Kerajaan Chi Tu di Kelantan (100 sebelum Masihi sehingga 700 Masihi), Kerajaan Gangga Negara di Perak(kurun Ke-2 hingga ke-11 Masihi), Langkasuka di Patani (kurun ke-2 hingga ke 14 Masihi), Pan Pan di Kelantan/Terengganu (kurun ke-3 hingga ke-5 Masihi), Tan Tan di Terengganu (kurun ke-6 Masihi), dan Kedah Tua di Kedah (kurun ke-7 hingga ke-14 Masihi) yang berpusat di Semenanjung Tanah Melayu, selain Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Sumatera yang turut merangkumi alam Melayu termasuk sehingga ke Indo-China, Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. 
 
Kerajaan Melayu Srivijaya bermula pada 671 Masihi sehingga 1025 Masihi. Penelitian yang dibuat dari catatan sejarahwan asing, Kerajaan Funan juga adalah kerajaan Melayu yang berpusat di Indo-China (Kemboja). Kerajaan Melayu Srivijaya adalah penerus kepada kesinambungan Kerajaan Melayu Funan. Pengaruh kebudayaan di Kepulauan Jawa sebenarnya dibawa oleh elit Melayu Funan hasil perjalanan mereka yang beradaptasi dan berasimilasi bermula di Funan di Indo-China dan Pan Pan di Kelantan/Terengganu. 
 
Penghijrahan mereka ke kepulauan-kepulauan nusantara termasuk Kepulauan Jawa telah membawa pengaruh budaya dan tradisi dalam masyarakat mereka. Semasa era Srivijaya dibawah pimpinan Sailendralah banyak unsur budaya utara semenanjung seperti pembuatan batik, wayang kulit, gamelan, pengaruh bahasa, dan terutama sekali yang amat jelas bagi mereka yang merupakan penggemar masakan Kelantan dan Jawa adalah dari segi makanan tradisinya. 
 
Sejarah telah merakamkan bahawa Srivijaya telah menghantar seorang jeneralnya yang bergelar Dapunta Selendra untuk menyerang Jawa Tengah iaitu kerajaan Sanjaya. Maka dari situah bermulanya pengaruh kebudayaan utara semenanjung Tanah Melayu meresap dalam masyarakat Jawa. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat