TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, March 18, 2016

SURAT KEPADA AHLI-AHLI CAWANGAN UMNO

Saudara-saudari sekalian,

Assalamualaikum,

Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.

​Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.

​Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.

​Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

​Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.

​Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.

​Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.

​Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.

​Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.

​Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.

Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga

​Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.

Terima Kasih

Selamat bersidang

Dr Mahathir Bin Mohamad
18 Mac 2016

Wednesday, March 16, 2016

“Kita Semua Akan Pergi, Akhirnya” – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata semasa ditemu bual dalam rancangan bual bicara ‘Satu Jam Lebih Dekat‘ terbitan TV ONE Indonesia.

Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indonesia, Suharto, sewaktu memegang tampuk kepimpinan negara suatu masa dahulu.

“Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.

“Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang,” kata Dr Mahathir sambil menahan sebak.

Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku kepada bekas perdana menteri itu dalam mana-mana temu bual bersama media, baik media tempatan mahupun antarabangsa.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sempat menyatakan bahawa setiap manusia juga harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal dalam dunia ini.

“Kita semua akan pergi, akhirnya.

“Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah,” kata Dr Mahathir sambil tersenyum.

Tuesday, March 15, 2016

SEBARKAN : Artikel TERKINI dari Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

PEMECATAN DAN POPULARITI

1. Saya telah dipecat daripada Petronas. Keputusan telah dibuat oleh Kabinet. Sudah pasti ini sangat penting kepada Kerajaan.

2. Sebenarnya saya telah meletak jawatan dari Petronas beberapa tahun lalu. Tetapi Petronas menolak peletakan jawatan juga elaun yang telah saya kembalikan. Mereka masih mahu membayar elaun bulanan ke akaun saya. Saya telah meletakkan jawatan kerana saya fikir saya tidak patut menjadi penasihat yang tidak menasihat dan dibayar tanpa berbuat apa-apa.

3. Sekarang ini penyokong Najib mahu saya dipecat dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF). Tetapi itu sudah pasti dianggap halangan kecil kepada Kerajaan dengan mendakwa sesiapapun di bawah undang-undang anti keganasan. Kejahatan boleh dilakukan, seperti mengancam untuk membankrupkan Proton atau mengganggu individu yang mengusahakan PLF, jadi boleh membuatkan saya dibuang. Ini semua pastinya tindakan demokratik.

4. Media bebas di Malaysia melaporkan bahawa Najib mendapat sokongan yang makin kuat dan ramai orang menyokong beliau. Lihatlah sahaja gambar-gambar orang yang menyokong Najib. Mereka akan pakai t-shirt merah dan sesetengah pemimpin UMNO menayang sepanduk "Solidariti bersama Najib".

5. Jelas sekali sokongan mereka ini secara spontan, jadi dengan spontan mereka terus membeli t-shirt merah dan mencetak kad "Solidariti bersama Najib" dengan segera untuk dirakam jurugambar.

6. Sungguh Najib sangat popular. Tetapi tidak bagi mereka yang keras kepala. Sungguhpun demonstrasi baju merah disusun oleh Jamal Yunos, disertai oleh orang-orang Felda yang dibawa bas dan diberi makanan percuma dengan sasaran untuk melawan demo Bersih menurut penyokong Najib dianjur oleh kaum Cina untuk menjatuhkan Kerajaan Melayu, tidak dapat meyakinkan rakyat tentang populariti Najib.

7. Apa yang dapat meyakinkan rakyat ialah undian nasional di mana setiap pengundi di negara ini boleh menterjemahkan sokongan terhadap Najib. Mungkin juga undian ini berguna untuk menunjukkan bahawa Dr Mahathir (iaitu saya) adalah tidak benar dalam mendedahkan skandal kewangan Najib.

8. Hanya dengan soalan mudah sudah cukup memadai: Najib (tandakan ✅), Mahathir (tandakan ❎) atau cara lain bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sangat terbiasa dengan undian.

9. Undian umum perlu dijalankan oleh syarikat asing yang boleh dipercayai, diselia oleh wakil dari dua pihak yang terlibat.

10. Saya memberi suatu aku janji, sekiranya Najib menang di dalam undian awam tersebut, saya akan berhenti dari membuat permintaan untuk meletak jawatan. Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi tentang 1MDB, wang 2.6b Ringgit dan rumah-rumah besar di UK, US dan Hollywood atau filem porno "Wolf of Wall Street". Najib boleh terus
menjadi PM sepanjang hayat.

11. Tetapi jika saya dapat lebih banyak undian dari Najib, ini bermaksud rakyat menerima bahawa apa yang diangkatkan tentang salahlaku kewangan Najib adalah benar, dan beliau perlu letak jawatan.

12. Dengan cara ini kita dapat menyelesaikan soalan berkaitan populariti Najib dan apa yang rakyat fikir tentang skandal kewangan Najib sekali dan untuk semua.

13. Pilihan lain ialah dengan menanti Akta Majlis Keselamatan Negara ditandatangani oleh YDP Agong atau menanti selama sebulan jika Agong tidak tandatangan, apabila akta tersebut dikuatkuasa. Kemudian Najib bolehlah menangkap dan menahan bekas PM yang jengkel ini tanpa bicara. Saya mendapat pesanan inilah yang menanti saya jika saya tidak berhenti dan membuat gencatan, saya tidak akan berhenti bersuara.

Artikel asal:
http://chedet.cc/?p=2009

#MahathirVsNajib
#NajibLetakJawatan
#SelamatkanMalaysia
#SaveMalaysia

Monday, March 14, 2016

NAJIB AND HIS ACHIEVEMENTS

Dr. Mahathir Mohamad | 14 Mar 2016

1.Prime Ministers need not follow the policies of their predecessors. They are entitled to formulate their own policies and strategies. But the people have a right to evaluate their performance. The right includes approving, criticising or rejecting the work of the PM. The right of the people includes overthrowing the new PM through peaceful and legal means. The fact that the PM is elected does not mean he cannot be removed before his term. Elected people have been removed or terminated from office for various reasons all over the democratic world.

2.There was a lot of expectations on the part of the people when Najib took over from Abdullah, also an elected PM. He resigned in 2009 and Najib as Deputy PM took over. This is by tradition, not because of any particular rule or law.

3.The expectations of the people that Najib would undo some of the wrong policies of PM Abdullah very quickly faded. This is because he continued the policies of Abdullah which caused the latter to lose five states in the 12th General Election. Najib also introduced policies which undermined the independence of Malaysia and contributed to negative perception of the country.

4.Among these are the following :-

1)He seeks the permission of the Singapore PM for the building of the bridge to replace the Malaysian part of the causeway. Later he asked the Singapore PM when he wanted to build the high-speed train. In both cases he was rejected. He doesn’t seem to be in full charge of the affairs of his own country.

2) He employed European consultants to advise him on the policies for the nation. This cost Malaysia RM 7 billion. These consultants did not understand the multi-racial character of Malaysia and the sensitivities of the people. The result is greater racism and tension between the races in Malaysia. The Chinese who before supported the BN, rejected him completely in 2013.

3)He actually employed Europeans to work in the PM’s department. Their influence over him led to his becoming insensitive to local conditions.

4)He set up agencies outside the Government to direct the affairs of the Government and disregarded the EPU and ICU in the planning and implementation of Malaysia’s development.

5)He paid these agencies, of which Pemandu is a major one, salaries and perks not in accordance with the Government salary scheme i.e. very much higher. He did not follow Government procedures and disregard the relevant authorities when doing this.

6)He increased the budget of the Prime Minister’s Office very many times more. There are so many Ministers in the Prime Minister’s Office. His cabinet is the biggest in Malaysian history.

7)He created jobs with high salaries for people he retired from service so that they will support him irrespective of his wrongdoings.

8)He had a lavish life-style and spent well beyond the means of a Malaysian Prime Minister for his daughter’s wedding.

9)He kept the Ministry of Finance under him together with his job as Prime Minister. This gives him full control over the financial affairs of Government. He was thus able to borrow from Government funds and fix the very low price of Government land when selling to 1MDB.

10)Failing to take over the management of the Terengganu Investment Agency, he set up 1 Malaysia Development Berhad, a company with 1 million Ringgit capital from the Government.

11)He appointed himself as adviser to the company. Obviously anything that is done must be with his knowledge.

12)He borrowed for 1MDB altogether 42 billion Ringgit at high commission and interest rates, which a company with 1 million Ringgit as capital would never be able to do. Effectively the loan is guaranteed by the Government.

13)He then bought private power plants at 12 billion Ringgit. This is well above market prices. He also took over debts amounting to 8 billion Ringgit incurred by a power plant. Later he sold the power plants to China at a loss.

14) 1MDB formed a J.V. with an Arab company called Petro Saudi.

15) This company was said to have two oil concessions in Argentina and Turkmenistan. To date the concessions appear not to have been exploited. Even the existence of the concessions are doubtful.

16) 1MDB paid more than 1 billion US dollars for its share of the J.V.

17) The J.V. was terminated some months later.

18) Instead of getting back the money, Najib lent the 1 billion USD plus another 0.8 billion dollars to the Saudi partner.

19) Where the money is today is not clear as the explanations given are not verified with credible documents.

20) Large sums of money were invested in Cayman Islands.

21) Then we are told the money has been brought back. But most of the money is deposited in a Singapore bank. Then the bank said no money is in the bank. 1MDB then claims it is not money but units. No documentary proof is given, certainly not what the units are worth.

22)1MDB did not bring back the money to Malaysia because Bank Negara might question the source of the money. This is clear admission that there is something wrong with the money.

23) Suddenly it was reported by the Wall Street Journal that Najib had USD681 million (about 2.6 billion Ringgit) in his secret private account in Ambank.

24) He denied at first; then admitted, saying that it was a gift; then that it was a donation to ensure he won the election; then it was a donation from Arabs who appreciated his fight against Muslim terrorists; and finally that it was a donation from the late Saudi King. The source of the money is still not proven.

25) Now a Saudi Minister said there is no record of a gift, that probably it was a Saudi investment. The amount was not so big, he said.

26) No matter how he got the money but the amount is too big to be a donation. No PM of Malaysia should accept that amount of money especially from a foreign national. Certainly it should not be a personal gift.

27) Money in any person’s account, whether from profits or borrowed or gift must be declared to the income tax department even if it is not subject to income tax. Apparently the Internal Revenue Board is not able to verify from official records about how the acquisition or existence of this money was done. There is also no clear report about the money by Bank Negara to determine whether it is being laundered.

28) Then the money is said to have been withdrawn and deposited in Singapore banks.

29) And the Singapore Government is said to have frozen the account.

30) In Malaysia four Government institutions formed a Task Force to investigate the money.

31) Before the report could be made Najib disbanded it by sacking the Attorney-General, putting fear of arrest of the Bank Negara Governor. The Anti-Corruption Commission head went on leave. Only the police continued to function but is silent on the results of the work of the task force. The police is the only member of the task force which has not made a report. Yet the police should be the first to lodge a report to the A.G.

32) Bank Negara and MACC submitted separate reports on the money in Najib’s accounts to the new A.G.

33) Both reports were dismissed by the new A.G. claiming Najib had done nothing wrong.

34) Then the A.G. declared that the balance (2.03 billion RM) had been returned to the Saudis. How this was done when the accounts are frozen is not explained.

35)Malaysians feel ashamed of the reports by influential foreign newspapers about Najib’s questionable management of 1MDB and the huge sum of money in his personal account. When travelling abroad, Malaysians who used to be complimented for their country’s successes are ashamed at being asked about what is happening to their country?

36)Malaysians are ashamed that Malaysia is rated as among the ten most corrupted country in the world and Najib is regarded as the most incompetent Finance Minister.

37) Although Najib threatened to sue, he did not until now, even when the Wall Street Journal and other papers revealed more and more unsavoury stories about him and 1MDB losses as well as the money in his private account. The amount involved is now reported to be RM4 billion.

38) Malaysian papers are not allowed to report on 1MDB except the explanation by the Government.

39) All the institutions of Government which are tasked with protecting the citizen’s well-being have now been undermined by Dato’ Seri Najib so that people fear these institutions instead of relying upon them to secure their freedom and well-being.

40)It is because of all these that the citizen of Malaysia call for his removal.

ATM : Artileri kepentingannya kepada Tentera Darat.

Artileri merupakan salah satu elemen yang penting kepada satu ketumbukkan tentera darat.

Pasukan ini melepaskan tembakkan terhadap sasaran yang berada jauh dari posisi pasukan.

Tembakkan ini turut memberi kesan tersendiri kepada musuh khususnya tembakkan bertalu-talu oleh kumpulan bateri artileri yang boleh melemahkan kedudukan musuh secara fizikal dan juga dari segi psikologi.

Istilah shell-shock sememangnya lazim digunakan kepada anggota tentera yang mengalami masalah psikologi akibat terdedah kepada peperangan pada satu jangka masa yang lama.

Rejimen Artileri Diraja merupakan elemen ketumbukkan artileri utama Tentera Darat, dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal-hal berkaitan Artileri.

Dengan arus moden semasa, Pasukan ini turut mengoperasikan pelancar roket berganda Astross.

Untuk rekod 105mm OTO-Melara Mod 56 merupakan antara meriam yang paling banyak diguna di Malaysia semasa era Insurgensi dan juga Konfrantasi.

Meriam ini juga mendapat nama jolokan ' laras berdaulat '. Masih berkhidmat kepada Malaysia walaupun sudah melebihi usia 40 tahun.

Gempak : Pendedahan Jual beli tanah Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM )

1MDB Jual Harta Kepada China Lagi

A Kadir Jasin

BELI tanah Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dengan harga murah, tubuh syarikat pemaju dan jual 60 peratus saham kepada konsortium China-Malaysia.
 
Satu lagi contoh perniagaan atas angin 1MDB ala pelaburan strategik ciptaan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak.

Betul lah macam kata (Tan Sri) Rafidah Aziz, 1MDB tak bawa apa-apa keuntungan kepada negara. Tak payah tunggu Rafidah buat kesimpulan. Rakyat jelata pun dah faham. Bukan tak untung malah rugi besar. Bukan rugi duit saja, tapi hilang maruah dan kedaulatan.

Itulah “hadiah” tahun baru 2016 Mohd Najib dan budak cerdiknya, Arul “Azrul” Kanda Kandasamy kepada kita – jual 60 peratus saham projek Bandar Malaysia atas tapak pangkalan TUDM itu dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

IWH adalah milik Cina Malaysia, (Tan Sri) Lim Kang Hoo yang dikatakan tauke pilihan di Johor manakala CREC adalah milik kerajaan China.
 
Mari kita jadi pahat yang berbunyi selepas rumah siap pasal rumah yang kononnya siap itu compang-camping macam reban ayam sementara. Rasanya dangau di tengah sawah lagi kukuh.

Kononnya masalah hutang dan skandal 1MDB dah selesai. Tapi dok tak dok, hutang yang kita sebut-sebut RM42 bilion dah naik jadi RM45 bilion. Harta dekat-dekat habis dijual kepada orang asing.
 
Kita pun kena juga tanya syarikat dari China itu, kepakarannya kereta api. Adakah ia juga berkepakaran dalam bidang hartanah. Takut-takut ada muslihat lain di sebalik penjualan kepada syarikat dari China itu. Yang kita tahu projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Baru belum lagi dibagi kepada sesiapa.

Silap-silap banyak lagi aset negara akan dijual atau dipajakkan kepada orang asing untuk tutup lubang 1MDB dan kekalkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.

Apa Yang Strategiknya?

Macamlah pelaburan hartanah strategik dan susah sangat sampai pelabur tempatan tak mampu nak buat. Apa halnya dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan amanah Bumiputera macam Sime UEP, SP Setia, Boustead dan banyak lagi yang dah berpuluh tahun jadi pemaju hartanah?

Pasal apa tak jual kepada mereka? Pasal apa tak suruh mereka pakat-pakat buat konsortium?

Cuba tanya, siapa yang majukan KLCC, KL Sentral, Subang Jaya-USJ dan banyak lagi projek hartanah bersepadu kalau bukan syarikat-syarikat tempatan milik kerajaan dan agensi pelaburan Bumiputera?

Kalau nak juga pelaburan negeri China, ajaklah mereka buat projek yang betul-betuk strategik macam bina kapal terbang, kereta api laju atau kapal kontena yang macam mereka buat di negeri China?

Kalau tak mahu bagi kepada Melayu sebab takut dituduh kroni atau malu nak minta “derma”, pakatlah dengan syarikat Cina tempatan yang ternama dan terbukti macam Eco World, Pavilion Reit, Mah Sing dan banyak lagi.

Ini Cerita Anak Jahat

Cara 1MDB berniaga ini cerita anak jahat yang curi-curi beli tanah bapa sendiri dengan harga murah dan sembunyi daripada adik-beradik.

Bila nak pinjam duit bank, bank minta bapa bagi jaminan. Bapa pun bagi sebab anak janji nak hantar pergi Makkah buat umrah.

Tumbuk rusuk sana, bagi rasuah sini, tanah pun ditukar kegunaan dan dinilai semula dengan harga yang tinggi.

Tapi tembelang pecah. Adik-beradik dapat tahu dan mengamuk. Nak jual kepada Melayu, Melayu tak ada duit. Yang ada duit takut diseret ke dalam pergaduhan keluarga macam yang jadi kepada Tabung Haji bila beli tanah TRX. TRX adalah satu lagi perniagaan atas angin 1MBD.

Pergi jumpa Ah Eng tauke emas, Ah Eng tak mahu sebab harta dah jadi beracun (toxic). Jadi kenalah cari Cina tempat lain yang berani. Cina tempat lain tu pula pakat dengan Cina dari Negeri China.

Jadi tanah yang dulu milik keluarga sekarang 60 peratus dah jadi hak orang lain. Adik-beradik terlepas juga sebab duit yang dapat nak kena guna bayar hutang.

Silap-silap nak beli rumah yang Cina akan majukan itu pun tak mampu. Tak tahulah apa akan jadi dengan janji nak hantar ayah ke Makkah. Bolehkah hantar orang pergi Makkah dengan duit hutang? Dalam Islam, orang yang berhutang itu tarafnya hamba.

Jangan salahkan Cina, tak kira Cina tempatan atau Cina negeri China, Singapura, Indonesia atau Taiwan. Mereka peniaga. Kerja mereka cari dan ambil kesempatan. Kalau Melayu bodoh, tamak haloba dan rasuah, jangan marah Cina kalau habis harta tergadai.

Kerja Haram Zadah

Meminjam dan mengubah suai dua ungkapan yang Mohd Najib sendiri guna, yang “haram zadah” adalah Melayu jenis bangsat yang sanggup gadai maruah bangsa dan agama kerana mabuk kuasa, gila harta dan suka berfoya-foya.

Sebelum ini 1MDB beli penjana elektrik bebas (IPP) milik Melayu, Cina dan India tempatan dengan harga tinggi kemudian jual lebih murah kepada pelabur Cina negeri China. Melayu, Cina dan India tempatan untung sebab dapat untung besar bila 1MDB beli mahal. Syarikat negeri China pula untung sebab 1MDB jual murah.

Tak hairanlah kalau kita tercium sesuatu yang mencurigakan dalam urusan jual-beli terbaru ini. Seolah-olah ada udang sebalik baru.

Kemudian upah pemakan-pemakan dedak menyalak kononnya masalah 1MDB dah selesai, dosa dah tertebus, janji dah tertunai dan segala-galanya beres.

Tapi hanya orang yang tak tahu apa-apa saja akan percaya cerita karut-marut mereka. Yang tulis itu pun rasanya tak faham sebab mereka pun bergantung kepada penulis hantu.

Wallahuaklam.

Tun M: Berani kerana benar!!! Jasa seorang negarawan bukan untuk di dendang???

Sungguh aku malu dengan tindak-tanduk bangsaku yang tidak tahu mengenang budi. Tambah aku malu bagaimana mahu aku jelaskan kepada sahabatku seorang Jepun yang mana kita tahu bangsa Jepun cukup kagum dan hormatkan insan bernama DR.M.

Wahai Melayu...jika kalian tidak mahu mengenang budi seorang Negarawan yang banyak berjasa kepada Malaysia, jangan kau didik pula anak generasi kalian untuk mmbenci dan menghina Tun Mahathir.

Kerana ingatlah.. lantai KLCC yang kau pijak membawa anak-anak membeli-belah adalah atas gagasan insan hebat ni.

Jangan kalian lupa Putrajaya yang kalian duduki bagi mencari makan buat anak dan isteri adalah sentuhan 'arkitek' bernama Mahathir Mohamad.

Jika kalian memilih untuk menjimatkn masa dalam perjalanan bercuti keliling Malaysia atau balik kampung hatta pulang ke Jasin.. melewati pula lebuhraya PLUS Utara-Selatan..jangan kau pernah lupa.. lelaki 'tua' yang kalian bilang nyanyuk itu yang  mencetuskan idea membinanya untuk kemudahan rakyat jelata.

Di saat kalian bilang beliau seorang pengkhianat bangsa dan negara, TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD lah yang berani menempelak bangsa Yahudi lewat temuramah CNN atau membidas AS dan Israel lewat persidangan PBB.

Yang kalian bilang beliau memalukan Malaysialah.. yang menubuhkan Petronas dan PROTON hingga berdiri megah serta gagasan kepimpinannya menjadi terkenal serta namanya menjadi sebutan seluruh dunia Islam hatta mendapat penghormatan Putin di Rusia.

Sayangnya Bosnia kepada insan hebat bernama Mahathir tak habis cerita 1 hari 1 malam!

Dan terlalu banyak nikmat Malaysia kecapi selama 22thn dibawah pimpinan DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD... hamba Allah yang dipinjamkn DIA buat kita.

Sampai masanya beliau akan pergi. Tak perlu kalian ajar beliau untuk berundur..
Kerana sayangnya beliau pada Malaysia.. di usia tuanya masih tak berhenti kerja serta memikirkan nasib negaranya.

Benarlah kata Tun M,
sikap buruk bangsaku yang mudah lupa!! Maafkan 'mereka', Tun!!!! :'

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat