TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, April 9, 2014

Apa yang patut kita tahu lagi bila beranak.

Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..

kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa..terkebil2 nak jawab ni!.. simpan nota ini.

      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
    Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :    
     Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita.

Tuesday, April 8, 2014

Pemilihan: Saifudin, Nurul dan Rafizi bentuk kumpulan

Pemimpin tertinggi PKR, termasuk Datuk Saifuddin Nasution, Nurul Izzah Anwar dan dan Rafizi Ramli, membentuk gabungan bagi menghadapi pemilihan parti itu Mei ini.

Pembentukan pasukan bertemakan “Masa Depan Bersama” itu diumumkan dalam sidang media di sebuah hotel berdekatan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Saifuddin bertanding jawatan timbalan presiden dalam pertandingan enam penjuru menentang beberapa lagi tokoh heavyweightparti, termasuk penyandang Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Tian Chua.

Nurul pula mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden manakala Rafizi pula mencuba nasib untuk jawatan sama.

Calon lain dalam pemilihan PKR yang hadir dalam acara itu termasuk Tian Chua dan Nik Azmi Nik Ahmad (calon ketua Pemuda), selain beberapa wakil rakyat.

Kemunculan Tian Chua, yang bertanding jawapan sama dengan Saifuddin, juga membuka kemungkinan terdapat rundingan antara kedua-dua pihak.

Tian Chua bagaimanapun berkata masih menumpukan kepada kerusi timbalan presiden dan belum membuat keputusan sama ada mahu menarik diri.

Sementara itu, Rafizi berkata, beliau bergabung dengan dua pemimpin itu kerana berkongsi prinsip “memberi tumpuan kepada soal-soal rakyat” berbanding isu perselisihan personaliti.

Anggota Parlimen Pandan itu membangkitkan secara langsung pertembungan Khalid dan Azmin yang memuncak ketika Azmin digugurkan daripada syarikat negeri Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS).

“Kebelakangan ini perselisihan personaliti antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali tidak membantu rakyat, pada pendapat saya.

“Walaupun keputusan saya menongkah arus, saya diberitahu ada yang mengatakan tindakan ini tindakan membunuh diri, namun, kita wujudkan (kumpulan ini) untuk bawa suara rakyat," katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah pula berkata, gabungan itu mempamerkan “nilai reformasi” untuk kepentingan masa depan parti.

Monday, April 7, 2014

Tiada tolak ansur kepada pembocor maklumat Ketenteran negara.

KUALA LUMPUR: Perbuatan warga Kementerian Pertahanan membocorkan rahsia kerajaan termasuk menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak tertentu tidak akan dikompromi. 

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menegaskan setiap ketua jabatan perlu lebih tegas dalam memberikan teguran atau amaran serta mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan. 

"Dalam dunia tanpa sempadan dengan medium komunikasi menjadi semakin mudah, penjawat awam perlu lebih berwaspada ketika menggunakan media sosial antaranya Facebook dan Twitter, jangan sampai maklumat yang diklasifikasi sebagai sulit atau rahsia sampai ke tangan pihak luar," katanya ketika merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian di sini hari ini. 

Mengenai pelan transformasi Kementerian Pertahanan yang dilancarkan pada tahun 2010, Abdul Rahim berkata ia kini memasuki fasa kedua bagi tempoh 2013 hingga 2015. 

Hala tuju transformasi yang digariskan mempunyai matlamat untuk membina keupayaan baharu Kementerian Pertahanan serta mendokong inisiatif kepimpinan negara, katanya. 

Pada majlis itu, sebanyak 134 orang pegawai awam dan 142 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala sebanyak 334 pegawai dan kakitangan awam daripada unit-unit tentera di seluruh negara yang bersara wajib turut menerima Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang. - BERNAMA 

Sunday, April 6, 2014

Hukuman serta-merta jika tiada lesen

Kuala Lumpur: Tiada lagi amaran atau maaf! Sebaliknya hukuman serta-merta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat atau individu yang didapati tidak memiliki lesen sah dan cuba menipu ketika menjalankan urus niaga dalam talian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, berkata ingatan itu sebagai menunjukkan pihaknya memandang serius peningkatan aduan daripada pengguna berkaitan salah laku dalam perniagaan terbabit.

Katanya, kes dilaporkan seperti direkod Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan e-aduan KPDNKK turut meningkat, sekali gus membuktikan masalah ini semakin berleluasa.

Semak dulu status syarikat

“Sebab itu kita gesa pengguna, jika mahu beli barangan secara online (dalam talian), periksa dan semak dulu status syarikat sama ada ia sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tidak.

“Kalau tiada (daftar dengan SSM), kita nasihatkan jangan (berurus niaga) kerana mungkin anda akan berdepan risiko ditipu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2014 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, individu yang ditipu perlu segera membuat aduan dan mengemukakan bukti kepada KPDNKK menerusi e-aduan atau TTPM bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

BH sebelum ini melaporkan kes penipuan urus niaga dalam talian meningkat. Tahun lalu, sebanyak 1,891 kes dilaporkan membabitkan kerugian RM6.2 juta, bertambah 140 kes berbanding 1,751 kes pada 2012 dengan kerugian RM17 juta.

KPDNKK menerusi e-aduan turut mencatatkan peningkatan kes pada tahun lalu iaitu 706 kes berbanding 212 kes pada 2012. Kebanyakan mangsa berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun iaitu golongan belia, menetap di bandar, terlalu sibuk dan bekerjaya.

Hasan mengakui masih ada syarikat atau individu menjalankan operasi tanpa lesen dikeluarkan SSM termasuk perniagaan gores dan menang, biarpun sudah diberi peringatan.

Ikan jadi pondan.

Ikan jadi pondan akibat pencemaran Ikan jantan di Basque Country menjadi ‘betina’ akibat pencemaran kimia dalam air di Basque Country, Barcelona.
Barcelona: Ketika seluruh Britain melaporkan keadaan berdebu yang teruk, ikan di Sepanyol membuktikan kesan pencemaran terhadap alam sekitar itu sendiri.

Ahli kumpulan Sel Biologi dalam Toksikologi Alam Sekitar menemui bukti bahawa ikan jantan di Basque Country menjadi ‘betina’ akibat pencemaran kimia di dalam air.

Pengarah kumpulan penyelidikan terbabit, Miren P Cajaraville dalam satu kenyataan berkata keputusan menunjukkan bahawa gangguan endokrin ini adalah fenomena yang menjadi punca masalah itu.

“Jika ia dikesan di negara lain bermakna kita sedang berdepan dengan masalah pencemaran. Kami juga mengesahkan hubung kait antara pencemaran dan fenomena ikan jantan menjadi ‘betina’,” katanya.

Jurnal alam sekitar, Marine Enviromental Research melaporkan bahan kimia pengganggu sistem endokrin (EDCs) bertindak seperti estrogen iaitu hormon seks betina utama yang meresap ke dalam air dan menyebabkan gangguan perkembangan dan reproduktif.

Bahan kimia terbabit ditemui dalam produk harian seperti racun serangga, pil perancang dan bahan pencuci.

Ia dikatakan memasuki muara selepas melalui sistem pembersihan di dalam loji rawatan air atau hasil daripada aktiviti industri dan perladangan.

Penyelidik melakukan kajian terhadap lima populasi ikan belanak dari pantai Basque dan apa yang dipanggil ‘penyakit interseks’ dikesan terhadap tiga daripada sampel ini. AGENSI

Wednesday, April 2, 2014

Mutakhir: Barisan UMNO/BN ada pemimpin yang berkebolehan.

Aku tertarik dengan kenyataan seorang Facebooker . Yang aku Prinshort tu. Yang dia tulis tu ada kebenarannya.

Cuba kita renung dan fikir bersama. Pejamkan mata koorang kosongkan kotak fikiran.

Mari kita sama-sama berfikir. Mampukah kerajaan sedia ada sekarang membawa kemakmuran kepada rakyat berbilang bangsa di Malaysia.

Sama-sama kita fikirkan dan renungkan.

Saya akan menulis selanjutnya berkenaan kebaikan pembangkang memerintah Malaysia dari pandangan masyarakat Malaysia.

Nantikan lah ya...

Dunia: Seoul curiga pesawat tanpa pemandu

SEOUL: Korea Selatan semalam mendakwa menemui sebuah pesawat tanpa pemandu tidak dikenali terhempas di salah satu pulau di sempadannya, pada hari sama kedua-dua negara Korea Selatan dan Korea Utara berbalas tembakan meriam di sempadan maritim yang menjadi pertikaian.

Bangkai pesawat terbabit ditemui di Pulau Baengnyeong, yang berada di selatan sempadan maritim, mencetuskan kecurigaan ia mungkin milik Korea Utara.
“Pihak berkuasa mengambil bangkai pesawat itu untuk analisis,” kata seorang jurucakap kementerian pertahanan.

Beliau enggan membuat spekulasi mengenai dari mana pesawat terbabit tetapi agensi berita Yonhap berkata pegawai risikan dan tentera mengesyaki ia datang dari Korea Utara.

Yonhap memetik sumber tentera sebagai berkata bahawa pesawat itu terhempas kira-kira jam 4 petang, kurang sejam selepas Korea Utara menghentikan latihan bedilan peluru hidup di sepanjang sempadan.

Ketika latihan, Korea Utara melepaskan kira-kira 500 bedilan meriam, 100 daripadanya jatuh di perairan Korea Selatan.

Korea Selatan membalas dengan menembak 300 bedilan ke laut sempadan Korea Utara dan turut menghantar jet pejuang.

Korea Utara mempamerkan satu set apa yang disifatkan sebagai pesawat tanpa pemandu ringkas ketika perarakan tentera besar-besaran di Pyongyang Julai lalu ketika meraikan ulang tahun ke-60 berakhirnya Perang Korea.

Pada Mac tahun lalu, media tempatan melaporkan pemimpin Kim Jong-Un memantau satu latihan tentera menggunakan ‘pesawat tanpa pemandu paling tepat’. Gambar foto latihan yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan apa yang menyerupai pesawat tanpa pemandu tentera udara itu terbang ke kawasan pergunungan dan meletup.

Yonhap berkata bentuk dan saiznya yang ditemui di Pulau Baengnyeong adalah sama dengan apa yang ditemui bulan lalu berhampiran bandaraya utara Paju, berhampiran sempadan darat dengan Korea Utara.

Pesawat Paju itu memiliki sayap segi tiga dengan ukuran 1.9 meter, kata agensi yang memetik sumber kerajaan.

Ia menggunakan enjin kuasa gas buatan Jepun manakala bahagian lain daripada China.

Sumber kerajaan berkata, ia memiliki sebuah kamera yang mengambil gambar rakaman dari udara lebuh raya kebangsaan dari Paju ke Seoul dan istana presiden, Blue House di ibu negara. – AFP

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat