TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, April 6, 2014

Hukuman serta-merta jika tiada lesen

Kuala Lumpur: Tiada lagi amaran atau maaf! Sebaliknya hukuman serta-merta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat atau individu yang didapati tidak memiliki lesen sah dan cuba menipu ketika menjalankan urus niaga dalam talian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, berkata ingatan itu sebagai menunjukkan pihaknya memandang serius peningkatan aduan daripada pengguna berkaitan salah laku dalam perniagaan terbabit.

Katanya, kes dilaporkan seperti direkod Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan e-aduan KPDNKK turut meningkat, sekali gus membuktikan masalah ini semakin berleluasa.

Semak dulu status syarikat

“Sebab itu kita gesa pengguna, jika mahu beli barangan secara online (dalam talian), periksa dan semak dulu status syarikat sama ada ia sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tidak.

“Kalau tiada (daftar dengan SSM), kita nasihatkan jangan (berurus niaga) kerana mungkin anda akan berdepan risiko ditipu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2014 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, individu yang ditipu perlu segera membuat aduan dan mengemukakan bukti kepada KPDNKK menerusi e-aduan atau TTPM bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

BH sebelum ini melaporkan kes penipuan urus niaga dalam talian meningkat. Tahun lalu, sebanyak 1,891 kes dilaporkan membabitkan kerugian RM6.2 juta, bertambah 140 kes berbanding 1,751 kes pada 2012 dengan kerugian RM17 juta.

KPDNKK menerusi e-aduan turut mencatatkan peningkatan kes pada tahun lalu iaitu 706 kes berbanding 212 kes pada 2012. Kebanyakan mangsa berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun iaitu golongan belia, menetap di bandar, terlalu sibuk dan bekerjaya.

Hasan mengakui masih ada syarikat atau individu menjalankan operasi tanpa lesen dikeluarkan SSM termasuk perniagaan gores dan menang, biarpun sudah diberi peringatan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat