TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, April 15, 2016

Anak lelaki perdana menteri pengarah dua buah syarikat di British.

Salah seorang anak lelaki perdana menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib antara yang dinamakan dalam satu kebocoran maklumat besar-besaran dari firma undang-undang berpusat di Panama.

Menurut dokumen yang bocor, beliau menjadi pengarah dalam dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

Bagaimanapun, ini tidak membayangkan salahlaku pada pihaknya.

"Terdapat penggunaan sah untuk syarikat luar pesisir, yayasan dan amanah," kata International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), yang menerajui siasatan bersama dengan akhbar berpusat di Jerman, Süddeutsche Zeitung.

"Kami tidak berhasrat mencadangkan atau mengimplikasikan bahawa mana-mana orang, syarikat atau entiti lain dimasukkan ke dalam aplikasi interaktif ICIJ Power Players telah melanggar undang-undang atau sebaliknya bertindak secara tidak wajar," katanya.

Menurut ICIJ, Nazifuddin menjadi salah seorang daripada pengarah Jay Marriot pada 2009.

Pengarah lain yang dilaporkan ialah Ch'ng Soon Sen, yang kemudian menjadi pengarah eksekutif pemaju hartanah Malaysia Pacific Corp dan sekarang menjadi CEOnya.

Ch'ng dilaporkan mengesahkan memperoleh Jay Marriot bersama Nazifuddin pada 2009, tetapi tiada kegiatan perniagaan "sejak pembentukannya".

Sebagai tambahan, beliau berkata Nazifuddin telah memindahkan saham-sahamnya dalam Jay Marriot kepada kakak Ch'ng dan meletakkan jawatan pada 2011.

Bagi PCJ International, Nazifuddin dilaporkan menubuhkan syarikat bersama dengan pemaju Megat Daniff Shahriman Zaharudin, tetapi syarikat ditutup setahun kemudian.

Laporan juga mencatatkan bahawa Megat ialah penasihat kewangan NGO Youth On Unity yang diketuai oleh Nazifuddin.

Nazifuddin dilaporkan memberitahu ICIJ dan Süddeutsche Zeitung yang PCJ International ditubuhkan kerana menjalankan perdagangan antarabangsa, tetapi tiada urus niaga perniagaan dan syarikat itu kemudiannya ditutup.

DAULAT TUANKU : Bank OF Johor Sultan cadangkan untuk Johor!!!

DAULAT TUANKU.

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

Namun, masih ramai rakyat yang belum dapat memiliki rumah tersebut oleh kerana gagal untuk mendapat kelulusan pinjaman dari pihak bank. Oleh yang demikian, baginda mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat menubuhkan sebuah bank yang diberi nama ‘Bank of Johor’.

Tambah baginda, wang Kerajaan Negeri yang mencecah tiga billion ringgit ditambah dengan pendapatan kerajaan dan syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri yang mencecah 7.5 bilion setahun, pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk ‘Bank of Johor’.

#AllahSelamatkanSultan

TAHNIAH TUANKU!!!

HANYA JOHOR TIDAK KENAKAN GST KEPADA RAKYATNYA.

MAJU JOHOR TANPA GST. MEMBUKTIKAN GST BUKAN SEGALA-GALANYA.

BEZANYA KERJASAMA BANGSA JOHOR DENGAN ISTANA JOHOR.

BEZANYA PEMERINTAHAN PUSAT DI PUTERAJAYA YANG PENTINGKAN GST, YANG AKHIRNYA KELABU ASAP. BANYAK YANG LESAP?

Terkini: U-Mobile bakal milik TMJ!!!

Bangsa Johor yang disayangi insyaAllah jika tiada aral yang melintang, adalah didakwa tidak lama lagi rangkaian perniagaan "U-Mobile" akan jadi milik Kebawah Duli Yang Amat Mulia Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Berkemungkinan besar juga jenama "U-Mobile" turut akan ditukar kepada penjenamaan baru JDT (Johor Darul Takzim)

Syabas & TAHNIAH buat TMJ yang kita kasehi

DAULAT TUANKU !!!!

Jawatan kuasa kira-kira Wang Negara (PAC) tidak sedar juruaudit 1MDB telah ditamatkan oleh Menteri kewangan?

Kementerian Kewangan (MOF) nampaknya tidak sedar bahawa pelantikan KPMG sebagai juruaudit 1MDB telah ditamatkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, menurut rekod Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Semasa pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 16 Jun, 2015, ketua unit parlimen dan kabinet MOF Rosli Yaakub memberitahu jawatankuasa itu bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam pelantikan juruaudit 1MDB.

Keesokan harinya Jawatankuasa itu menerima pengesahan daripada KPMG bahawa ia telah dipecat sebagai juruaudit 1MDB melalui surat daripada 1MDB yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan.

Ketua Kementerian Kewangan Inc (MKD) Datuk Mohamad Isa Hussain direkodkan dalam hansard itu sebagai berkata beliau "tidak pasti" mengenai surat itu apabila ditanya oleh pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamad mengenainya.

Hansard kemudian menunjukkan terdapat kekeliruan awal mengenai siapa menteri kewangan yang menandatangani surat penamatan itu kerana KPMG tidak membawa salinan pernyataan itu ketika pendengaran PAC.

Anggota PAC Tony Pua bagaimanapun, mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa PAC kemudian menunjukkan bahawa surat itu ditandatangani oleh Najib sendiri.

Thursday, April 14, 2016

HAMID BADUR BEKAS TIMBALAN KETUA CAWANGAN KHAS?

Bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa terdapat pihak berkuasa yang ‘sanggup berbuat apa saja’ untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1Malaysia Development Berhad termasuk menggunakan isu perkauman.

Kaum Cina menjadi sasaran sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian daripada kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador dalam satu surat terbukanya kepada Putrajaya.

Dalam surat terbukanya, Hamid mendakwa mereka yang berkuasa “sanggup berbuat apa saja” untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1MDB termasuk menggunakan isu perkauman.

“Serentak dengan usaha itu, mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.

“Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang-orang Cina nak rampas kuasa. Daripada isu jenayah pecah amanah dah bertukar pula jadi isu perkauman,” tulisnya dalam surat terbuka itu.

Pada 16 September, perhimpunan “baju merah” dianjurkan untuk mempertahankan maruah Melayu disebabkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung skandal 1MDB dan dihadiri majoriti Cina
“Siapalah agaknya penasihat strategi ‘perompak’ ini ye.

“Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua,” tulis Hamid.

Dalam surat terbukanya, Hamid menggesa ketua setiausaha negara, peguam negara dan ketua polis negara membuat keputusan tegas dan mendedahkan penyiasatan yang sudah dilakukan terhadap 1MDB.

Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan wang 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Najib pada 2013 dan lumpuh selepas bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan perdana menteri.

Hamid turut menggesa Gani mendedahkan tentang penyiasatan yang dijalankannya berhubung 1MDB.

“Sesudah ‘dipecat’ Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri?

“Ada pihak menyatakan Tan Sri diugut agar tidak melawan,” tulis Hamid.

Beliau turut menyeru supaya pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur seperti mendiang Kevin Morais yang dibunuh kerana dikatakan enggan menerima rasuah.

“Jangan gentar dengan cubaan-cubaan ‘blackmail’ oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan.

“Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau ‘bermain tarik tali’ maka gunakan Interpol untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini,” kata Hamid.

Bank Of Johor.

Awak ada!I am a proud Johorean!

'BANK OF JOHOR'

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Johor dengan penubuhan 'Bank of Johor' seperti yang dititahkan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim. Saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana dengan tilik pandang jauh DYMM Ayahanda saya, wujudnya 'Bank of Johor' bagi membantu Bangsa Johor yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan bukan sahaja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan, tetapi juga untuk simpanan tabungan dan pelaburan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

BANK OF JOHOR

I wish to congratulate the Government of Johor for the establishment of the Bank of Johor as decreed by HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor Darul Ta'zim. I am very happy and grateful because with the vision of His Majesty, a Bank Of Johor now exists to help and assist the less fortunate people of Johor to get banking services not only in terms of securing housing loans or project development loans but also saving and investment.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Tuesday, April 12, 2016

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERHUBUNG LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB

1. Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara. Saya juga telah menasihati Dato’ Seri Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.

2. Saya juga pernah menzahirkan kebimbangan saya mengenai masalah aliran tunai syarikat yang amat teruk sehinggakan tidak mampu membayar hutang. Juga mengenai pelaburan yang mencurigakan tanpa dibuat due diligence sebelum perjanjian dimaterai.

3. Saya juga mempersoalkan pelan rasionalisasi 1MDB yang belum tentu dapat ditunaikan. Malah penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin boleh menyelesaikan hutang-piutangnya yang bukan semakin berkurang tetapi meningkat kepada RM50 bilion. Saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.

4. Laporan PAC mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet. Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang bahawa nama Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin? Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib.

5. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara  (PAC) mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewangan. Sebaliknya laporan PAC mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan. Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan Perdana Menteri.

6. Antaranya ialah keputusan Lembaga Pengarah meluluskan pemindahan sebanyak USD1 billion ke dalam akaun bank syarikat usahasama 1MDB Petrosaudi Ltd. Pihak pengurusan hanya memindahkan sebanyak USD300 juta ke dalam akaun bank 1MDB Petrosaudi Ltd, manakala baki sebanyak USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib.

7. Sepertimana yang dilapor dalam hansard prosiding PAC, mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah USD1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri. Saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima arahan daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal. Antaranya ialah keputusan untuk melabur sejumlah USD2.318 bilion dalam Segregated Portfolio Company (SPC) melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC, iaitu sebuah syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. Begitu juga dengan dana berjumlah USD3 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan TRX tetapi telah dipindahkan kepada 1MDB sebanyak USD 1 bilion, kepada 1MDB Energy Ltd sebanyak USD 28.85 juta, kepada Brazen Sky Ltd sebanyak USD 1.5 juta dan pelaburan di luar negara sebanyak USD1.58 billion.

8. Penyelewengan dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang. Malah 1MDB terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang yang telah meningkat secara mendadak daripada RM5 bilion pada tahun 2009 kepada RM50 bilion pada tahun 2016. 1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban onar 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

9. Antara skop laporan PAC ialah untuk menentukan samada wang hasil pelaburan 1MDB di Cayman Islands berjumlah USD2.318 bilion sudah dibawa balik ke Malaysia. Malangnya, PAC gagal menyatakan perkara ini dengan jelas. Tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang USD700 juta dan USD330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low; USD3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited; USD940  juta dalam bentuk 'unit' yang dikatakan disimpan dalam Bank BSI di Singapura; dan USD1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investments Ltd. Kesemuanya berjumlah USD7 billion (RM28 billion).

10. Terbaharu, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini? Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu.

11. Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng. Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?

12. PAC telah memperakukan supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral, disiasat oleh pihak berkuasa. Saya menggesa supaya pihak berkuasa segera membuat siasatan dan Datuk Shahrol mestilah menyatakan perkara yang sebenar. Siasatan mengenai aliran keluar wang 1MDB yang masih belum terjawab juga perlu diteruskan.

13. Tanpa memperkecilkan laporan PAC, penyiasatan yang dijalankan ke atas 1MDB tidak konklusif. T maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan luar negara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Apa lagi ia telah menyebabkan kerugian bernilai berbilion ringgit kepada IMDB seperti usahasama dengan Petrosaudi. Sebenarnya Najib bertanggungjawab sepenuhnya di atas penyelewengan 1MDB. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat, dia tidak boleh mencuci tangan dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat.

14. Gesaan saya selama ini supaya Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ternyata berasas. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi sebuah syarikat awam. Hal ini telah diakui oleh PAC dalam laporannya yang membuat perakuan supaya Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 M&A syarikat dimansuhkan.

15. Namun, pemansuhan Lembaga Penasihat 1MDB sahaja tidak memadai. Najib ialah orang yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang RM20 bilion. Jangan pula nanti ada tindakan bail out oleh kerajaan.

17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

MUHYIDDIN YASSIN
12 APRIL 2016

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat