TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, April 14, 2016

HAMID BADUR BEKAS TIMBALAN KETUA CAWANGAN KHAS?

Bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa terdapat pihak berkuasa yang ‘sanggup berbuat apa saja’ untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1Malaysia Development Berhad termasuk menggunakan isu perkauman.

Kaum Cina menjadi sasaran sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian daripada kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador dalam satu surat terbukanya kepada Putrajaya.

Dalam surat terbukanya, Hamid mendakwa mereka yang berkuasa “sanggup berbuat apa saja” untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1MDB termasuk menggunakan isu perkauman.

“Serentak dengan usaha itu, mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.

“Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang-orang Cina nak rampas kuasa. Daripada isu jenayah pecah amanah dah bertukar pula jadi isu perkauman,” tulisnya dalam surat terbuka itu.

Pada 16 September, perhimpunan “baju merah” dianjurkan untuk mempertahankan maruah Melayu disebabkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung skandal 1MDB dan dihadiri majoriti Cina
“Siapalah agaknya penasihat strategi ‘perompak’ ini ye.

“Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua,” tulis Hamid.

Dalam surat terbukanya, Hamid menggesa ketua setiausaha negara, peguam negara dan ketua polis negara membuat keputusan tegas dan mendedahkan penyiasatan yang sudah dilakukan terhadap 1MDB.

Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan wang 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Najib pada 2013 dan lumpuh selepas bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan perdana menteri.

Hamid turut menggesa Gani mendedahkan tentang penyiasatan yang dijalankannya berhubung 1MDB.

“Sesudah ‘dipecat’ Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri?

“Ada pihak menyatakan Tan Sri diugut agar tidak melawan,” tulis Hamid.

Beliau turut menyeru supaya pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur seperti mendiang Kevin Morais yang dibunuh kerana dikatakan enggan menerima rasuah.

“Jangan gentar dengan cubaan-cubaan ‘blackmail’ oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan.

“Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau ‘bermain tarik tali’ maka gunakan Interpol untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini,” kata Hamid.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat