TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, March 21, 2016

Najib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya?

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Najib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

“Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

“Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat,” katanya pada majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di sini, Sabtu.

Himpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib, dihadiri lebih 5,000 anggota dan pemimpin Umno dan Barisan Nasional daripada 14 Umno bahagian di negeri ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib yang juga Presiden Umno dan Anggota Parlimen Pekan sebelum itu tiba di Pangkalan TUDM, di sini kira-kira 9.30 pagi dengan menaiki pesawat khas dan disambut oleh Adnan serta pimpinan parti.

Perdana Menteri turut meminta rakyat di negara ini khasnya anggota parti supaya tidak memperdulikan kerjasama politik bekas pemimpin Umno dan pihak pembangkang kerana ia tidak mendatangkan manfaat berbanding langkah kerajaan selama ini yang telah banyak membuat kebajikan untuk rakyat.

“Kita (pemimpin kerajaan) buat kerja, kita jaga ekonomi, kita nak orang muda ada pekerjaan, memperkembangkan ekonomi, kita nak jaga orang kampung, kita nak bangunkan kawasan bandar, pinggir bandar, pesisiran pantai, gunung, semua kita kena jaga,” katanya.

Dalam masa yang sama Najib turut menempelak tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan deklarasi bersama-sama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinannya.

Beliau berkata tindakan itu jelas bertentangan prinsip yang dipegang oleh Dr Mahathir selama 22 tahun menerajui kepimpinan negara apabila cuba menjatuhkan kerajaan dan menukar perdana menteri dipilih rakyat dengan cara tidak demokrasi.

“22 tahun kutuk parti DAP… kata Kit Siang (veteran DAP Lim Kit Siang) rasis…kata DAP parti cauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam, kita dah dengar ucapan-ucapan dia.

“Ini bukan saya kata, ini Dr Mahathir sendiri kata selama 22 tahun … hari ini dia duduk sebelah siapa, dia ‘sign’ (tandatangan) deklarasi rakyat dengan siapa,” soalnya.

Najib berkata Dr Mahathir, beberapa bekas pemimpin Umno dan pembangkang tidak wajar menjatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan seperti yang dirancang oleh pihak berkenaan sebelum ini.

“Dulu (Dr Mahathir) kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Dulu kata salah dari segi prinsip demokrasi. Tapi sekarang ini lain pula,” katanya.

Pada 4 Mac lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dan Kit Siang adalah antara lebih 50 individu menandatangani deklarasi menyokong penyingkiran Najib, diketuai Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pahang yang hadir pada Himpunan Solidariti hari ini untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya.

Perdana Menteri berkata beliau berasa gembira dengan keadaan itu kerana ia menggambarkan beliau tidak keseorangan dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam memimpin negara.

“Sebagai anak watan Pahang hati ini terubat hari ini. Walaupun diserang daripada mana-mana pun, tetapi kalau ‘askar’ saya ini seperti hari ini, saya tidak keseorangan, I’m not alone,” katanya.– Bernama

Ku Li:“Majoriti ahli parlimen Umno telah diperintah supaya mengundi TPPA saya tak mengundi kerana saya masuk bilik pergi kencing jadi tak mengundi itu bezanya yang mengundi yang tak kencing dan kencing tak mengundi,”selorohnya pecah derai ketawa hadirin untuk membawa maksud beliau menolak TPPA ketika dibahaskan di Parlimen Januari lalu.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak mengambil langkah untuk meneruskan perundingan kerjasama perniagaan dengan Amerika Syarikat (AS) melalui FTA berbanding Perjanjian Kerjasama Trans- Pasifik (TPPA).

Beliau berkata, dengan TPPA akan membuka ruang yang lebih luas kepada AS untuk melebarkan kuasa ekonomi dan pasaran buruh mereka ke negara terbabit TPPA dengan terbina syarikat multinational yang menawarkan peluang kepada rakyat tempatan dalam masa sama membawa masuk rakyat AS ke negara ini, seperti berlaku di negara China, India dan latin Amerika.

“Kenapa kita nak jadi tali barut dengan AS jika kita nak berniaga kita boleh berunding dengan mereka.

“Kenapa kita tidak boleh berunding dengan mereka jika mereka beri layanan yang baik pada satu negara lain, kenapa kita tidak boleh atas layanan sama untuk diberi kepada kita pula.

“Jika AS fikir kita adalah rakan dagang yang baik untuk mereka, sehingga kita pula buka peluang kepada syarikat-syarikat multinational AS yang ada di negara ini yang merasakan dasar dijalankan kerajaan atau cara dikendalikan oleh syarikat tempatan tidak secocok dengan cara mereka, maka mereka boleh membawa kes ini bukan di dalam mahkamah di negara kita, tetapi di mahkamah negara mereka untuk mendakwa kita kelak.

“Bagamana kita nak lawan mereka, dengan menguna penguam mereka untuk mempertahankan kedudukan kita di negara mereka.

“Ini yang saya tidak faham, saya tanya Mustapa (Datuk Seri Mustapa Mohamed -Menteri Miti) dia sendiri tak boleh jawab benda-benda macam ini,” ujar mantan Menteri Kewangan ini.

Tengku Razaleigh berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta mengenai TPPA ketika hadir dalam majlis suai kenal anjuran Ikatan Cendiakawan Kelantan (iCEK) di Taman Tun Dr. Ismail semalam.

Majlis ini dihadiri di kalangan pemimpin politik dari semua parti, NGO, ahli akademik dan profesional, di kalangan warga Kelantan.

Beliau juga memberitahu kerajaan dan rakyat perlu melihat TPPA dari setiap sudut kebaikan dan keburukan jika dilaksanakan di negara ini.

“Majoriti ahli parlimen Umno telah diperintah supaya mengundi TPPA saya tak mengundi kerana saya masuk bilik pergi kencing jadi tak mengundi itu bezanya yang mengundi yang tak kencing dan kencing tak mengundi,”selorohnya pecah derai ketawa hadirin untuk membawa maksud beliau menolak TPPA ketika dibahaskan di Parlimen Januari lalu.

Jelas beliau kerajaan perlu lihat dari banyak sudut TPPA yang menguntungkan dan merugikan negara tetapi amnya kata beliau lagi apa yang penting kerajaan dapat menjaga kepentingan bangsa, agama dan kedaulatan negara.

“ Kalau kita nak berniaga bila-bila masa kita boleh berniaga, negara kita hingga hari ini maju juga tanpa TPPA. Tidak ada sebab untuk mendirikan satu pakatan atau blok perdagangan kerana disuruh oleh orang (AS).

“Mengapa tiba -tiba secara sulit berunding dan kemudian pula paksa rakyat terima.Saya rasa tak kena. Saya rasa elok kita tengok sejauh mana TPPA ini akan beri kemajuan kepada perdagangan negara kita.

“Bagi saya Malaysia negara kecil kita akan ketinggalan dalam perlumbaan perdagangan ini. Apa yang penting bagi kita sekarang tumpu kepada Asia, ini kerana di sebelah barat sana seperti di Eropah Barat, AS dan Amerika Latin tidak mampu kita tembusi pasaran mereka.

“Seperti di negara timur tengah yang berada dalam keadaan begini mereka tidak boleh masuk atau keluar sesuka hati untuk berdagang. Mereka hanya jadi pembekal barang mentah kita tidak mahu jadi hamba selama-lamanya begitu. Kita patut ubah itu pandangan saya,” ujarnya.

Dalam majlis ini salah seorang hadirin mengemukakan pandangan adakah perlu satu gerakan massa dilakukan dikalangan NGO untuk mendesak kerajaan menolak TPPA secara total.

Dalam hal ini Tengku Razaleigh menyatakan pendirian beliau tidak suka kepada pihak-pihak yang menganjurkan demontrasi dan mahu menukar kerajaan.

“Saya bukanlah orang yang suka anjurkan demontrasi atau nak tukarkan kerajaan, tidak sama sekali.

“Di Korea bila tak bersetuju dengan kerajaan mereka buat macam-macam. Civil disobedience dibuat oleh Gandhi hingga British tunduk kepada rakyat India. Kerajaan diktator Korea pun kalah kerana rakyatnya bertindak.

“ Jika ada kesedaran di kalangan rakyat kita bahawa Parlimen sudah tidak boleh digunakan lagi (menolak TPPA), ada cara lain minta Raja-Raja pertimbangkan, apapun mesti bermula dari rakyat untuk mengerakkan usaha ke arah itu,”ujarnya.

Sunday, March 20, 2016

SPRM BONGKAR SINDIKET SELEWENG DANA KERAJAAN LEBIH RM100 JUTA

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SPRM BONGKAR SINDIKET SELEWENG DANA KERAJAAN LEBIH RM100 JUTA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya membongkar satu sindiket yang menyeleweng dana Kerajaan Persekutuan membabitkan sebuah kementerian, yang menyebabkan kerajaan kerugian lebih kurang RM100 juta.

Sindiket itu dibongkar dalam satu operasi khas yang diadakan oleh Ibu Pejabat SPRM pada 17 Mac 2016.

Setakat ini, sembilan orang telah ditangkap. Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita. Salah seorang yang ditangkap merupakan pegawai kanan kementerian berkenaan, berjawatan Setiausaha Bahagian. Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula 18 Mac 2016 bagi membantu siasatan.

Siasatan SPRM menunjukkan sindiket ini menggunakan modus operandi mengarahkan pihak kewangan sebuah agensi di bawah kementerian terbabit membuat bayaran kepada tidak kurang dari 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket ini bagi program-program yang diwujudkan walhal kerja-kerja dimaksudkan tidak pernah dilaksanakan. Tiada sebarang tuntutan dikemukakan oleh syarikat-syarikat itu kepada agensi berkenaan tetapi pegawai kanan berkenaan memainkan peranan bagia memastikan bayaran dibuat kepada syarikat-syarikat terbabit.

Kemudian, dalam peratusan tertentu, pegawai kanan berkenaan menerima imbuhan daripada pihak syarikat dan ada di antaranya dibayar melalui cek ke akaun peribadi pegawai kanan.

Hasil siasatan setakat ini menunjukkan kegiatan sindiket ini telah berlaku sejak tahun 2010. SPRM tidak menolak kemungkinan ia telah berlaku beberapa tahun sebelum itu. Justeru, siasatan akan terus dijalankan.

Siasatan setakat ini menunjukkan wang kerajaan yang telah diselewengkan sekurang-kurang RM100 juta dalam tempoh berkenaan.

Selain itu, pegawai kanan terbabit menerima habuan-habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta-kereta mewah, pembayaran insurans dan unit amanah bernilai jutaan ringgit, penggunaan kemudahan kad kredit supplementari, pengubahsuaian rumah.

Pegawai kanan terbabit dipercayai hidup mewah sehingga mampu membeli jam-jam tangan berjenama, yang satu daripadanya mencecah harga tidak kurang dari RM400,000, barang-barang kemas yang banyak dan ada yang bernilai tidak kurang RM600,000, ‘beddings’ bernilai lebih RM300,000, foto hiasan bernilai lebih RM60,000 dan  beg-beg tangan berjenama dan ada yang berharga RM400,000.

Dianggarkan beliau menerima suapan mencecah keseluruhan RM20 juta selain kerap ke luar negara bersama anggota keluarga hingga mampu menggunakan penerbangan ‘First Class’ setiap seorang.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan juga Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiyaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

SPRM telah membekukan sejumlah 69 akaun bernilai RM8.33 juta dan harta lain seperti rumah serta menyita kenderaan-kenderaan mewah.

SPRM akan memanggil saksi-saksi terutamanya dari kementerian terbabit bagi membantu siasatan.

Selain itu, SPRM juga akan melihat sistem dan prosedur perolehan kementerian yang menyebabkan berlakunya ketirisan dana sehingga menyebabkan kerugian kepada pihak kerajaan.

Pada 14 Mac 2016, SPRM Kuala Lumpur juga telah mengadakan Ops Tiris sehingga membawa kepada penahanan empat orang termasuk seorang pegawai kanan kerajaan dan bekas pesara. Seorang lagi telah didakwa pada 17 Mac 2016.

DATO’ AZAM BAKI
PENGARAH SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

19 MAC 2016

Politik Negara Malaysia sekarang!!! Hak ahli jangan di nafikan untuk meluahkan pandangan dan pendapat?

Sebenarnya tak ada apa pun yang pelik. Ini lah nama demokrasi masing masing boleh menilai sendiri.

Adakah kita masih mahu berketua kan seorang pemimpin yang lemah di mata rakyat ?

Yang terpalit pelbagai skandal korup yang bukan sahaja menjadi perhatian dalam negara tetapi bahkan dunia.

Seorang pemimpin yang kita sendiri selaku rakyat tak pasti apa sebenarnya dasar dasar yang beliau hendak laksanakan selain dari menjadi pak turut negara negara kuasa besar.

Sedarlah malaysia di bawah pimpinan najib kini langsung tiada harga diri, bahkan tidak langsung di hormati kawan mahupun lawan.

Hutang negara semakin meningkat sehingga mencecah 700 bilion dan hampir 55% KDNK negara..

Baru baru ini kita dengar pembatalan biasiswa pelajar luar negara kononnya bagi menjimatkan kewangan negara.

mana pergi duit GST berbilion ?

Mana pergi baki hasil dari rasionalisasi subsidi dan pemotongan subsidi ?

Mata wang kita masih tidak menunjukkan sebarang tanda positif.

Ekonomi suram . Najib cuma tahu berkata " nasib baik ada GST mampu selamatkn ekonomi negara ketika ini "

Itu saja kah yang mampu di fikir seorang pemimpin untuk memulih ekonomi dengan cara memerah rakyat ?


Tun M terima gelaran dari Universiti Muhammadiah Yogyakarta.

"Atas upaya dan keteguhan Tun Mahathir Muhammad dalam mewujudkan perdamaian dunia itulah, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) lantas berkeinginan untuk memberikan gelar kehormatan kepadanya.

Gelar berupa Doktor Honoris Causa dalam bidang Perdamaian (Peace) kepada Tun Mahathir Muhammad ini juga merupakan gelar DR HC pertama yang akan diterimanya."

- Rektor UMY, Prof. Dr. Bambang Cipto.

Friday, March 18, 2016

SURAT KEPADA AHLI-AHLI CAWANGAN UMNO

Saudara-saudari sekalian,

Assalamualaikum,

Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.

​Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.

​Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.

​Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.

​Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.

​Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.

​Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.

​Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.

​Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.

​Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.

Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga

​Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.

Terima Kasih

Selamat bersidang

Dr Mahathir Bin Mohamad
18 Mac 2016

Wednesday, March 16, 2016

“Kita Semua Akan Pergi, Akhirnya” – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata semasa ditemu bual dalam rancangan bual bicara ‘Satu Jam Lebih Dekat‘ terbitan TV ONE Indonesia.

Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indonesia, Suharto, sewaktu memegang tampuk kepimpinan negara suatu masa dahulu.

“Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.

“Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang,” kata Dr Mahathir sambil menahan sebak.

Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku kepada bekas perdana menteri itu dalam mana-mana temu bual bersama media, baik media tempatan mahupun antarabangsa.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sempat menyatakan bahawa setiap manusia juga harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal dalam dunia ini.

“Kita semua akan pergi, akhirnya.

“Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah,” kata Dr Mahathir sambil tersenyum.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat