TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, January 7, 2016

Sedekah amal jariah!!!

✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
✅3.Sentiasa sediaka n wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
✅4. Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
✅11. Setkan pada handphone anda, pengera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al fatehah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. ..
Selamat bersedekah...Amin

Pandangan!!! Benarkah GST baik untuk rakyat? Adakah benar TPPA baik untuk rakyat??? Bimbangnya rakyat DS Najib Razak!!!

Mengapa bila kerajaan sebut GST baik untuk rakyat. Bila perkiraan penerangan yang di maklumkan bahawa harga barang akan turun.

Alasan harga barang turun adalah kerana SST sekarang adalah 10%. Tetapi GST hanya 6%. Dari segi perkiraan seperti harga barang turun.

Tetapi pada hakikatnya harga barang naik. Kerana GST 6% di kenakan setiap kitaran dari mula di proses hinggalah barang tersebut sampai kepada penguna.

Kita lihat sahaja isu topup di beri penerangan bahawa sudah ada SST 6%. Tetapi apabila dilaksanakan GST 6%. Dari hukum akal sepatutnya tiada kenaikan atau tambahan harga topup tersebut.

Apa yang berlaku sebagai contoh pembelian topup bernilai RM10.00. Penguna terpaksa membayar lebih iaitu RM10.60. Kerana GST 6% yang kerajaan katakan harga barang turun bila GST di laksanakan.

Adakah kerajaan ingat rakyat tidak tahu menilai matawang. Rakyat lemah ilmu hisab atau kerajaan yang lemah ilmu hisab.

Apabila rakyat dan pelbagai lapisan masyarakat menimbulkan ISU topup. Kerajaan mengarahkan kementerian komunikasi untuk berbincang dengan telco untuk mengatasi permasaalahan tersebut.

Apabila perlaksanaan pembelian topup RM10.00 nilaian yang di terima oleh pelangan hanya RM9.40. Jadi dimanakah sebenarnya ilmu hisab yang kerajaan dapat bagi menyelesaikan permasaalahan ini?

Ingatlah jika isu GST, Setakat topup Kerajaan tidak boleh mengatasi.

Bayangkan apa akan terjadi jika TPPA dilaksanakan kepada Malaysia? Memberi ruang negara boleh disaman oleh peniaga atau pengusaha merupakan satu tindakkan yang menjerat negara kepada keadaan yang tidak baik untuk negara!!!

Sebagai rakyat Malaysia saya amat risau dan bimbang dengan janji dan penerangan yang menyatakan GST baik untuk rakyat? TPPA boleh mendatangkan kebaikkan untuk rakyat?

DS Najib Razak jika negara ini seperti labu. Jangan jadikan perumpamaan seperti " tikus membaiki labu "

Telah menjadi rekod negara. Malaysia telah di nobatkan sebagai negara no 3 di dunia dalam kegiatan rasuah. Jadi adakah kepercayaan titi atau jambatan itu kukuh untuk negara?

Harap-harap DS Najib faham-fahamlah sendiri apa perlu dilakukan. Rakyat minta sekadar undur diri cukup.

Adakah sudah bersedia untuk menjadi pembangkang menjelang 2018. Amat sukar rasanya untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada untuk diberi peluang menguruskan negara.

#takcayasudah

Monday, January 4, 2016

Empat Pelan Strategik MBJB menjelang Tahun 2020!!!

Pelan Strategik MBJB 2016-2020 akan berupaya melonjakkan Johor Bahru ke tahap yang lebih baik dan disegani. Bukan sahaja daripada aspek perolehan dan pertumbuhan ekonominya. Namun kesejahteraan sosial serta kelestarian alam sekitarnya.

MBJB harus memahami aset, potensi dan sumber yang ada padanya. Dan bagaimana semua ini harus dibangun, diurus dan digunakan secara optimum untuk menonjolkan Johor Bahru sebagai sebuah metropolis kosmopolitan yang berjaya.

Pertama, modal intelek. Kekuatan sebenar sesebuah kotaraya ialah pemikiran intelektual warganya. Ramai sekali penghuni kotaraya kita hari ini yang terdiri daripada mereka yang mempunyai idea yang bernas, pemikiran yang hebat serta rekod pendidikan dan ilmu yang terbaik. Maka gunakan pemikiran mereka. Kreativiti mereka.Kerana Johor Bahru adalah kota mereka. Biar mereka bersama-sama terlibat dalam merencana masa depannya. Bukannya hanya bergantung kepada pakar-pakar runding dari luar yang tidak pun memahami erti dan nikmat tinggal di Johor Bahru.

Kedua, ruang demokratik. Johor Bahru mesti menggunakan ruang demokrasi sebagai medium pembangunannya. Demokrasi juga adalah tentang penglibatan semua pihak. Yang miskin, yang kaya, yang bekerja, yang berniaga, yang tua, yang muda, yang bergelar warganegara, yang berstatus pendatang. Kesemuanya berperanan dan mempunyai pemberat dalam setiap keputusan penting kita.

Ketiga, kekayaan khazanah budaya dan kekuatan tradisinya. Johor Bahru bukan baru dibuka semalam. Ia adalah sebuah kota yang mempunyai sejarah yang panjang. Yang padat dengan kisah dan cerita yang menarik dan mempersonakan. Dan cerita Johor Bharu ini bukan hanya satu cerita tunggal. Cerita Johor Bahru adalah cerita yang pelbagai. Lebih-lebih lagi Johor Bahru adalah sebuah kota sejarah yang telah lama menjadi pelabuhan tempat berkembangnya kehidupan pelbagai bangsa, dari pelbagai benua dan negara dengan seribu satu latar belakang dan kepercayaan.

Jadi, turut menjadi cabaran kepada MBJB ialah bagaimana ia boleh menggunakan segala cerita ini untuk mewujudkan suatu jenama  bagi Johor Bahru. Jenama yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia. Jenama  yang akan menarik kehadiran pelbagai acara sukan, aktviti budaya, peluang perniagaan dan forum hubungan politik untuk dilaksanakan di Johor Bahru. Jenama yang bila disebut saja, maka dengan pantas tergambar Johor Bahru yang unik dan menarik. Seperti Paris yang tersohor dengan jolokan Ibu Kota Cinta. Seperti New York yang menjadi Big Apple, nadi kepada negara Uncle Sam. Seperti Prague yang merupakan The City of Hundred Spires. Seperti Amsterdam yang diingati sebagai The Venice of the North, seperti Bucharest yang dipanggil The Little Paris dan seperti Beijing yang dikenali sebagai The Forbidden City.

Maka, Johor Bahru dengan seribu satu macam ceritanya, harus turut mempunyai jenama dan jolokan tersendiri yang menarik seperti ini. Sebagai permulaan, mungkin MBJB boleh memikirkan untuk mengembangkan atau menambah baik konsep Jauhari Selatan yang sering kita tegaskan selama ini.

Keempat, kesediaan prasarana dan kelestarian alam sekitarnya. Apakah prasarana yang kita miliki dan kita bina hari ini sudah cukup untuk menjadikan Johor Bahru berdaya saing? Mampukah ia menampung keperluan modenisasi dan pertumbuhannya yang saban hari semakin rancak?Malah perkara paling pentin, mampukah ia kekal lestari dan hijau?

Maka MBJB harus memperkaya dan memperkasa segala aset dan prasarana sedia ada untuk memastikan Johor Bahru menjadi bandaraya yang pintar dan lestari. Bandaraya yang mempunyai kesiapsiagaan untuk memastikan sistem pengangkutan awam, sumber tenaga, sumber air, sistem keselamatan serta persekitarannya diuruskan setara dengan keperluan modernisasi dan keperluan lingkungannya.Kerana kita tidak mahu, apabila bandar kita semakin maju, sungai kita semakin mati. Apabila bangunan kita semakin tinggi, kualiti udara kita semakin rendah. Itu bukan Johor Bahru yang kita mahukan

1MDB signed agreement Bandar Malaysia land!!!

On 31/12/15, 1MDB signed agreement Bandar Malaysia land in Sg Besi for JV with China Railway and Iskandar Waterfront for RM7.41B. 

But China Railway announced in HK Stock Exchange that amount is RM5.279 B. Where is the balance RM2.161B?

Bicara Mencari Kebenaran - GKCM

- analogi Ketua2 Bahagian yang diibaratkan seperti burung2 camar yang banyak mengekor perahu nelayan kerana mengharapkan ikan2 buruk yang dibuang oleh para nelayan.

- Ketua2 Bahagian tidak boleh berfikir dan tidak boleh bersuara ... mereka gagal memainkan peranan. Kerana itu rakyat melihat Umno sudah tidak lagi relevan.

- Hidup kena bebas rasuah !

- GKCM wujud kerana tidak ada yang berani untuk tampil bersuara menegur demi memperbaiki Umno

- Yang perlu dihadapkan ke Tribunal Disiplin bukannya ahli2 yang berani bersuara tapi Ketua2 Bahagian yang senyap !

- Umno bukan Presiden punya. Ahli yang letak dia sebagai Presiden.

- Rakyat sedang memperlekehkan Presiden Umno. Cakap tak serupa bikin.

- Menjadikan contoh politik England di mana parti Buruh yang mempunyai sokongan lebih kuat tapi ditolak pengundi kerana pemimpinnya tidak dipercayai oleh pengundi.

- Umno akan jadi seperti Parti Buruh bila pengundi sudah tidak lagi yakin kepada Presiden Umno bukan kerana parti.

- Mengulas kenyataan Najib - Isu 1MDB, Semuanya sudah selesai  Kita tidak mahu isu Presiden yang selesai tapi kita mahu isu rakyat yang selesai !

- Orang Melayu kena ubah cara berpolitik. Tidak lagi hanya menurut saja. GKCM menuntut hak untuk bersuara

- Umno kena bersih dan tinggalkan amalan2 rasuah.

- GKCM akan terus kekal dan akan sentiasa menyatakan Kebenaran.

- Mendewasakan Umno dan memastikan ahli2 Umno orang yang mampu berfikir

- Berjuang berlandaskan Islam

GKCM mencabar sesiapa saja yang memegang jawatan dalam Umno yang tidak dapat menerima atau menyangkal pandangan GKCM, untuk berbahas secara terbuka di mana saja !

Sunday, January 3, 2016

Johor membeli Saham Bandar Malaysia Sdn Bhd, Daripada 1MDB???

Keputusan Johor membeli saham Bandar Malaysia Sdn Bhd daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) baru-baru ini, bukanlah merugikan kerana pulangannya dapat dimanfaatkan bagi kesejahteraan rakyat.

Malah, jelas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, keputusan menyertai tender sebagai pembida dan kemudian memenanginya merupakan peluang kepada negeri itu.

"Apa salahnya kerajaan negeri melalui Kumpulan Prasana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dalam Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), terlibat dalam pembangunan di Kuala Lumpur?

"Sekurang-kurangnya hasil keuntungannya boleh dibawa balik untuk dimanfaatkan  KPRJ bagi perkara-perkara yang membawa kesejahteraan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Program Gerak Mesra Perdana 2015 dan perasmian Dewan Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini.

Khaled mengulas keputusan pembelian saham Bandar Malaysia melalui konsortium IWH-China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC), baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata kerajaan negeri bersyukur atas kejayaan memperolehi tender itu dan IWH adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan beberapa kawasan dalam Wilayah Iskandar Malaysia.

Friday, January 1, 2016

UCAPAN TAHUN BAHARU 2016 YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Sempena sambutan tahun baharu 2016, marilah kita menghimbau sejenak beberapa peristiwa penting yang kita lalui sepanjang tahun 2015. Bagi saya, tahun 2015 bermula dengan cabaran yang agak getir. Menangani tekanan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan bermulanya pelaksanaan GST adalah antara perkara utama yang menjadi perhatian rakyat.

Tidak dinafikan pemberian BRIM dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan kewangan bagi keluarga berpendapatan rendah. Namun demikian, dengan kenaikan harga barangan keperluan yang meningkat secara mendadak, kenaikan kadar tol, tambang pengangkutan awam dan penghapusan sebahagian subsidi kerajaan menyebabkan beban sara hidup yang ditanggung oleh rakyat semakin meningkat.

Sehingga penghujung tahun 2015, isu kos sara hidup masih menghantui rakyat, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rata-rata rakyat ingin melihat kerajaan melakukan sesuatu yang lebih bermakna dan berkesan untuk meringankan beban rakyat yang kian terhimpit dengan masalah ekonomi.

Tahun 2015 juga merupakan tahun yang malap bagi Malaysia dari segi integriti dan ketelusan tadbirurus negara. Skandal 1MDB, misteri derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, pemecatan Peguam Negara, pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang sedang mendengar kes 1MDB sebagai anggota pentadbiran, pertukaran serta merta beberapa pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB dan keengganan Peguam Negara mendakwa pihak-pihak tertentu berdasarkan hasil siasatan Bank Negara mengenai dakwaan salah laku urusniaga 1MDB menimbulkan banyak persoalan dan keraguan mengenai ketelusan dan integriti dalam tadbir urus negara.

Sehingga kini penjelasan kerajaan mengenai skandal 1MDB masih gagal meyakinkan rakyat. Mereka ingin melihat pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan wang dan harta negara dalam nilai yang besar dibawa ke muka pengadilan. Nampaknya, tirai 2015 dilabuh dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih.

Tahun 2016 pastinya menanti kita dengan cabaran yang lebih getir. Iklim ekonomi dunia masih tidak menentu. Harga minyak dunia dijangka jatuh ke paras yang lebih rendah dan Malaysia sebagai sebuah negara yang sebahagian hasilnya bergantung kepada sumber minyak akan terjejas. Sumber kewangan kerajaan semakin merosot dan kemampuan kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat semakin terhad. Selain itu, kesan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ke atas ekonomi negara dan kebajikan rakyat juga masih belum menentu.

Dalam keadaan yang semakin sukar ini,  isu integriti dan akauntabiliti  pemimpin kerajaan dalam mentadbir negara menjadi semakin penting. Sementara rakyat diminta supaya berjimat cermat dan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan, pemimpin kerajaan juga bertanggungjawab untuk mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam  perbelanjaan kerajaan.

Pastikan setiap sen wang yang dibelanjakan oleh kerajaan sampai kepada rakyat. Setiap sen cukai yang dikutip daripada rakyat mesti dikembalikan semula kepada rakyat melalui peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam, kemudahan awam, pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan program-program kebajikan yang benar-benar memanfaatkan golongan sasar.

Malang sekali sekiranya dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang kian meningkat, peruntukan kewangan kepada kementerian-kementerian dikurangkan dan sebahagian subsidi kerajaan dihapuskan untuk mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan, masih berlaku ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam pengagihan kontrak dan konsesi kerajaan yang hanya menguntungkan sekalangan kecil individu.

Selain itu, sempena sambutan tahun baharu 2016 marilah kita perkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Jangan kita biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu tadbirurus negara yg semakin meruncing. Ingatlah, mengekalkan perpaduan kaum, mewujudkan keharmonian agama dan memelihara keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama.

Umat Islam yang merupakan majoriti rakyat negara ini bertanggungjawab untuk memastikan ajaran Islam yang sebenar yang mementingkan nilai-nilai amanah, kejujuran, kebenaran dan keadilan tertegak di dalam pemerintahan dan kehidupan seharian. Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan umat Islam perlu dibina di atas prinsip dan nilai murni ini, bukan atas asas yang lain.

Saya percaya perpaduan dalam kalangan umat Islam yang bertunjangkan prinsip dan nilai murni ini akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang lebih bermaruah, lebih dihormati oleh masyarakat bukan Islam dan beroleh keredhaan Allah s.w.t. Nilai keadilan dan kejujuran yang diamalkan oleh umat Islam juga akan mewujudkan keharmonian dalam hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita.

Saya mendoakan semoga kita sentiasa cekal dan bersedia utk menghadapi cabaran getir yang menanti kita di hadapan. InsyaAlllah, berkat kesabaran dan kecekalan kita semua sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, setiap cabaran yang mendatang pasti dapat kita hadapi dengan jayanya. Mudah-mudahan tahun 2016 menjanjikan sinar bahagia buat kita semua.

Selamat menyambut tahun baharu 2016!

Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Presiden Umno/
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat