TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 15, 2014

Terkini: Rahsia besar untuk menumbangkan kerajaan?

Sedarkah Anda Malaysia sedang Mengalami Ledakan Revolusi Media Sosial. Apa Saja Info Yang Diperolehi Dari FB,Twitter,Wasapp Mampu Mencetuskan Kemarahan Kecurigaan Kekeliruan.

Mesir,Syria,Tunisia,Amerika ,Hong Kong Telah Pun Merasainya. Untuk Menumbangkan Kerajaan Hanya Gunakan Senjata Moden Ini. Yang Hanya Bermodalkan Rumors. Yang Akan Memanipulasikan Pemikiran Rakyat.

MTMR berharap kerajaan dapat mengawal dan melawan corak perperangan cara ini?

Mutakhir: Pengalaman Di Kurung di Kelab Malam.

Dikurung di kelab malam serta diugut dicederakan adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Zaidi Ramli, 43.

Beliau melalui detik cemas itu ketika melaksanakan operasi membanteras maksiat.

Menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan JAWI ketika itu, dia mengakui pelbagai dugaan dilalui dalam menangani jenayah syariah di Lembah Klang.

Pengalaman luas dalam bidang nikah dan cerai memberi kelebihan kepadanya membantu menyelesaikan krisis rumah tangga.

Itu tugas pertama beliau ketika dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan apabila dipindahkan ke JAWI.

Pelbagai kategori individu ditemui, antaranya sikap kedekut suami walaupun berstatus jutawan sehingga menyebabkan pasangannya mengadu di mahkamah syariah.

Suami terlalu kedekut

"Antara kes yang paling saya ingat ialah rumah tangga berantakan kerana suami terlalu kedekut walaupun memiliki banyak harta.

"Isteri mengadu suaminya menanam pokok mangga di rumahnya dan berbuah sulung. Suatu hari, si suami perlu bertugas di luar kawasan. 

"Sebelum pergi bertugas, dia berpesan pada isterinya menjaga dan memastikan buah tidak gugur. Ditakdirkan Allah, buah itu gugur dan sekembali daripada tugas, suami memarahi isteri kerana buah itu gugur," katanya.

Dalam kejadian lain, Mohd Zaidi berkata, isteri mengadu ketika mereka ke majlis makan malam, suami tercicir duit syiling 50 sen.

"Isterinya mengutip syiling berkenaan, namun si suami segera meminta syiling tanpa menunggu pulang ke rumah.

"Memandangkan sudah lama berkahwin dan sudah berusia, mereka tidak memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian. Malangnya, sikap suami tidak berubah, terutamanya apabila dia tidak mencari agama sebagai panduan hidup," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Timbalan mufti termuda

Selain jawatan berkenaan, anak kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu berkata, dia pernah berkhidmat sebagai Timbalan Mufti Negeri Sembilan pada tahun 2004 ketika berusia 33 tahun. Pelantikan itu menjadikannya sebagai Timbalan Mufti termuda di negara ini ketika itu.

Jawatan lain pernah disandang termasuk Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, sepanjang menguruskan bahagian kaunseling rumah tangga, beliau terkejut kerana isu penderaan seksual yang disifatkan sebagai melampau.

"Antara kes yang ditemui termasuklah isteri diikat serta digantung di dinding. Isteri disebat dan perlakuan ganas lain semata-mata untuk memuaskan nafsu pelik suami. Lebih mengejutkan mereka yang digelar fetish ini memiliki pendidikan tinggi," katanya.

Bapa kepada 10 cahaya mata ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir, Batu Kikir, sebelum meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL), Labu.

Ikuti jurusan komunikasi

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan serta meneruskan Ijazah Sarjana di universiti sama dalam bidang Pengurusan Komunikasi.

Ketika menjadi penguat kuasa JAWI, Zaidi melalui pengalaman berbeza berbanding menguruskan isu rumah tangga.

Dia juga bertanggungjawab mendekati kawasan maksiat, selain mendekati belia yang mengabaikan nilai Islam dalam kehidupan.

"Saya pernah terkurung dalam satu kelab malam berdekatan Bukit Bintang ketika melakukan serbuan bersama kira-kira 20 pegawai lain. Malangnya, serbuan itu tidak berjalan seperti kebiasaan apabila kami ditahan dan diugut tembak. Nasib kami baik apabila tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku apabila pihak polis berjaya menyelesaikan dengan baik," katanya.

Jejaki gadis Islam

Beliau pernah menyamar sebagai pelanggan kelab malam ketika menjejaki gadis Islam berpendidikan tinggi memilih bekerja di kelab malam.

Kebanyakan yang memilih kerjaya itu katanya, kabur mata dengan imbuhan lumayan sekitar RM600 hingga RM800 satu malam. Ada juga yang menerima nasihat JAWI dan berhenti serta mencari kerjaya lain.

"Saya berjumpa wanita Islam bekerja sebagai juruwang di kelab malam dengan mengenakan imej bertudung. Apabila disoal, dia bercerita mengenai kesempitan hidup. Dia terpaksa bergilir bekerja dengan suaminya. Suami bekerja siang manakala dia waktu malam," katanya.

"Saya menasihatinya berhenti dan memberi jaminan membantu mendapatkan modal memulakan perniagaan," katanya.

Tukar kerjaya

Zaidi berkata, Alhamdulillah wanita berkenaan sudah berhenti dan menjual pisang goreng selepas memperoleh modal permulaan RM3,000 daripada JAWI.

Katanya, persepsi ramai selama ini menganggap tugas jabatan agama hanyalah menjatuhkan hukum adalah tidak tepat.

Beliau berkata, tugas mereka lebih menjurus kepada usaha menyelamatkan mereka yang tersasar daripada landasan syariat.

Dalam gerakan dakwahnya, Zaidi lebih gemar memilih pendekatan turun padang mendekati dan mengenali masyarakat. Pendidikannya dalam bidang komunikasi dimanfaatkan sebaik mungkin. Ini menjadikan dia mudah didekati dan berkongsi cerita.

Wanita berpakaian seksi

"Ada sekumpulan gadis berpakaian seksi mengusik, memanggil abang ustaz, saya pergi dan berbual dengan mereka. Saya beri nombor telefon dan cakap, kalau satu hari nanti adik penat pakai baju macam ini, telefon saya. Alhamdulillah, mereka telefon selepas beberapa bulan.

"Ketika berdakwah, saya tidak boleh terus tukar orang. Perlu ada satu transisi menjadikan mereka bersedia sebelum bergerak ke arah lebih positif.

"Bukan mereka tidak ada kesedaran, mungkin belum diberikan hidayah, atau pendekatan membawa mereka ke arah positif bersifat keterlaluan," katanya.

Bercerita mengenai keluarganya, beliau sentiasa berusaha mencuri masa meluangkan waktu bersama isteri dan anak.

"Isteri memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak. Tuntutan kerja tidak menentu, namun saya akan cari masa untuk bersama keluarga. Petua yang saya pegang ialah kerap dukung dan peluk anak-anak supaya mereka tidak berdendam jika dimarah. Jika saya marah, isteri memujuk dan begitulah sebaliknya.

"Memujuk bukan memenangkan mereka, tapi memberi rasional kenapa mereka dimarah," katanya.

Sunday, December 14, 2014

Terkini: 1MDB lapor keputusan penuh tahunan diaudit untuk 12 bulan berakhir 31 March 2014

1MDB mengumumkan keputusan penuh tahunan untuk12 bulan berakhir 31 Mac 2014, satu lagi tahun yang produktif untuk kumpulan di mana ia memperoleh beberapa aset tenaga dan hartanah berkualiti tinggi untuk portfolionya yang semakin berkembang.      

Kumpulan mencatatkan kerugian berjumlah RM665.3 juta untuk tahun kewangan ini, sebahagian besarnya berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 billion, berbanding RM1.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pangkalan asetnya.  

Nilai pangkalan aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 billion, berbanding RM44.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 billion kepada RM41.9 billion.  

Jumlah keseluruhan pendapatan meningkat 64% daripada RM2.6 billion kepada RM4.3 billion, mencerminkan kualiti portfolio aset-asetnya yang sedang dibangunkan dan kekukuhan penjanaan pendapatan.    

Pangkalan aset berkualiti tinggi ini disokong oleh wang tunai yang kukuh dan simpanan yang sepadan berjumlah RM16.7 billion, dengan perniagaan berada pada kedudukan yang baik untuk membiayai perbelanjaan modal yang besar bagi 12 – 24 bulan akan datang, dan menyediakan ruang yang luas untuk mencapai keperluan pembiayaan masa depan.  

Fokus utama untuk perbelanjaan modal dalam tahun kewangan berikutnya termasuk projek yang diperoleh oleh anak syarikat tenaga kami dan pembangunan berterusan TRX, yang merupakan hub kewangan pertama Kuala Lumpur, oleh anak syarikat hartanah kami.    

Sejak penghujung tahun kewangan pada Mac 2014, 1MDB telah menebus sejumlah lebih RM4 billion daripada pelaburan kami dalam Syarikat Portfolio Berasingan (Segregated Portfolio Companies) yang berdaftar di Cayman Islands, dengan bakinya dijangkakan untuk diperolehi sepenuhnya pada November 2014. Dividen sebanyak RM435 juta daripada pelaburan ini juga telah diperolehi selepas tahun kewangan berakhir Mac 2014 dan akan dimasukkan ke dalam akaun tahun kewangan seterusnya berakhir Mac 2015.   

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Hazem Abd Rahman berkata: 

"Kami mengekalkan fokus kami kepada mengembangkan pangkalan aset syarikat dan kapasiti pelaburan. Ini telah dipacu oleh perbelanjaan modal yang besar dalam jangka pendek, yang menyebabkan kerugian yang telah dijangka untuk tahunan kewangan ini disebabkan kenaikan jumlah pinjaman".

"Walau bagaimanapun kami yakin bahawa aset-aset berkualiti tinggi dan projek yang telah diperolehi akan memacu perniagaan kami ke hadapan serta memastikan pertumbuhan dalam jangka masa panjang".

Terkini: Malaysia kalahkan Singapura 5-0

PALEMBANG: Skuad bola sepak negara membelasah Singapura 5-0, hari ini untuk menempah tiket ke saingan separuh akhir temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Ke-17 di Palembang, Indonesia.

Selaku naib juara Kumpulan A, Malaysia dijadualkan bertemu juara kumpulan B, Indonesia yang menewaskan Myanmar 5-1, semalam.

Malaysia akan menentang Indonesia, Isnin ini di Stadium Jakabaring, di sini.

Azuan ketika ditemui tidak menyangka pasukan bimbingannya meraih kemenangan besar dan berharap anak buahnya dapat mengekalkan keyakinan diri untuk perlawanan seterusnya menentang Indonesia di separuh akhir nanti.

"Saya sangat berpuas hati dengan aksi pasukan. Pemain menunjukkan komitmen yang tinggi serta mengikut arahan dengan baik.

"Kita tahu kalau seri, pasukan sudah layak ke separuh akhir, saya puji semangat pemain yang meraih kemenangan besar ini....memang tidak sangka boleh menang 5-0," katanya

Dalam perlawanan itu, Mohd Hasrul Nurkholis merakamkan jaringan hatrik pada minit ke-7, 29, 90 manakala dua lagi sumbangan Raslam Khan Abdul Rashid pada minit ke-57 dan Mohamad Syafiq Mokhtar (m-75). - BERNAMA

Saturday, December 13, 2014

Mutakhir: Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan 27 serangan udara terhadap IS.

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan 27 serangan udara terhadap sasaran IS di Syria dan Iraq sejak tiga hari lalu, menurut pegawai tentera AS.

Kedudukan pasukan, bangunan dan kubu diserang dalam serangan berhampiran bandar Syria, Kobani dan Aleppo dan di kawasan sempadan dengan Iraq.

Menurut kenyataan Pasukan Petugas Khas Bersama yang mengendalikan operasi itu, 20 serangan dilancarkan terhadap sasaran IS di Iraq iaitu di bandaraya Ramadi, Ar Rutbah, Mosul, al-Qaim, Samarra, Rawah dan al Asad. - Reuters

Terkini: Ruang udara London akan di tutup.

LONDON: Penerbangan di ruang udara Britain mengalami kelewatan berikutan gangguan bekalan elektrik di pusat kawalan trafik udara kebangsaan, menurut Lapangan Terbang Heathrow dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Berikutan itu, menurut BBC, ruang udara London akan ditutup sehingga 1900 GMT (3 pagi waktu Malaysia).

Terkini: Ali ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Kuala Lumpur – Aktivis pakatan pembangkang yang melarikan diri ke luar negara ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Sumber SuaraTV ketika dihubungi berkata Ali telah ditahan pihak berkuasa Dublin. Dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya, Ali turut mengesahkan mengenai perkara itu.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat