TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, June 22, 2014

DUN Bukit Assek meninggal dunia

KUCHING: Bekas Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Sibu kira-kira jam 10.50 malam tadi.

Ho Leng yang menderita kanser otak sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Singapura sebelum koma, seterusnya dipindahkan ke Sibu untuk rawatan lanjut atas permintaan keluarganya.

Kematian Ho Leng disahkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang menyatakan ia satu kehilangan besar kepada perjuangan parti itu di negeri ini.

Ho Leng disahkan menghidap kanser otak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu dan berulang alik ke sebuah pusat perubatan terkemuka di Singapura sejak itu untuk mendapatkan rawatan.

Atas faktor kesihatan, Ho Leng yang juga penyandang kerusi Parlimen Sibu yang dimenanginya dalam pilihan raya kecil susulan kematian Datuk Robert Lau pada 2010 memutuskan tidak menyertai PRU-13.

Mengikut DUN Sarawak, sebarang kematian ADUN selepas 20 Jun tidak memerlukan pilihan raya kecil diadakan kerana sudah melebihi tempoh separuh penggal.

Pengusaha kelab malam ditembak mati dari jarak dekat.

JOHOR BAHRU: Seorang pengusaha kelab malam ditembak mati dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Permas 10, Permas Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa yang berumur 40 tahun, mati di lokasi kejadian selepas ditembak di kepala.

Sementara itu Bernama melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Kessu itu ditembak mati oleh suspek yang menaiki motosikal.

KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2014/1435


TILAWAH (QARI)

1. MALAYSIA (93.03%)
2. TURKI (89.21%)
3. INDONESIA (88.72%)

TILAWAH (QARIAH)

1. MALAYSIA (90.67%)
2. FILIPINA (88.75%)
3. BRUNEI (85.92%)

HAFAZAN (HAFIZ)

1. MALAYSIA (95.70%)
2. ARAB SAUDI (94.00%)
3. QATAR (92.00%)

HAFAZAN (HAFIZAH)

1. MALAYSIA (95.00%)
2. TUNISIA (85.75%)
3. SENEGAL (78.05%)

Malaysia Boleh.

Saturday, June 21, 2014

Pasir Gudang: YB Hajah Normala Abdul Samad di Program Kembara Mahkota Johor.


Pasir Gudang : Kelihatan ceria YB Hajah Normala beramah tamah, dengan pengunjung hari Kembara Mahkota Johor. Di Fahamkan Yb Hajah Normala dari Kuala Lumpur terus ke Masjid Alhidayah di Tasek Seri Alam sempena Majlis bacaan Yassin, tadarus Al-Quraan dan Doa Selamat sempena Nisfu Syaaban.

TERKINI: Terima kasih pengundi Selangor.

Kerajaan Selangor tidak merasai ketirisan air di negeri tersebut. Akhirnya ketitisan air amat membimbangkan.Semua itu salah siapa?

MB tidak boleh di salahkan dalam perkara ini kerana beliau tidak tahu bahawa empangan akan kering. Hujan adakalanya turun dengan lebatnya di Selangor. Manakah peri air tersebut. Perkara ini amat membimbangkan dan mendukacitakan.

Marilah kita renungkan mengapa Selangor boleh tiada air. Siapa yang salah tentulah pengundi. Sebab sokong orang yang tidak tepat untuk menerajui selangor.

Saya cuba mohon bayar RM100 sebulan kepada Anwar

KUALA LUMPUR - "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
       
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
       
Katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
       
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
       
Shahid berkata, Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
       
Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
       
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
       
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama

Friday, June 20, 2014

MB Johor dan Sultan Johor. Luaskan Kuasamu JOHOR.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hubungannya yang baik dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menjadi asas kepadanya untuk memberi nasihat tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

Sebaliknya, Khaled menegaskan, sebagai ketua pegawai eksekutif negeri, beliau "tidak di bawah kawalan" Sultan.

"Kalau hubungan tidak baik, MB hendak bertemu dengan Sultan pun akan menjadi masalah.Tuanku Sultan menghormati saya sebagai menteri besar dan saya memberi kesetiaan kepada baginda. Tuanku adalah seorang yang sangat mengambil berat akan hal ehwal kerajaan negeri dan juga negeri Johor tetapi baginda tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negeri sejak saya menjadi menteri besar.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat