TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, June 22, 2014

Pengusaha kelab malam ditembak mati dari jarak dekat.

JOHOR BAHRU: Seorang pengusaha kelab malam ditembak mati dari jarak dekat dalam kejadian di Jalan Permas 10, Permas Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa yang berumur 40 tahun, mati di lokasi kejadian selepas ditembak di kepala.

Sementara itu Bernama melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Kessu itu ditembak mati oleh suspek yang menaiki motosikal.

Katanya mangsa yang memandu Toyota Harrier berwarna putih berhenti di depan sebuah lori kecil penjaja untuk memesan makanan dan ketika itu dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal berhenti di belakang kenderaannya.

"Pembonceng motosikal terus meluru ke arah mangsa yang masih berada dalam kenderaannya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kepalanya dari jarak dekat menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata motif pembunuhan masih disiasat.

Sulaiman berkata siasatan akan dijalankan dari segenap aspek termasuk latar belakang, penglibatannya dalam perniagaan serta masalah kewangan atau peribadi dan kemungkinan yang lain.
Bagi membantu siasatan, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian HotLine Ibu pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan di talian 07-2218 99907-2218 999 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat