Saturday, May 31, 2014
Mutakhir : Kapal tangki minyak Thai dipercayai dirampas - IMB
Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia.
Permulaan
Friday, May 30, 2014
Terkini: Anak Melayu tinggalkan PR. Dyana kurang cerdik alatan DAP???
@dyanasmd KESAMARATAAN can only come w built in love to Raja and Negara..where's DAP? Merely show smiling annoying faces at Istana is not it...
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Series 03
Ikhlas saya katakan saya masih lagi sedih dengan kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Syah. Musykil juga saya tidak sempat bergegas ke Kuala Kangsar utk memberi penghormatan terakhir. Saya sedar tidak mungkin saya sebagai org biasa boleh berada dikawasan Istana, tapi cukup rasanya kehadiran saya di bumi Kuala Kangsar utk menunjukkan rasa kesedihan saya. (I am always happy to be in KK, anytime anyday...)
Saya semalam ada bertanya kepada kawan2 di merata, ada nampak tak mana2 posting dari masyarakat Cina yg menunjukkan kesedihan yg sama. Amat mendukacitakan tidak ramai yg berbuat sedemikian.
Yg ada adalah dari kalangan Cina dari MCA dan Gerakan. Di mana masyarakat Cina yg lain?. Mungkih gerakan anti Melayu dan itu termasuk Raja; yg dibawa dan dijiwai DAP telah berjaya menusuk ke masyarakat Cina? Kalau ade Melayu dlm DAP, Melayu yg mudah dipergunakan??? Kita buat penilaian sendiri...
Dlm professional Career saya, saya banyak merantau. Antara negara yg saya pernah tinggal adalah di Thailand. Saya tinggal di Bangkok lebih kurang 6 bulan; saya amat mengkagumi rakyat Thailand yg amat taat kepada Raja mereka. Pernah saya terperanjat, sebelum sahaja movie dimainkan, semua bergegas bangun utk lagu taat kepada Raja mereka - mula2 saya ingatkan ade kecemasan, sebab semua bergegas bangun.. nasib baik saya tak lari keluar...hihihi.
Persoalan saya dimanakah kita rakyat Malaysia dalam bab2 menghormati raja?. Dimana masyarakat Cina yg kebanyakan sudah diresapi oleh dakyah DAP? Org Pas pun dah jadi Hampas dengan beberapa kenyataan dari twitter yg menyakitkan hati. Nampaknya bukan PAS yg mentarbiahkan DAP, sudah terbalik lah pulok...apo nak dikato???
Tidak saya nafikan; saya memang Anti DAP; esp Kit Siang and the gang. Tidak ada respect langsung; terhadap org melayu dan Raja2; kalau ade pun saja di buat buat... Tu pun sebab mereka masih belum berkuasa penuh. Masih teriyang iyang lagi kenyataan Karpal Singh yg jelas menghina Al Marhum. Nizar pun lebih kurang sama hanya kerana hilang kuasa. Kalau lah negara nie jatuh ke PR yg ditonggangi oleh DAP.... hancusssss.
Kita diomok omokkan dengan pencalunan Dyana Sofya yg makin hari makin jelas pada saya hanya Alat Boneka DAP dan Kit Siang. Dyana dinaikkan kononya DAP bersikat terbuka dan Malay friendly... Malay Friendly my foot.
Sejak bila Lim Kit Siang dan DAP pernah ambil pusing pasal kebajikkan org Melayu? Bukankah kata2 Kit Siang mahu menghapuskan hak2 Istimewa Org Melayu. Mungkin sekarang beliau tidak perlu lagi berkata2 kerana sudah ada BALACI2 yg boleh berkata2 bagi pihaknya... yg PAS nie dok hangguk2 saja...
DAP dok minta KESAMARATAAN. APA LAGI YG TIDAK SAMARATANYA? Tak cukup lagikah 9 dari 10 yg terkaya; 36 dari 40 terkaya adalah Bukan Melayu? Tak cukup lagi kah?... TU BAPAK TAMAK NAMANYA, Dyana aka Kit Siang oiiii...
How can I take you guys seriously when a basic built in love to Raja n Negara seems a big fake and unnatural? You can dress in black clad dress, marched in your failed attempts in the name of to show respects; but are you sincere enough?... your pics didn't indicate the case.... its look really fake, unnatural and insulting...
cuba buat tersengeh sengah macam.nie kat Thailand... tengok tinggi rendahnya langit...
#CuitOrgKayaHaji
SAIFUL ZAINI MOHD BOKHARI
Mutakhir: Sudah tahu haram. Yang tahu BABI sahaja Haram.
Makan Cadbury ada Babi = HARAM.
Baru tahu semalam, tak beli dah harini.
*****************
Tak Solat = HARAM
Dah lama tahu, tapi tak solat jugak.
*****************
Buka aurat = HARAM
Dah lama tahu, tapi tak tutup jigak.
*****************
Makan Rasuah = HARAM
Dah lama tahu, tapi ambil jugak
*****************
Bank Konvesnional yang ada Riba = HARAM
Dah lama juga tahu, tapi semacam je berurusan.
*****************
Orang melayu ISLAM ni yang mereka tahu HARAM hanyalah B.A.B.I. Padahal dah lama bergelumang dengan benda HARAM.
Thursday, May 29, 2014
Maut terjunam dalam laut
Lumut: Seorang lelaki maut selepas gagal mengawal kereta dinaikinya sehingga menyebabkannya terjunam ke dalam laut berhampiran Terminal Bot Lekir, dalam kejadian 11.35 malam tadi.
Mangsa Mohd Yusaini Mat Yassin, 25, yang baru saja selesai bertugas dipercayai menggunakan kereta rakannya untuk ke kabin berdekatan bagi mengambil barang keperluannya.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, mangsa dipercayai terjunam ke dalam laut malam tadi sebelum berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.20 pagi tadi.
Menurutnya, mangsa yang memandu kereta rakannya itu kemudiannya melakukan pusingan 'u' di atas jeti berkenaan namun gagal mengawal kenderaan itu sehingga menyebabkannya terjunam ke dalam laut.
Katanya, bomba terpaksa mendapatkan bantuan pihak jeti untuk menarik kenderaan terbabit menggunakan kren sebelum dapat mengeluarkan mangsa.
"Mangsa ditemui terperangkap di dalam kereta berkenaan dan dibawa ke Hospital Manjung untuk bedah siasat," katanya.
Lelaki maut selepas kereta dinaikinya terjunam ke dalam laut berhampiran Terminal Bot Lekir, Lumut, 11.35 malam tadi.
DAP alatkan Dyana demi undi. Anak Melayu yang cerdik sudah tinggalkan PR.
Series 02..
@dyanasmd watch your back Dik. Since when DAP n @limkitsiang is sincere with Malays? What happenned to anak Khir Johari?
Series 02
Semalam didalam Series 01, saya menzahirkan rasa terkilan kerana saya mengharapkan benar DAP meletak calon org muda yg benar benar berwibawa. Hanya kecewa rupa2nya indah kabar dari rupa....
Saya mengkritik Dyana kerana saya merasakan tiada apa yg special pada Dyana. My honest assessment, she is not MP material. Dari ucapan, cara menjawab soalan media, jelas rasanya Dyana dipilih kerana mudah diperkotak katikkan. Di suruh ketengah, ketengah; disuruh ketepi, ketepi. Terbelakah nasib Pengundi Teluk Intan nanti?
Masih jelas lagi difikiran ini, dimana Tony Puah terpaksa berbisik seolah2 menyuap 'nasi ke mulut' bila Dyana di asak media. Saya merasakan soalan tersebut tidak lah terlalu mencabar. Sesiapa yg mempunyai pemikiran yg cerdas senang sahaja boleh menjawab soalan2 yg ditanyakan.
Persoalannya kenapa Dyana yg dicalonkan? Adakah DAP benar2 ingin mendidik Anak Melayu? Sejak bila Lim Kit Siang berminat utk kesah dgn nasib orang melayu? Adakah kemungkinan Lim Kit Siang mengetahui "kubur mungkin sudah dekat" berubah dan tiba2 sayangkan orang Melayu? Atau DAP dan Lim Kit Siang hanya mahu mempergunakan Dyana?
Kalau kita renung renungkan fakta2 tersebut diatas, tidak keterlaluan saya menyatakan pengambilan calon Melayu merupakan satu strategi licik (political ploy) oleh DAP.
Berapa ramai pemimpin-pemimpin Melayu dalam sejarah DAP diketepikan dalam keadaan terhina selepas tidak lagi memberi nilai kepada DAP. Ini bak umpama 'Mereka perah tebu sampai jadi hampas, lalu di buang dalam tong sampah'.
Mungkin kita boleh mengambil contoh di mana dulu anak Khir Johari (walaupun ibunya cina), tiada langsung di beri jawatan dan tanggungjawab utama dalam DAP; selepas dipergunakan. PEMILIHAN CEC DAP SENDIRI PADA SAYA PENUH DGN MISTERI, TIDAK KURANG HEBATNYA DARI CERITA "BERMUDA TRIANGLE".
Sekiranya kita melihat Politik Lim Kit Siang dari beliau muda; politik Rasis DAP dari asal PAP Lee Kwan Yew, adakah kita orang Melayu boleh percayakan manusia ini atau Parti yg serba rasis ini?
Siapa yang mulakan 13 Mei? Di mana Lim Kit Siang bila berlaku 13 Mei? Apa yg diucapkan oleh Lim Kit Siang pada masa itu?. Kenapa pulak Lim Kit Siang beriya iya mahu mengambil anak Melayu yg dianggap Malas? Yg pernah diperlekehkan oleh Lim Kit Siang sendiri?
Di mana kedudukan Melayu di Pulau Pinang? Kuasa kelulusan Tanah dan projek perumahan di tangan kerajaan negeri DAP, tidak hairan nanti Balik Pulau tidak lagi jadi kawasan majoriti Melayu. Bagaimana hubungan DAP dengan PAP?
Terlalu banyak persoalan demi persoalan; yg rata rata menjerumuskan pencalonan Dyana hanya utk memuaskan nafsu politik DAP dan Lim Kit Siang; tidak lebih dari itu....
Adalah amat sedih Anak2 Melayu diPERGUNAKAN DAN DISEPAK SETELAH TIDAK LAGI BERGUNA....for sake of Dyana and her Mother, I am sure hope, I am wrong....
#CuitOrgKayaHaji
Saiful Zaini Mohd Bokhari
Perang Dingin Pasak Asia.
Perang Dingin Pasak Asia
Hishamuddin Rais | 7:32PM Mei 28 2014
SHANGHAI, May 18 (Xinhua) -- Directors of both Chinese and Russian naval forces taking part in the joint drill said Sunday that the exercise was aimed at improving their capacity in coping with maritime security threat. - dipetik dari XINHUA
The study found that the UK has just 5.2 years of oil, 4.5 years of coal and three years of gas before it completely runs out of fossil fuels, said the researchers at the Institute based at Anglia Ruskin University, in the East of England... dipetik dari RUSSIA TODAY
Minggu lalu lebih dari 20 orang telah terbunuh di Vietnam. Kematian ini adalah akibat rusuhan anti-China yang telah merebak di Vietnam. Kilang-kilang milik China telah dibakar dan buruh China pekerja kilang telah diserang.
Sentimen anti-China ini berpunca apabila China membawa tentera laut ke Pulau Spartly di Laut China Selatan untuk memulakan cari gali minyak. Telah berlaku pergeseran antara kapal tentera laut China dengan kapal tentera laut Vietnam.
Perebutan kepulauan Spartly ini sedang menjadikan wilayah Spartly titik panas di Asia Tenggara. Bukan sahaja Vietnam mahu memiliki wilayah ini – Filipina dan Malaysia juga secara resmi telah membuat tuntutan yang sama. Wilayah di sekitar kepulauan ini dikatakan kaya dengan bahan bakar petroleum dan gas.
Untuk memahami apa yang sedang berlaku di belakang rumah kita, kita wajib membaca dan melihat apa yang berlaku di Afghanistan, di Libya, di Iran, di Iraq dan di Syria. Perang yang pecah di wilayah ini adalah sebahagian dari Strategi Induk (Grand Strategy) kuasa imperialis Amerika untuk mengepung dan menawan telaga-telaga minyak di negara-negara itu.
Strategi Induk ini telah dilakar oleh Zbigniew Brzezinski penasihat Keselamatan Amerika 1977-1981. Orang Jahat ini telah menulis beberapa buah buku untuk menyediakan asas idealogi dan strategi militer demi mempertahan sistem imperial hegemony Anglo-Amerika.
Jelas, di Timur Tengah dan di Laut China Selatan, bahan bakar minyak petroleum dan gas adalah punca perebutan ini. Sayugia diberi ingatan bahawa bahan bakar petroleum ini adalah latar belakang dan punca Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Wajib sekali lagi saya memberi tahu para pembaca bahawa tamadun kita hari ini adalah tamadun bahan bakar minyak petroleum. Tanpa bahan bakar ini tamadun kita yang wujud hari ini akan musnah.
Hari ini kuasa imperial Anglo-Amerika sedang mencatur dan melakar kembali peta dunia. Ini dilakukan setelah dua dekad berakhirnya Perang Dingin. Untuk pembaca muda, Perang Dingin mungkin tidak memiliki apa-apa makna. Untuk pemahaman kita, Perang Dingin adalah pertempuran dua ideologi – Kapitalis Amerika dan Sosialis Soviet Union. Latar belakang Perang Dingin ini ialah gerakan nasionalisme menuntut kemerdekaan rakyat Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Ekonomi perang
China dan Soviet Union bawah pimpinan parti Komunis telah membantu gerakan-gerakan nasionalis-pembebasan untuk menentang kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Justeru China dan Soviet Union dilihat sebagai musuh oleh kaum kapitalis sedunia. Kaum kapitalis sedunia telah berpayung dan dibantu oleh kuasa Anglo-Amerika. Kaum kapitalis antarabangsa berakidah untuk menakluk dan memungah harta kekayaan dari negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin kini terpaksa menerima hakikat bahawa menjajah dan menjarah akan mendapat tentangan bersenjata dari rakyat Dunia Ketiga. Senjata datang dari Soviet Union dan China.
Zaman sesudah Perang Dunia Kedua ini dipanggil era Perang Dingin. Zaman ini berakhir dengan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Soviet Union pecah dan menjadi Kesatuan Rusia. Manakala China dan juga Rusia mula menerima beberapa bentuk dan ciri sistem ekonomi kapitalis. Tetapi dua negara kuasa nuklear ini terus menolak kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Kaum pemodal tidak dapat sesuka hati 'berniaga dan menjarah' di negara ini. Hakikatnya Rusia dan China gagal ditundukkan oleh Amerika.
Apabila tamat Perang Dingin seharusnya dirayakan oleh warga dunia sebagai zaman aman dan sentosa. Tapi dalam hukum kitab kapitalis keamanan dan kemakmuran adalah mustahil. Selagi sistem ekonomi kapitalis wujud maka perang dan bahaya perang akan terus mengancam penduduk dunia. Ini hakikat kerana sistem ekonomi kapitalis bergantung kuat dengan perang untuk mengaut keuntungan maksima. Tanpa perang modal kaum kapitalis akan pupus.
Cuba para pembaca renungkan, sesudah Amerika kalah dalam Perang Vietnam pada tahun 1975, kalah di Afghanistan, kalah di Iraq, sedang kalah di Syria. Mengikut logik akal, kuasa imperialis Anglo-Amerika akan berhenti berperang. Puluhan ribu anak muda soldadu Amerika telah gugur tewas. Berjuta rakyat dunia mati akibat perang. Dan berjuta-juta lagi menjadi orang pelarian perang. Apakah kuasa imperial Anglo-Amerika akan berhenti? Jawabya tidak.
Ekonomi kapitalis Anglo-Amerika adalah ekonomi perang. Selain dari menjual filem Hollywood, dan menjual kertas hijau yang dipanggil dolar, Amerika adalah pnejual senjata terbesar dalam dunia. Tiga benda ini menjadi pasak utama ekonomi Amerika.
Hari ini tuan empunya industri senjata telah berjaya menakluk Rumah Putih. Amaran tentang bahaya meresapnya kuasa industri senjata untuk menguasai politik Amerika ini telah dinyatakan secara terbuka dalam ucapan selamat tinggal Amerika oleh Presiden Dwight D Eisenhower (mentadbir antara 1953-1961).
Ucapan ini telah memberikan amaran cukup jelas. Presiden Eisenhower, bekas jeneral lima bintang – panglima Perang Dunia Kedua – meramalkan jika rakyat Amerika tidak berhati-hati, satu ketika nanti kuasa Industri Senjata akan menguasai semua politik Amerika. Ramalan sang jeneral ini telah sahih berlaku.
Wilayah berpotensi 'meledak'
Hari ini budak Barack Hussein Obama yang mengakui dirinya sebagai presiden Amerika sebenarnya dimasukkan ke Rumah Putih oleh industri senjata. Politik Amerika berkait rapat dengan politik wang. Demokrasi Amerika ialah demokrasi wang. Untuk mencalonkan diri sebagai presiden, seorang itu memerlukan ratusan juta ringgit untuk berkempen. Dana berkempen diperlukan untuk membeli iklan, untuk melobi sokongan media dan untuk memasang jaringan sokongan ke seluruh negara. Jentera berkempen juga perlu mendapat dolar.
Kempen Obama kali kedua, dari awal tahun 2011 hingga Jun 2012, telah membelanjakan 400 juta dolar. Ini laporan rasmi dari SPR Amerika. Yang tidak rasminya kita tidak tahu. Dari mana budak ini mencekau duit sebanyak ini? Jawabnya dari pelobi industri senjata, dari pelobi syarikat gergasi antarabangsa, dari tuan empunya bank dan syarikat dana kewangan. Justeru Barack Hussein Obama menjadi budak suruhan kaum pemodal. Ini hakikat.
Tuan empunya industri senjata telah melabur jutaan ringgit dalam kempen Obama, justeru apabila Obama berjaya menjadi presiden mereka mahu kontrak persenjataan. Mereka mahu Rumah Putih meluluskan bajet pertahanan kepada Jabatan Pertahanan Amerika, kepada Pantagon, kepada CIA dan, dan, dan. Perkara ini berlaku berulang-ulang. Justeru kerana sistem inilah menjadikan Amerika Syarikat tidak pernah berhenti berperang.
Pada ketika ini kita melihat bagaimana Amerika sedang memasang jarum mencucuk Rusia di Ukraine. Kita sedang melihat bagaimana Syria menjadi mangsa Amerika dalam strateginya mengepong Iran dan Rusia. Kita juga sedang melihat krisis di Laut China Selatan minggu lalu adalah permulaan.
Jepun, Korea Selatan dan Filipina adalah tanah 'jajahan takluk' Amerika. Jepun sesudah Perang Dunia Kedua tidak dibenarkan memiliki bala tentera. Manakala Korea Selatan dan Filipina adalah budak suruhan Amerika yang paling setia di Asia.
Amerika telah merancang pada tahun 2025, tiga perempat dari jumlah bala tentera Amerika Syarikat akan berpangkalan di Asia. Tentera laut, darat dan udara Amerika akan berpindah ke Asia. Bala tentera Amerika dalam NATO akan dikurangkan. Eropah Timur tidak dilihat sebagai ancaman. Mengalih senjata ke Asia ini dinamakan Pasak Asia (Pivot Asia).
Strategi Pasak Asia ini akan mentakrif China sebagai musuh. Pasak Asia ini juga melihat Rusia yang juga di Asia sebagai sekutu yang akan membantu China. Apa yang berlaku minggu lalu ialah rintik-rintik permulaan Pasak Asia. Ketegangan perlu dicetuskan di Asia Tenggara. Ketegangan ini diperlukan untuk dijadikan sebab musabab agar kuasa imperial Anglo-Amerika akan dijemput datang kembali.
Selain dari Kepulauan Spratly ada beberapa lagi wilayah yang berpotensi untuk ' meledak' dan menjemput Amerika masuk. Di Filipina, Tentera Baru Rakyat bawah Parti Komunis Filipina sedang berkembang luas. Jika kuasa Manila terancam maka tentera Amerika akan menjulur masuk.
Strategi yang sama juga akan dilakukan di empat wilayah Selatan Siam. Perjuangan Pembebasan Rakyat Patani sedang berkembang. Keadaan ini juga berpotensi untuk meledak. Jika Gerakan Patani Merdeka ini mengancam Siam dan Bangkok maka suasana ini akan menjemput kuasa imperialis Anglo-Amerika.
Manila, Seoul dan Bangkok akan siap sedia untuk menjadi budak suruhan Amerika. Ejen CIA dan jaringan CIA yang menyamar sebagai pejuang Islam akan menggelodakkan wilayah ini apabila ia diperlukan. War on terror, dasar pertahanan Amerika yang telah berjalan semenjak 9/11 akan menjadi landasan Pasak Asia. Persoalannya dalam Pasak Asia ini di mana peranan Malaysia?
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
-
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

