TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, May 29, 2014

Perang Dingin Pasak Asia.

Perang Dingin Pasak Asia
Hishamuddin Rais | 7:32PM Mei 28 2014
SHANGHAI, May 18 (Xinhua) -- Directors of both Chinese and Russian naval forces taking part in the joint drill said Sunday that the exercise was aimed at improving their capacity in coping with maritime security threat. - dipetik dari XINHUA

The study found that the UK has just 5.2 years of oil, 4.5 years of coal and three years of gas before it completely runs out of fossil fuels, said the researchers at the Institute based at Anglia Ruskin University, in the East of England... dipetik dari RUSSIA TODAY

Minggu lalu lebih dari 20 orang telah terbunuh di Vietnam. Kematian ini adalah akibat rusuhan anti-China yang telah merebak di Vietnam. Kilang-kilang milik China telah dibakar dan buruh China pekerja kilang telah diserang.

Sentimen anti-China ini berpunca apabila China membawa tentera laut ke Pulau Spartly di Laut China Selatan untuk memulakan cari gali minyak. Telah berlaku pergeseran antara kapal tentera laut China dengan kapal tentera laut Vietnam.

Perebutan kepulauan Spartly ini sedang menjadikan wilayah Spartly titik panas di Asia Tenggara. Bukan sahaja Vietnam mahu memiliki wilayah ini – Filipina dan Malaysia juga secara resmi telah membuat tuntutan yang sama. Wilayah di sekitar kepulauan ini dikatakan kaya dengan bahan bakar petroleum dan gas.

Untuk memahami apa yang sedang berlaku di belakang rumah kita, kita wajib membaca dan melihat apa yang berlaku di Afghanistan, di Libya, di Iran, di Iraq dan di Syria. Perang yang pecah di wilayah ini adalah sebahagian dari Strategi Induk (Grand Strategy) kuasa imperialis Amerika untuk mengepung dan menawan telaga-telaga minyak di negara-negara itu.

Strategi Induk ini telah dilakar oleh Zbigniew Brzezinski penasihat Keselamatan Amerika 1977-1981. Orang Jahat ini telah menulis beberapa buah buku untuk menyediakan asas idealogi dan strategi militer demi mempertahan sistem imperial hegemony Anglo-Amerika.

Jelas, di Timur Tengah dan di Laut China Selatan, bahan bakar minyak petroleum dan gas adalah punca perebutan ini. Sayugia diberi ingatan bahawa bahan bakar petroleum ini adalah latar belakang dan punca Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Wajib sekali lagi saya memberi tahu para pembaca bahawa tamadun kita hari ini adalah tamadun bahan bakar minyak petroleum. Tanpa bahan bakar ini tamadun kita yang wujud hari ini akan musnah.

Hari ini kuasa imperial Anglo-Amerika sedang mencatur dan melakar kembali peta dunia. Ini dilakukan setelah dua dekad berakhirnya Perang Dingin. Untuk pembaca muda, Perang Dingin mungkin tidak memiliki apa-apa makna. Untuk pemahaman kita, Perang Dingin adalah pertempuran dua ideologi – Kapitalis Amerika dan Sosialis Soviet Union. Latar belakang Perang Dingin ini ialah gerakan nasionalisme menuntut kemerdekaan rakyat Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Ekonomi perang

China dan Soviet Union bawah pimpinan parti Komunis telah membantu gerakan-gerakan nasionalis-pembebasan untuk menentang kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Justeru China dan Soviet Union dilihat sebagai musuh oleh kaum kapitalis sedunia. Kaum kapitalis sedunia telah berpayung dan dibantu oleh kuasa Anglo-Amerika. Kaum kapitalis antarabangsa berakidah untuk menakluk dan memungah harta kekayaan dari negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin kini terpaksa menerima hakikat bahawa menjajah dan menjarah akan mendapat tentangan bersenjata dari rakyat Dunia Ketiga. Senjata datang dari Soviet Union dan China.

Zaman sesudah Perang Dunia Kedua ini dipanggil era Perang Dingin. Zaman ini berakhir dengan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Soviet Union pecah dan menjadi Kesatuan Rusia. Manakala China dan juga Rusia mula menerima beberapa bentuk dan ciri sistem ekonomi kapitalis. Tetapi dua negara kuasa nuklear ini terus menolak kuasa hegemoni Anglo-Amerika. Kaum pemodal tidak dapat sesuka hati 'berniaga dan menjarah' di negara ini. Hakikatnya Rusia dan China gagal ditundukkan oleh Amerika.

Apabila tamat Perang Dingin seharusnya dirayakan oleh warga dunia sebagai zaman aman dan sentosa. Tapi dalam hukum kitab kapitalis keamanan dan kemakmuran adalah mustahil. Selagi sistem ekonomi kapitalis wujud maka perang dan bahaya perang akan terus mengancam penduduk dunia. Ini hakikat kerana sistem ekonomi kapitalis bergantung kuat dengan perang untuk mengaut keuntungan maksima. Tanpa perang modal kaum kapitalis akan pupus.

Cuba para pembaca renungkan, sesudah Amerika kalah dalam Perang Vietnam pada tahun 1975, kalah di Afghanistan, kalah di Iraq, sedang kalah di Syria. Mengikut logik akal, kuasa imperialis Anglo-Amerika akan berhenti berperang. Puluhan ribu anak muda soldadu Amerika telah gugur tewas. Berjuta rakyat dunia mati akibat perang. Dan berjuta-juta lagi menjadi orang pelarian perang. Apakah kuasa imperial Anglo-Amerika akan berhenti? Jawabya tidak.

Ekonomi kapitalis Anglo-Amerika adalah ekonomi perang. Selain dari menjual filem Hollywood, dan menjual kertas hijau yang dipanggil dolar, Amerika adalah pnejual senjata terbesar dalam dunia. Tiga benda ini menjadi pasak utama ekonomi Amerika.

Hari ini tuan empunya industri senjata telah berjaya menakluk Rumah Putih. Amaran tentang bahaya meresapnya kuasa industri senjata untuk menguasai politik Amerika ini telah dinyatakan secara terbuka dalam ucapan selamat tinggal Amerika oleh Presiden Dwight D Eisenhower (mentadbir antara 1953-1961).

Ucapan ini telah memberikan amaran cukup jelas. Presiden Eisenhower, bekas jeneral lima bintang – panglima Perang Dunia Kedua – meramalkan jika rakyat Amerika tidak berhati-hati, satu ketika nanti kuasa Industri Senjata akan menguasai semua politik Amerika. Ramalan sang jeneral ini telah sahih berlaku.

Wilayah berpotensi 'meledak'

Hari ini budak Barack Hussein Obama yang mengakui dirinya sebagai presiden Amerika sebenarnya dimasukkan ke Rumah Putih oleh industri senjata. Politik Amerika berkait rapat dengan politik wang. Demokrasi Amerika ialah demokrasi wang. Untuk mencalonkan diri sebagai presiden, seorang itu memerlukan ratusan juta ringgit untuk berkempen. Dana berkempen diperlukan untuk membeli iklan, untuk melobi sokongan media dan untuk memasang jaringan sokongan ke seluruh negara. Jentera berkempen juga perlu mendapat dolar.

Kempen Obama kali kedua, dari awal tahun 2011 hingga Jun 2012, telah membelanjakan 400 juta dolar. Ini laporan rasmi dari SPR Amerika. Yang tidak rasminya kita tidak tahu. Dari mana budak ini mencekau duit sebanyak ini? Jawabnya dari pelobi industri senjata, dari pelobi syarikat gergasi antarabangsa, dari tuan empunya bank dan syarikat dana kewangan. Justeru Barack Hussein Obama menjadi budak suruhan kaum pemodal. Ini hakikat.

Tuan empunya industri senjata telah melabur jutaan ringgit dalam kempen Obama, justeru apabila Obama berjaya menjadi presiden mereka mahu kontrak persenjataan. Mereka mahu Rumah Putih meluluskan bajet pertahanan kepada Jabatan Pertahanan Amerika, kepada Pantagon, kepada CIA dan, dan, dan. Perkara ini berlaku berulang-ulang. Justeru kerana sistem inilah menjadikan Amerika Syarikat tidak pernah berhenti berperang.

Pada ketika ini kita melihat bagaimana Amerika sedang memasang jarum mencucuk Rusia di Ukraine. Kita sedang melihat bagaimana Syria menjadi mangsa Amerika dalam strateginya mengepong Iran dan Rusia. Kita juga sedang melihat krisis di Laut China Selatan minggu lalu adalah permulaan.

Jepun, Korea Selatan dan Filipina adalah tanah 'jajahan takluk' Amerika. Jepun sesudah Perang Dunia Kedua tidak dibenarkan memiliki bala tentera. Manakala Korea Selatan dan Filipina adalah budak suruhan Amerika yang paling setia di Asia.

Amerika telah merancang pada tahun 2025, tiga perempat dari jumlah bala tentera Amerika Syarikat akan berpangkalan di Asia. Tentera laut, darat dan udara Amerika akan berpindah ke Asia. Bala tentera Amerika dalam NATO akan dikurangkan. Eropah Timur tidak dilihat sebagai ancaman. Mengalih senjata ke Asia ini dinamakan Pasak Asia (Pivot Asia).

Strategi Pasak Asia ini akan mentakrif China sebagai musuh. Pasak Asia ini juga melihat Rusia yang juga di Asia sebagai sekutu yang akan membantu China. Apa yang berlaku minggu lalu ialah rintik-rintik permulaan Pasak Asia. Ketegangan perlu dicetuskan di Asia Tenggara. Ketegangan ini diperlukan untuk dijadikan sebab musabab agar kuasa imperial Anglo-Amerika akan dijemput datang kembali.

Selain dari Kepulauan Spratly ada beberapa lagi wilayah yang berpotensi untuk ' meledak' dan menjemput Amerika masuk. Di Filipina, Tentera Baru Rakyat bawah Parti Komunis Filipina sedang berkembang luas. Jika kuasa Manila terancam maka tentera Amerika akan menjulur masuk.

Strategi yang sama juga akan dilakukan di empat wilayah Selatan Siam. Perjuangan Pembebasan Rakyat Patani sedang berkembang. Keadaan ini juga berpotensi untuk meledak. Jika Gerakan Patani Merdeka ini mengancam Siam dan Bangkok maka suasana ini akan menjemput kuasa imperialis Anglo-Amerika.

Manila, Seoul dan Bangkok akan siap sedia untuk menjadi budak suruhan Amerika. Ejen CIA dan jaringan CIA yang menyamar sebagai pejuang Islam akan menggelodakkan wilayah ini apabila ia diperlukan. War on terror, dasar pertahanan Amerika yang telah berjalan semenjak 9/11 akan menjadi landasan Pasak Asia. Persoalannya dalam Pasak Asia ini di mana peranan Malaysia?

Mutakhir: Felda diserang lagi oleh pembangkang? Begitulah cara mereka memburukkan felda supaya orang ramai membenci Felda dan sentiasa menyalahkan kerajaan sedia ada.

Adakah anda kenal dengan empunya kenyataan tersebut. Telah tiba masa yang sewajarnya Felda mengorak langkah menyaman petualang-petualang yang cuba merosakkan nama baik felda.

Bukan masanya untuk berlembut dan memaafkan mereka-mereka yang sentiasa memburukkan Felda.

Wednesday, May 28, 2014

Berita gempar orang makan orang di jumpai.

Manusia semangkin zalim sekarang!!! Apa yang di fikir? Biar cerita ini menjadi tauladan. Di mana anak anda ketika ini.

Jagalah keselamatan anak anda. Kezaliman yang terlampau.

Terkini: Penuh Teruja Dayana Calon Teluk Intan. Hanya igauan rupa paras di pertaruhkan.

Clearly its Not @dyanasmd 's, its old lame rasist voice of @limkitsiang its nothing new. Kena tipu jer Melayu nie....

Series 01...
Ikhlas saya katakan saya antara orang yang teruja dgn pencalonan Dyana. Saya mengambil masa yg agak lama utk menulis kerana mahu melihat sendiri betul ke calon DAP nie calon yg boleh dibanggakan yg kononnya suara anak muda. Banyak yg saya dengar melalui u tube dan ulasan2 di media.

Tidak puas hati dgn laporan media, semalam saya sendiri turun ke Teluk Intan, bersama sama menyertai convoy Kempen DAP dari satu tempat ke satu tempat yg lain. Teringat juga pada satu masa dulu, menyertai convoy2 Reformasin disebelah utara... adessss.

Dyana semalam berbaju kurung, siap berselindang hijau. Tercetus juga di hati, kenapa pulak Dyana berbaju kurung dan berselindang hari ini?. Tengok punye tengok patutlah, ada Tuan Guru Haji Hadi upenya. Patutlah...

Yg pelik nya, jelas yg Diana menegaskan yg dia tidak akan mengundi menyokong Hudud yg akan dibawa oleh PAS. Tetapi kenapa pula TG Haji Hadi begitu teruja menyokong Dyana? Ataupun sekarang PAS sudah "dunia lain, akhirat lain"? Mana kononnya Parti yg kononnya mempertahan Islam? Makin confused kaweh nie weah....

Saya menunggu dgn sabarnya giliran Dyana berucap. Nak tahu juga macam mana gamaknya hujah hujah org muda yg kononnya diangkat utk bersuara di Parlimen. Bila buka jer mulut, ternyata saya kecewa. Kecewa kerana jelas Dyana menggunakan teknik2 DAP lama. Cerita di kawasan Melayu lain cerita dikawasan Cina lain. Cerita apa yg org suka dengar. Tidak nampak aura ketokohan pemimpin.

Kecewa juga kerana jelas Dyana hanya berhujah utk mencetuskan kebencian rakyat kepada Kerajaan. Tidak jelas langsung apa yg dia sebagai wakil rakyat bagaimana beliau ingin memajukan Teluk Intan. Mungkin politik dewasa ini, politik KEBENCIANAN, kutuk sana kutuk sini, sedah cukup utk mengaburi rakyat Teluk Intan??? Harap2 org Teluk Intan lebih pandai menilai....

Saya sebenarnya mengharapkan Dyana memberi dimensi yg lebih besar, namun mungkin harapan saya amat tinggi. Secara jujur penelitian saya, baik dari segi hujah, ataupun memberi idea, atau menjawab soalan, calon DAP ini amat rendah kualiti atau "credential" jika dibandingkan dgn KJ, Razali Ibrahim, Rafizi mahupun Nurul Izzah.

Saya percaya masih ramai lagi, talent2 Melayu yg lebih baik yg boleh diketengahkan. Kenapa Dyana? Mungkin agak senang Dyana diperkotak katikkan oleh her mentor, Lim Kit Siang???

Betul ke ianya Suara Dyana yg akan berkumandang di Parlimen nanti?. Atau hanya menjadi alat dan suara DAP dan Lim Kit Siang.....

"Tuan2 dan Puan2, kalau Tuan2 dan Puan2 memilih Mah, mungkin benar beliau akan menjadi Menteri, tetapi dia akan terus menjadi Suara BN dan Umno, dan bukan Suara Teluk Intan"

Nie kaweh nok kabor sikit "Tuan2 dan Puan2, kalau Tuan2 dan Puan2 memilih Dyana, bukan sahaja beliau tidak akan menjadi menteri, tetapi terus menjadi suara rasist DAP dan Lim Kit Siang....

Renung2kan Selamat Beramal...

‪#‎CuitOrgKayaHaji‬

SAIFUL ZAINI MOHD BOKHARI
POLITICAL ACTIVIST

Tuesday, May 27, 2014

Bantah TPPA : GKPA berkata Tiada untuk TPPA.

Sukacita Bantah TPPA memaklumkan bahawa Gabungan Kesatuan Perdagangan Antarabangsa (GKPA ) dalam satu undian penuh yakin telah menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Semasa kongres dari 22 hingga 24 Mei di Berlin, Jerman, 90% ahlinya menyokong kenyataan bahawa "TPP tidak patut diteruskan dan mesti dimansuhkan".

Seperti dinyatakan Ketua Setiausaha Perkhidmatan Awam Antarabangsa (PSI) Rosa Pavanelli , perjanjian perdagangan seperti TPPA akan menghapuskan hak kerajaan untuk menggubal dasar polisi, undang-undang dan peraturan yang membawa kepentingan rakyat.

Tambahnya, "Perjanjian perdagangan yang dikatakan bebas ini tidak menjamin peluang pekerjaan atau pembangunan yang mapan; orang ramai perlu memahami perjanjian seperti ini sebenarnya hanya untuk menjamin keuntungan syarikat multinasional dan memuktamadkan hak pelabur".

Sentimen beliau dikongsi Dr Margaret Chan, Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut Chan, "Sesuatu yang pada dasarnya salah di dunia ini adalah apabila syarikat perbadanan boleh mencabar dasar kerajaan yang diperkenalkan untuk melindungi orang awam daripada ancaman produk yang mampu membinasakan," sambil merujuk kepada syarikat-syarikat tembakau yang memohon tribunal untuk hak penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS).

Apa yang diutarakan oleh GKPA , PSI dan WHO ini semua menyerlahkan perkara-perkara yang sering Bantah TPPA tonjolkan kepada orang ramai.

Kami mahukan perjanjian perdagangan yang bebas dan adil, dan sekiranya TPPA diteruskan dengan nada sebegini, tidak akan ada yang percuma mahu pun adil di dalam perjanjian ini.

Pengecualian sepenuhnya tembakau , janji untuk tidak memohon peruntukan TRIPS+ dan juga penyingkiran ISDS merupakan antara perkara tidak boleh dirunding yang terkandung dalam 75 Garis Merah Bantah TPPA.

Seorang pelajar Malaysia di culik dan di rogol oleh tiga lelaki.

Kuala Lumpur: Seorang pelajar Malaysia dalam jurusan perubatan di Universiti Padjajaran (Unpad) di Jatinangor, Bandung, disyaki dirogol oleh tiga lelaki yang menculiknya selepas mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) berhampiran universiti itu, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 22 tahun dikatakan dipanggil seorang lelaki yang menunggu di belakangnya sejurus mengeluarkan sejumlah wang.

Lelaki itu kemudian menekup mulut mangsa, lalu menarik ke dalam kereta. Selepas itu, pelajar berkenaan dikatakan tidak sedarkan diri.

Mangsa ditemui kira-kira jam 3 pagi pada keesokannya dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di tempat letak kereta di Lembang, kira-kira 40 kilometer dari lokasi dia diculik.

Pelajar itu yang tidak mengingati apa yang berlaku ke atas dirinya, dihantar ke Rumah Sakit Hassan Sadikin di Bandung untuk rawatan dan dia dilaporkan stabil walaupun berada dalam keadaan trauma.

Kes masih disiasat

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, yang dihubungi semalam, berkata pelajar berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat kes itu.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai diculik sebelum disamun kerana beberapa barangan berharga milik mangsa seperti wang tunai, dua telefon bimbit dan barang kemas, didapati hilang.

“Mangsa juga disyaki dirogol, namun kita masih menunggu laporan polis dan perubatan untuk pengesahan,” katanya.

Sementara itu, media Indonesia, Detik.com, semalam melaporkan, mangsa dipercayai dirogol bergilir-gilir dalam kereta oleh tiga dari empat lelaki yang menculiknya sepanjang perjalanan dari Jatinangor ke Lembang yang mengambil masa lebih sejam.

Menurut media itu, polis sudah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dan memburu suspek.

Mangsa juga dilaporkan sudah pulang ke Malaysia bersama keluarganya, tengah hari semalam.

Penjenayah Penyamun VAN Rokok. Penyebab Anggota Polis terkorban.

Kerja senang menyamun merompak. Menipu juga kerja senang.

Hukuman berat kepada penjenayah di negara ini masih tidak dapat mendidik orang ramai.

Semua ini angkara Pihak Polis sentiasa di salahkan dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Apabila penjenayah mati di tembak ada sahaja pembelaan dan di bela kononnya tidak bersalah.

Tetapi sebaliknya apabila Polis mati tiada pula membela atau menyatakan rasa kesal atas perbuatan penjenayah tersebut.

Akibat racun fikiran yang sentiasa di asak ke dalam fikiran rakyat. Mengakibatkan rakyat sukar untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Itulah akibat terlalu banyak sangat perkara yang di POLITIKKAN.

Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat