TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, May 27, 2014

Bantah TPPA : GKPA berkata Tiada untuk TPPA.

Sukacita Bantah TPPA memaklumkan bahawa Gabungan Kesatuan Perdagangan Antarabangsa (GKPA ) dalam satu undian penuh yakin telah menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Semasa kongres dari 22 hingga 24 Mei di Berlin, Jerman, 90% ahlinya menyokong kenyataan bahawa "TPP tidak patut diteruskan dan mesti dimansuhkan".

Seperti dinyatakan Ketua Setiausaha Perkhidmatan Awam Antarabangsa (PSI) Rosa Pavanelli , perjanjian perdagangan seperti TPPA akan menghapuskan hak kerajaan untuk menggubal dasar polisi, undang-undang dan peraturan yang membawa kepentingan rakyat.

Tambahnya, "Perjanjian perdagangan yang dikatakan bebas ini tidak menjamin peluang pekerjaan atau pembangunan yang mapan; orang ramai perlu memahami perjanjian seperti ini sebenarnya hanya untuk menjamin keuntungan syarikat multinasional dan memuktamadkan hak pelabur".

Sentimen beliau dikongsi Dr Margaret Chan, Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut Chan, "Sesuatu yang pada dasarnya salah di dunia ini adalah apabila syarikat perbadanan boleh mencabar dasar kerajaan yang diperkenalkan untuk melindungi orang awam daripada ancaman produk yang mampu membinasakan," sambil merujuk kepada syarikat-syarikat tembakau yang memohon tribunal untuk hak penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS).

Apa yang diutarakan oleh GKPA , PSI dan WHO ini semua menyerlahkan perkara-perkara yang sering Bantah TPPA tonjolkan kepada orang ramai.

Kami mahukan perjanjian perdagangan yang bebas dan adil, dan sekiranya TPPA diteruskan dengan nada sebegini, tidak akan ada yang percuma mahu pun adil di dalam perjanjian ini.

Pengecualian sepenuhnya tembakau , janji untuk tidak memohon peruntukan TRIPS+ dan juga penyingkiran ISDS merupakan antara perkara tidak boleh dirunding yang terkandung dalam 75 Garis Merah Bantah TPPA.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat