TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, April 13, 2014

Sembunyi status kesihatan

Virus MERS: Jemaah haji hidap penyakit kronik hadapi risiko jangkitan

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menyarankan jemaah haji tahun ini mendapatkan nasihat doktor mengenai risiko jangkitan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) yang sedang melanda Arab Saudi.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata meskipun risiko jangkitan itu rendah, jemaah yang ada penyakit kronik tidak terkawal disaran meningkatkan kesedaran mengenai jangkitan itu, selain mengambil langkah keselamatan bagi mengelak dijangkiti.
Individu berpenyakit kronik berisiko dijangkiti virus ini” Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan(Kesihatan Awam)

“Mereka diingatkan tidak cuba menyembunyikan sebarang maklumat mengenai penyakit yang dialami ketika menjalani ujian saringan, semata-mata hendak menunaikan haji kerana individu berpenyakit kronik berisiko dijangkiti virus ini,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas penularan MERS yang dilaporkan semakin serius di Arab Saudi selepas dua individu meninggal dunia akibat virus berkenaan, baru-baru ini. Kelmarin, Tabung Haji mengeluarkan garis panduan terbaharu yang tidak membenarkan jemaah haji menunaikan ibadat itu sekiranya gagal melepasi ujian saringan kesihatan.

Tiada sekatan perjalanan

Sambil mengesahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum mengeluarkan sekatan perjalanan ke negara yang terbabit dengan virus itu, beliau berkata, kementeriannya turut bekerjasama rapat dengan agensi pelancongan dan syarikat menguruskan pakej haji musim ini.
Maklumat terperinci

“Kerjasama itu bagi membolehkan kita memberi maklumat terperinci mengenai penularan wabak itu kepada jemaah,” katanya sambil menasihatkan mereka yang ke Arab Saudi agar menjaga kebersihan dan mendapatkan panduan daripada pasukan kesihatan sekiranya sukar mendapatkan rawatan segera.

Katanya, ia juga membabitkan mereka yang baru pulang daripada menunaikan umrah dan menghadapi masalah kesihatan seperti batuk yang biasa berlaku sekembali dari Tanah Suci.

“Namun, jika batuk dan demam berlarutan serta mengalami masalah pernafasan, segeralah ke klinik,” katanya.

INFO: Persediaan sebelum menunaikan haji, umrah

Sentiasa pastikan kesihatan baik, khususnya yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, asma dan sakit jantung.

Ambil vaksin tambahan, vaksin Influenza dan Pneumococcal (amat digalakkan) terutama yang berumur dan ada penyakit kronik. Ikut nasihat pegawai perubatan
Bawa bekalan penutup mulut dan hidung mencukupi dan pencuci tangan untuk kegunaan sendiri

Ikuti perkembangan semasa mengenai wabak dan langkah pencegahan yang perlu diambil

Langkah cegah MERS

Amalkan tahap kebersihan diri, kerap cuci tangan terutama selepas batuk, bersin atau bersalam.

Guna penutup hidung dan mulut, pencuci tangan ketika perlu.

Amalkan etika batuk yang baik.

Elak ambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.

Elak minum air tidak dirawat.

Pakai penutup hidung

Keberkatan membaca surah YASIN.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

Saturday, April 12, 2014

Bila Agama Islam di Politikkan malapetaka menanti di hadapan.

Dlm Tahaaluf Syiasi PR siapa yg lebih berkuasa dan mengaut keuntungan politik (political mileage)? Apakah PAS lebih berkuasa drp DAP dan PKR dlm PR?

Secara peribadi sy tiada masalah dgn perjuangan sebenar PAS. Namun amat kecewa apabila Tahaaluf Syiasi PAS bersama DAP dan PKR dlm PR hanya menguntungkan DAP dan PKR shj. Lihat shj dasar2 yg dilaksanakan oleh Kerajaan PKR N.Selangor dan Kerajaan DAP di Pulau Pinang. Di mana hak utk PAS bersuara dan diterima pakai pendapat dan pandangan sedang PAS hanya diberikan portfolio tidak penting dgn bilangan yg sedikit serta langsung tidak diberi hak sepatutnya.

Tahaaluf Syiasi PAS dlm PR juga hanya memberikan merit besar kpd DAP dan PKR kerana DAP dan PKR tidak mempunyai jentera parti yg ramai spt mn jentera PAS malahan dlm setiap kali perarakan haram dan pilihanraya (PRU) atau PRK yg paling byk membantu adlh jentera PAS shj berbanding dgn DAP dan PKR. Tetapi siapa yg mendpt paling byk "political mileage"? Setiap kali selepas kemenangan calon PR dlm PRK spt PRK Kajang baru2 ini, apakah jentera PAS yg bekerja kuat dihargai segala gerak kerja dan sumbangan yg telah dibuat?

Azmin Hentam Anuwar sampai tonggeng???

PANAS BERAPI! AZMIN ALI HENTAM ANWAR TAK HENGAT PUNYA!
Walau aku banyak kutuk Azmin Ali selama ini, tapi dalam hal yang dia tweet ni aku bersetuju dengan dia. Anwar sudah jadi gila, lebih gila dari anjing yang terkena penyakit gila, Anwar sudah takut sebab dia bersam-sama Kit Siang sudah menipu rakyat!

Sekarang kaum yang perasan cerdik tapi kena tipu tu sedang menuntut janji sama seperti kaum India kat Penang yang dijual Anwar hidup-hidup isu Kg Buah Pala! Azmin kata jangan heret rakyat! Maju kehadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat!

Khabarnya Azmin adalah calon paling sesuai untuk jadi MB Selangor tapi Anwar tak nak, sebab tumpuan Anwar kini pada Rafizi yang berkongsi kasih kunyit, tak percaya ke wahai melayu yahudi? KLIK SINI

Azmin dah bersuara, takkan Anwar nak diam diri je? Sementara tu semalam punya perhimpunan memang terbukti kaum kena tipu ni dah semakin gelabah, mereka nak kerajaan diubah at all cost sebab mereka kini takut dengan bayang-banyang sendiri! He he he...

Rahsia Kakitanggan kerajaan menyokong pembangkang???

Semalam gempar satu dokumen yang didedahkan dua anggota Parlimen berhubung lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan jadual sebenar sebaliknya draf awal program yang masih dalam perbincangan, demikian menurut Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wakil media yang membuat liputan sempena lawatan kerja itu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan dua anggota Parlimen DAP berkaitan lawatan kerja itu seperti yang dilaporkan portal dan blog adalah melulu, tidak berasas dan berniat jahat. [berita penuh]

Antara cara yang paling berkesan adalah merasuah individu yang boleh dimanipulasikan untuk berbuat demikian (curi maklumat) didalam kerajaan hari ini selain menggunakan teknik hacking email dan sebagainya. Jelas apa yang didakwa Presiden JMM tentang 10 Ejen SUARAM memang ada kebenaranya, JELAS, Lihat apa terjadi hari ini?!

SUARAM dikenali dengan nama Suara Rakyat Malaysia yang mana pertubuhan haram ini menerima dana asing [sumber] yang melibatkan jutaan ringgit yang mampu menyogok dan membeli apa jua document yang boleh disabitkan keatas pemimpin kerajaan hari ini.

Dalam sketsa minggu lepas jelas wujudnya wang haram dari SUARAM yang bernilaiRM100juta dilesapkan oleh 2 individu yang cukup terkenal dengan mempertahankan SUARAM. Difahamkan juga SUARAM antara syarikat yang menjana parti pembangkang [baca juga]

Friday, April 11, 2014

Kenyataan Datuk Zahid di putar belitkan RBA.

Amat di kesali apabila kenyataan Datuk Zahid selaku KDN di putarbelitkan Dan mengelirukan orang ramai.

Berikut adalah kenyataan dan penjelasan penuh beliau.

RBA semangkin kurang hajar dan biadap. Nampak sengaja mainkan isu sensitif dalam negara bagi menimbulkan kemarahan rakyat. Terutamanya orang Melayu.

Perpecahan sengaja di timbulkan supaya membenci antara orang Melayu sesama Melayu. Orang Melayu membenci pemimpin.

Ini lah tujuan dan matlamat mereka. MTMR...berharap pemimpin kita Lena bijak menjawab soalan-soalan dari media agar di masa akan datang tidak di putar belitkan.

Erti Taat Setia kepada negara Baik sungguhlah kerajaan Malaysia ini.???

Oleh Zaini Hassan

PADA satu petang seorang pelajar Malaysia peringkat pasca siswazah di sebuah universiti di United Kingdom (UK) sedang tumpu bekerja sambilan di sebuah sekolah di kota Glasgow bagi mencari wang tambahan sara hidup.

Tiba-tiba dia disapa oleh seorang guru di sekolah itu yang katanya berasal dari Hong Kong, dan telah lama menetap di UK.

Guru itu sudah lama memerhati budak Melayu itu bekerja dan ingin bertanya sesuatu.

"Saudara dari Malaysiakah?" "Ya, jawab pelajar itu." "Boleh saya tanya satu perkara."

"Boleh," jawab pelajar itu ringkas.

"Benarkah orang Melayu di negara saudara menindas kaum minoriti?" tanya cikgu wanita itu.

Pelajar lelaki itu terpinga-pinga? "Mengapa puan tanya soalan begitu?" "Saya diberitahu oleh seorang rakyat dari Malaysia yang mereka ditindas teruk di negara saudara. Mereka kata mereka warganegara kelas kedua."

Muka pelajar itu merah padam. Malu pun ada. Merasa dimalukan pun ada. "Pernahkah puan melawat Malaysia?" "Tidak pernah," kata guru itu ringkas.

"Tahukah puan, kaum itu di Malaysia adalah orang yang paling kaya di Malaysia. Merekalah yang menguasai ekonomi Malaysia. Merekalah juga yang paling berjaya dalam bidang-bidang profesional."

Jawab pelajar itu lagi "jika negara saya menindas orang itu, mereka tidak akan berjaya dan kaya seperti itu. Tahukah puan lagi, mereka juga adalah antara yang berada dalam 10 teratas bilionair di negara saya."

Guru itu pula terpinga-pinga. Pelajar itu bertanya lagi guru itu.

"Oleh kerana puan tidak pernah ke Malaysia, saya menjemput puan melawatlah negara saya yang aman, damai, sentosa, makmur dan cukup indah itu. Tengok dengan mata sendiri."

Cikgu itu tersenyum dan berlepas pulang.

Itu adalah dialog oleh seorang sahabat kepada saya baru-baru ini, yang telah lulus pengajian peringkat doktor falsafahnya di negara itu. Di luar negara ramai rakyat Malaysia yang suka memburuk-burukkan negara sendiri.

Mereka menuduh yang bukan-bukan. Mungkin juga ramai yang membuat tuduhan seperti itu kerana mereka mahukan perhatian, simpati, belas kasihan atau kerana mereka ada hati mahu tinggal terus di negara beriklim empat musim itu.

Baru-baru ini saya terbaca satu berita dari UK, kira-kira 1,000 orang Malaysia "tiada bernegara" merempat di negara itu setelah mengambil keputusan membatalkan atau 'mengoyakkan' pasport Malaysia kerana mahu menjadi warganegara England.

Setelah membuat keputusan melepaskan kerakyatan Malaysia, hampir sebahagiannya yang berasal dari Pulau Pinang, kini menghadapi dilema kerana tidak mendapat hak kerakyatan negara itu.

Mereka kini sudah menjadi manusia terumbang-ambing kerana sudah "tiada bernegara" atau stateless. Negara Malaysia mereka sudah berpaling-tadah, negara orang putih itu pula tidak mahu menerima mereka.

Ada antara mereka adalah profesional yang kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan atau ada yang terpaksa mengemis.

Namun, saya tertarik apabila terbaca satu portal berita fz.com yang menyebut nama Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita itu berbunyi begini:

GEORGE TOWN (4 April): Kira-kira 500 orang yang didakwa "tiada bernegara" (stateless) dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom seharusnya menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia memberi jaminan untuk menguruskan kepulangan mereka.

Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada Ahli Parlimen DAP, Tanjung Ng Wei Aik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah kumpulan tidak bernegara itu, yang ada antaranya hidup dalam daif kerana tidak dibenarkan kerja di UK.

Kumpulan itu yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan kemudian memohon Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC), setelah mempercayai ia adalah sijil yang laku digunakan di negara itu.

Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ng berkata, kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan.

"Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA.

"Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.

Berita lanjut mengenainya baca di sini: http://m.fz.com/content/stateless-malaysians-uk-can-return-ministry-tells-dap-rep

Bacaan tambahan mengenai kisah itu di sini:

*http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/10/14/boc-disloyalty-has-its-price/

*http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/immigration-rules-leave-stateless-malaysians-in-limbo-2240532.html

*http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/6316612/Malaysians-left-stateless-in-UK-after-passport-gamble-backfires.html

Apabila membaca berita-berita itu dan kisah bekas rakyat Malaysia yang "berpaling tadah" itu dan kemudian mahu kembali semula, setelah UK enggan menerima mereka, maka kesimpulan saya mengenai erti "ketaatsetiaan kepada negara" ialah: Baik sungguhlah negara kita ini.

Maka itu saya teringat sajak Allahyarham Usman Awang mengenai sikap "baik hati" orang Melayu yang antara petikannya:

Baiknya hati Melayu itu

tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran"

Tetapi malangnya, kebaikan kita sering kali diambil kesempatan pula oleh orang lain. Kebaikan kita, dibalas dengan tuba.

Saya enggan mengulas panjang mengenai isu ini, bimbang nanti dituduh rasis pula. Tetapi fikir-fikirkanlah.

Benarkah kita ini terlalu lurus bendul? Allahualam.

Dan terus doakan MH370.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140409/re_05/Erti-Taat-Setia-Baik-sungguhlah-kerajaan-Malaysia-ini#ixzz2yXh4WnnP 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat