TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, May 8, 2013

#Orang Melayu Jangan Tamak.

on Tuesday, May 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa




Masyarakat Cina Malaysia didakwa "menolak salam persahabatan" yang dihulurkan oleh orang Melayu apabila sebahagian besar mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Ini ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini ketika menilai prestasi BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya, masyarakat Cina telah termakan "propaganda" DAP untuk menjatuhkan kerajaan "Melayu yang didakwa korup".

Beliau juga menolak tanggapan bahawa trend pengundian mencerminkan wujudnya jurang politik bandar dan luar bandar.

"Sekarang bandar meliputi kawasan pinggir bandar juga," katanya sambil menambah bahawa hasilnya Selangor telah menjadi sebuah negara yang majoriti Cina.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa kempen DAP adalah untuk membuat masyarakat Cina membenci orang Melayu.

#DHPP-Vincent Lee Jawab CINA mahu Pemimpin Yang Bersih Tiada Rasuah.

Norul Bidayah shared Pas Sabah's photo.
Kami bukan rasis tapi bijak - DHPP jawab utusan

KUALA LUMPUR: Jika ditanya "Orang Cina mahu apa", saya mahu jawab orang Cina mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah dan amanah, kata Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam juga di muka depan akhbar tersebut berkata "mereka (Cina) sangat rasis".

Ekoran kalah di Parlimen Bukit Katil, beliau menyalahkan orang Cina kerana tidak memilih beliau dan menyifatkan orang Cina tidak mengenang jasa.

Manakala semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya berkata, pilihan raya kali ini merupakan 'Tsunami Cina'.

"Orang Cina bukan rasis tapi kami bijak. Kami jelas dengan apa yang kami mahu iaitu pembangunan dan masa depan negara.

"Orang Cina mengutamakan pemimpin yang amanah dan bersih, tidak kira dari kaum apa pun," kata Vincent ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Vincent yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan turut berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) boleh disifatkan sebagai rasis kerana seringkali mengeluarkan kenyataan bertujuan meniupkan api perkauman.

"Kalau mereka kata orang Cina rasis, mereka silap. Kalau nak cakap soal rasis, Perkasa lagi rasis," katanya.

Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya akhbar milik Umno agar berhenti menyiarkan kenyataan yang menimbulkan kebencian antara kaum.

"Akhbar Utusan Malaysia cukup-cukuplah siarkan kenyataan menghasut kebencian orang Melayu kepada orang Cina. Kita harus berpolitik secara matang, bukan menimbulkan isu perkauman," katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19056-kami-bukan-rasis-tapi-bijak-dhpp-jawab-utusan
Kami bukan rasis tapi bijak - DHPP jawab utusan

KUALA LUMPUR: Jika ditanya "Orang Cina mahu apa", saya mahu jawab orang Cina mahukan pemimpin yang bersih dari ...rasuah dan amanah, kata Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Vincent Lee.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Apa lagi Cina mahu'.

Tuesday, May 7, 2013

#Nyamuk menyerang.

Mempunyai masalah nyamuk? 
Cuba kaedah ini. SELAMAT dan BERKESAN menghalau nyamuk! 
Hanya potong separuh daripada limau nipis dan tekan beberapa ulas cengkih .
Ini adalah cara mudah menghalau nyamuk.
Pastikan untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda!

#Lahat Datu : Malaysia gunakan segala kelengkapan yang ada sekiranya pencerobohan Kiram Sulu berulang.

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat. Pencerobohan demi pencerobohan di lihat cuba untuk menganggu gugat keselamatan negara sedang di rancang demi untuk menjatuhkan negara Malaysia.

Penugasan pasukan keselamatan semangkin mencabar demi mempertahankan Tanah Air tercinta dari di nodai oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

Kesedaran ini amat kurang dirasaai oleh rakyat kebanyakaan kerana merasa negara sekarang selamat. Ada juga segelintir rakyat Malaysia memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan dan ada yang sanggup menghina.

Apapun kita bersyukur kerana mempunyai pasukan keselamatan yang berdidikasi dan semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah air tercinta. Semoga jasa baktimu mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah S.W.T

Lahad Datu : Tubuhkan Segera Suruhanjaya Siasatan Khas!


PRU-13 sudah pun selesai .... Suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat penglibatan pemimpin2 negara yang dikatakan terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret mereka ke muka pengadilan sekiranya terbukti terlibat dalam insiden berdarah berkenaan.

#Selepas PRU13 Jom kita lapangkan Fikiran Tonton Cerita Sunan Kali Jaga. # Ambil ikhtibar.

#PRU13 #Malaysia Spring nak berhimpun.

Main SMS pulak dia.Pejabat PM tutup lagi.

PRU13 baru je selesai bang nun dah nak buat himpunan lagi hari rabu ni.

bang nun dah menang kat permatang pauh pi la buat kerja bela nasib rakyat kat permatang pauh tuuu.... kalau selalu buat perhimpunan pekik sana sini... bile masa pulak nak berkhidmat utk rakyat.

Kalau bang nun kata PRU13 ni ada penipuan, tunjukkan la faktanya...
...
Di setiap tempat di pusat mengundi kan ade pemerhati di kalangan pakatan rakyat yg pilih. Peti undi akan diekori setiap pemerhati tersebut juga sampai la ke tempat pengiraan dan pengumpulan jumlah undi....jadi dimana tipunya...

kalau bang nun kata ada mat bangla yg undi....mat bangla mana satu yg mengundi....tunjukkan lah bukti.... takkan masin sebut2 je.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat