TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, May 7, 2013

Lahad Datu : Tubuhkan Segera Suruhanjaya Siasatan Khas!


PRU-13 sudah pun selesai .... Suruhanjaya siasatan khas bagi menyiasat penglibatan pemimpin2 negara yang dikatakan terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret mereka ke muka pengadilan sekiranya terbukti terlibat dalam insiden berdarah berkenaan.
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Per...ak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Syibi berkata, suruhanjaya itu juga penting bagi memastikan keadilan khususnya kepada keluarga anggota keselamatan yang terbunuh.

"Saya gesa sebuah suruhanjaya khas ditubuhkan secepat mungkin, ini penting bagi mencari jawapan dan membongkar strategi jahat pihak tertentu yang sanggup membuka sempadan negara untuk diceroboh pihak asing.

"Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan, hukuman berat perlu dikenakan kerana mereka disifatkan pengkhianat negara," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan penggendali blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendedahkan ketiga2 pemimpin parti politik itu yang dikatakan terlibat sebagai dalang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan sebanyak 10 anggota keselamatan negara.

Pengendali laman web Malaysia Today itu mendakwa, ketiga2 pengkhianat negara terbabit, pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari bertujuan merancang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram tersebut.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Anak Muda Islam Malaysia (Kami), Mohd Jeffery Amin Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa perlu bertindak segera menyiasat ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan.

"Sekiranya terbukti bersalah, ketiga-tiga pemimpin politik ini perlu ditahan seperti penjenayah lain, tiada lagi keistimewaan kerana perbuatan mereka merupakan pengkhianatan kepada negara," katanya.

Sudah sampai masanya KDN perlu bertindak tegas & jangan asyik dok bagi amaran saja tak habis2 kerana itu tidak akan menyelesaikan masalah. Sepatutnya dalam isu keselamatan negara seperti ini, tiada lagi istilah toleransi .... tindakan tegas & pantas harus diambil supaya bukti2 tidak hilang ditelan masa.

Akhbar harian terkemuka Filipina juga pernah melaporkan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin politik Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah - SUMBER


No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat