Pada aku BRIM itu bagus. Cuma GST aku rasa menyusahkan rakyat. Kerajaan senanglah terima RM30billion duit GST!!!
Aku pun bukan orang kaya. Tetapi keutamaan negara perlu dilihat untuk jangka masa panjang.
Menurut kenyataan DS Najib anak Razak baru-baru ini. Bilangan penerima BRIM bertambah jadi wang rakyat@negara bertambah jugalah angkanya. Faktor apakah penyebab bilangan tersebut bertambah?
Apa yang membimbangkan kita adalah kemampuan negara untuk memberi BRIM kepada rakyat.
Adalah lebih baik banyakkan peluang pekerjaan, kemasukkan warga asing hendaklah diberhentikan serta merta.
Cadangan setiap bulan Disember. Berilah penjawat awam sekurang-kurangnya dua bulan Bonus. Arahkan juga kepada Syarikat-syarikat Swasta memberi Bonus setiap bulan Disember. Ini bertujuan untuk persiapan Ibubapa untuk anak-anak sekolah.
Dalam keadaan ekonomi sekarang gaji ibubapa tidak sempat untuk di simpan. Sekadar untuk makan dan bayar segala bil-bil rumah yang turut meningkat. Terutamanya bil api dan Air yang kadar keuntungan yang diambil oleh TNB dan Jabatan bekalan Air yang tidak masuk akal.
Kadar yang tinggi ini adalah kerana mendapat kelulusan Kementerian Kerajaan yang dianggotai oleh mereka-mereka yang kebanyakannya makan Ayam. Mereka tidak merasai Ayam tersebut mahal. Sebab mereka tahu makan sahaja. Tidak buat kajian yang menyeluruh.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.