TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, April 21, 2016

NAZIR KESAL AGIH RM28 JUTA WANG KEPADA PEMIMPIN BN?

KUALA LUMPUR — Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak bercuti mulai hari ini berikutan siasatan dalaman mengenai US$7 juta (RM28 juta) yang beliau bantu agihkan menjelang pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Nazir berkata, semakan dalaman itu yang bermula pada 5 April dijangka tamat dalam tempoh beberapa minggu.

Menurutnya, lembaga pengarah telah mengambil Ernst & Young sebagai juruaudit luar bagi membantu dalam proses semakan berkenaan.

“Untuk rekod, kejadian itu berlaku tiga tahun lepas, iaitu pada 2013.

“Abang saya meminta sedikit bantuan dan saya telah bersetuju selepas saya menilai yang ia tidak akan terlibat dengan sesuatu yang melangggar undang-undang atau menyalahgunakan kedudukan saya atau sebarang penggunaan kurang wajar sumber CIMB,” katanya.

Nazir menekankan yang tidak ada pemindahan dana lain yang diminta Najib, selain daripada US$7 juta berkenaan.

Beliau membacakan kenyataan yang dibacakan kepada pemegang saham di mesyuarat agung tahunan Kumpulan CIMB kepada media, yang memberi alasan mengapa beliau mengambil cuti itu.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Nazir berkata, semakan itu dimulakan berikutan laporan berita yang mengesahkan yang beliau telah menerima US$7 juta ke dalam akaunnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga abangnya.

“Apabila semakan itu siap, lembaga pengarah akan membincangkannya dan kemudian membuat keputusan sama ada menerima saya balik (atau tidak),” tambahnya.

Nazir berkata, beliau bertindak berdasarkan apa yang diketahui pada waktu itu dan menyesal dengan tindakan itu berikutan kontroversi mengenai 1MDB serta sumber pembiayaan politik sejak 2014.

“Saya tidak akan meletakkan reputasi saya dan juga CIMB pada risiko itu secara sengaja,” kata Nazir, dengan menambah yang beliau menyokong tindakan lembaga pengarah untuk menerima penjelasan penuh beliau serta memulakan semakan bebas daripada Ernst & Young.

Menurutnya, beliau telah memilih untuk membuat pengumuman hari ini agar beliau boleh menerangkan kepada pemmegang saham secara langsung serta memenuhi tanggungjawabnya untuk mempengerusikan mesyuarat pemegang saham itu.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, tindakan Nazir itu dibuat secara sukarela.

Beliau dan Nazir berkata, tidak ada pengganti sementara untuk jawatan pengerusi kumpulan itu ketika Nazir bercuti.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat