TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, April 1, 2016

KESELAMATAN : KERAJAAN MENERIMA TUJUH CADANGAN PIHAK SWASTA TEKNOLOJI DAN PEMBINAAN KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA?

Kerajaan menerima tujuh cadangan daripada pihak swasta dengan pelbagai pendekatan teknologi dan pembinaan untuk mempertingkat keselamatan kawasan persempadanan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan kesemua cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menelitinya.

Ia termasuk sama ada untuk menggunakan aset kekal atau aset-aset berbentuk teknologi atau kombinasi kedua-duanya, kata beliau kepada wartawan Malaysia di Washington DC pada Rabu.

Beliau juga berkata pihak kerajaan juga akan mengkaji dari aspek bentuk pembiayaan yang akan digunakan untuk pembinaannya kerana ia melibatkan kos yang cukup tinggi.

"Kami jangkakan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk mengawal sempadan di utara Semenanjung sahaja," katanya.

Ahmad Zahid berkata kos pembiayaan ini boleh dikaji oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan sama ada secara kaedah pembayaran tertangguh, kaedah perkongsian antara awam dan swasta atau lain-lain kaedah.

Beliau berkata projek tersebut perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan pengawalan keselamatan negara terkawal.

Menurutnya, isu operasi agensi keselamatan sempadan adalah antara isu yang dibincangkan beliau dalam pertemuannya dengan Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas semasa pertemuan mereka di pejabat Mayorkas di Washington DC Rabu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di sini awal pagi Selasa untuk lawatan kerja selama seminggu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bermula Khamis.

Beliau berkata pihak Amerika Syarikat turut menawarkan kepada Malaysia untuk mempelajari operasi pengawalan sempadan di negara itu.

Ia termasuk melihat aset-aset yang digunakan negara itu sama ada aset kekal ataupun peralatan pemantauan satelit dan radar, selain beberapa aset lain yang sesuai untuk digunakan dengan topografi Malaysia.

-Bernama

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat