TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 16, 2014

Terkini: Sedarlah DAP akan Musnahkan Apa Juga Berkaitan Melayu Islam.

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah sekian mencapai sedikit kejayaan dalam kempen membenci Melayu Islam dengan menyasarkan UMNO sebuah parti yang bersifat perkauman dan secara simboliknya sebagai alasan kononnya DAP tidak benci orang Melayu/Islam.


Perkara ini dapat di lihat dengan bagaimana DAP memancing orang Melayu dengan kebaikan mereka dalam memberikan bantuan terutama dalam hal yang berkaitan dengan perayaan agama dan yang berkaitan Islam.

Satu dunia telah mengetahui bahawa bahawa UMNO adalah orang Melayu dan Islam serta UMNO juga telah memahatkan kemas di dalam Perlembagaan mengenai hak keistimewaan Melayu, Raja2 Melayu dan agama Islam.

DAP dengan sengaja telah melaga-lagakan UMNO dengan parti komponen berteraskan Cina seperti MCA dan Gerakan dengan membakar pendirian komponen Barisan Nasional dengan mengungkit isu hak keistimewaan orang- orang Melayu. Secara tidak langsung DAP telah mempergunakan MCA dan Gerakan untuk meretakkan hubungan dalaman parti.

Tindakan tersebut telah mengakibatkan satu perasaan kurang senang dikalangan orang Melayu yang kurang tahap kesabarannya dengan menimbulkan isu pendatang. Kesan daripada itu secara tidak langsung telah menyakitkan hati MCA/Gerakan . Tindakan balas yang telah dilakukan ialah dengan “menyokong” DAP dalam PRU-13. Tidakkah kita perasaan bagaimana langkah pertama DAP didalam pemerintahannya di Pulau Pinang ialah melanggar adat orang Melayu. Perlanggaran adat Melayu ini direstui oleh orang Melayu sendiri.

Mungkin kita masih ingat bagaimana pemimpin DAP masuk kedalam rumah orang Melayu dengan memakai kasut.? Bukan kah ini satu cubaan melenyapkan adat bangsa melalui iaitu mereka memijak adat dan rasa hormat mereka terhadap bangsa Melayu dan secara simboliknya mereka sudah pun memijak Melayu yang terkenal dengan adat budaya yang kukuh. Ini lah kejayaaan DAP pada langkah pertamanya,.

Keangkuhan DAP dalam mempertikaikan tulisan jawi digunakan dipapan tanda sekolah dan di papan tanda jalan, Apakah DAP tidak meyedari bahawa bahasa rasmi di Malaysia ialah Bahasa Melayu? Jesteru itu DAP serta chauvanisnya tidak juga dibenarkan menggunakan tulisan Cina bagi setiap urusan papan tanda dimana mana sahaja di Malaysia.

Penggunaan bahasa Cina dipapan tanda dan meninggalkan Bahasa Kebangsaan adalah sikap rasis yang keterlaluan dan tidak menunjukkan semangat kebagsaan yang dipupuk selama ini. Apakah DAP sedar atau tidak bahawa sikap toleransi kerajaan selama ini telah dicabar sewenangnya untuk menghapuskan budaya bahasa yang dipunyai oleh oarang Melayu.

Sebagaimana bahasa Cina yang diperjuangkan oleh DAP untuk bangsa Chauvanisnya, apakah bangsa lain tidak boleh menggunakan bahasa mereka sendiri untuk diletakkan dimana mana sebagaimana papan tanda yang berbahasa Cina tanpa meletakkan bahasa Kebangsaan didalamnya.

Inikah kebebasan yang diamalkan oleh DAP ? Kebebasan yang hanya mempunyai kepentingan pada bangsa Chauvanis mereka sahaja. DAP harus sedar bahawa mereka hidup bukan dikalangan satu etnik sahaja , malahan didalam negara ini terdapat pelbagai ertnik yang mengamalkan kepelbagaian suku adat dan bahasa.

Bahasa Jawi adalah bahasa yang digunakan oleh orang Melayu satu ketika dahulu merupakan bahasa yang tidak boleh dipisahkan dengan Agama Islam. Agenda DAP menentang penggunaan bahasa jawi adalah untuk melenyapkan budaya bahasa yang telah lama diamalkan serta tersiratnya untuk melenyapkan bahasa agama Islam sebagai mana mereka DAP lancarkan sekarang dengan pelbagai kritikan terhadap Agama Islam.

Ini dilihat kepada rancangan DAP hendak menghapus bangsa Melayu sebagai teras bangsa yang beragama Islam, yang majorit dan menguasai negara Malaysia. Sebab itu DAP anti kepada sistem Kesultanan Melayu dan jika mereka berkuasa di peringkat negara, tentu DAP akan gubal perlembagaan, mengubah hak-hak keistemewan bangsa Melayu dan menghapus sistem Kesultanan Melayu. Secara tak langsung Islam akan sendirinya terhapus, kerana teras kepada agama Islam ialah terletak kepada bangsa Melayu.

DAP belajar kaedah dan cara menyusun penempatan dan memecah-belah rakyat Selangor berbangsa Melayu daripada kaedah yang dilakukan oleh Singapura, yang berjaya mengurangkan majoriti masyarakat Islam di beberapa penempatan tertentu.

Sebab itu, sebaik sahaja Kerajaan PR Selangor terbentuk, semua Exco Kerajaan Negeri Selangor dibawa melawat Singapura. Ini membuktikan bahawa kiblat DAP dalam pemerintahan ialah ke arah Singapura. Singapura pula berkiblatkan kepada Israel.

Selain itu, kita juga melihat sikap kerajaan DAP Pulau Pinang mendesak agar wang zakat dan baitulmal di negeri Pulau Pinang diberi sama rata kepada bukan Islam, sedangkan wang tersebut adalah hak mutlak umat Islam sama ada di segi Perlembagaan dan juga di segi hukum Islam. Sementara dalam badget kerajaan Pulau Pinang, DAP telah mengurangkan peruntukan kepada orang Melayu. Adilkan demikian? Wang umat Islam hendak dikongsi dan wang kerajaan DAP dikurangkan untuk umat Islam.

Ini lah muka dan wajah DAP yang sebenarnya sentiasa akan menutup kesalahan yang mereka lakukan dengan menekan kepada teras yang sedia ada dimana walaupun ianya termaktub didalam perlembagaan.

Ketakutan dan kebimbangan DAP Guan Eng ialah apabila Melayu Islam PAS akan berlembut pula dengan Melayu Islam UMNO, Semua ini adalah igauan yang amat dasyat dalam pemimpin DAP. Inilah kekuatan yang amat ditakuti oleh DAP yang mana boleh menghasilkan satu benbtuk pemerintahan Melayu/Islam yang kuat tanpa perlu gabungan dengan yang lain.

Guan Eng dan DAP amat curiga dan takut dan bermula niat jahat mereka sendiri. Dalam satu masa yang sama selama ini DAP lupa bahawa Melayu Islam telah lama bertoleransi dengan meletakkan semua bangsa menerima hak masing2.

1985 – Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity” mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia”dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

Sejarah Pedang Lama Peninggalan Kyei Salleh

Ambillah perhatian dengan pesanan ini. “Jika DAP berterusan mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (peruntukkan mengenai hak istimewa Melayu), kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur”

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat