TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, November 21, 2014

TERKINI: TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA DAN TENTERA LAUT RUSIA PERKUKUH KERJASAMA BILATERAL

Pada 18 Nov 14, KD JEBAT telah  melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) bersama Russian Federation Navy (RFN) di kawasan utara Selat Melaka. Latihan ini telah melibatkan sebuah kapal dari RFN iaitu Russian Federation Ship (RFS) YAROSLAV MUDRYY (727). Latihan ini turut disertai oleh dua buah pesawat organik iaitu KA 27 dari RFS YAROSLAV MUDRYY dan Fennec dari KD JEBAT


Sebelum PASSEX dilaksanakan, mesyuarat koordinasi PASSEX telah dihadiri oleh Pegawai Operasi KD JEBAT bertempat di RFS YAROSLAV MUDRYY yang bersauh di sekitar Pelabuhan Awam Pulau Pinang pada 14 Nov 14. Siri PASSEX ini telah dimulakan pada 1200H dan berakhir pada 1430H. Sebanyak 2 siri latihan yang telah berjaya dilaksanakan pada siri PASSEX kali ini. Latihan tersebut adalah Photography Exercise (PHOTEX) dan Replenishment At Sea Approach (RASAP) melibatkan kedua-dua buah pesawat Fennec. Pelaksanaan siri PASSEX ini membuktikan kemampuan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan operasi ketenteraan bersama aset negara besar seperti Rusia.

Ini merupakan latihan pertama yang berjaya dilaksanakan antara TLDM dan RFN. Ia turut menjadi platform persiapan kepada kedua-dua pihak sebelum siri latihan lebih kompleks pada masa akan datang. Keseluruhan siri PASSEX kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang isu keselamatan. Siri PASSEX kali ini telah memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak dalam mewujudkan kerjasama bilateral dalam aspek operasi ketenteraan. Komitmen seperti ini perlu dikekalkan bagi mengekalkan kesiagaan TLDM pada tahap tertinggi bagi mencapai World Class Navy dan memperkukuhkan hubungan bilateral bersama tentera laut lain.

Rujukan: 181114/03
Sumber: KD JEBAT
Artikel & Jurugambar: KD JEBAT

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat