Semua penumpang yang melihat insiden itu terlopong dan pegawai tentera Yaman itu hanya berkata dengan kuat: “Maliziya, Mahathir fi sabilillah”.
Awal tahun ini negara kita digemparkan dengan pendedahan seorang pemimpin pembangkang yang mendakwa kira-kira 1,000 orang bekas warganegara Malaysia yang telah bertindak mengoyakkan atau membatalkan pasport Malaysia hanya untuk berpaling tadah menjadi rakyat United Kingdom kononnya akan mendapat semula kerakyatan Malaysia.
Awal tahun ini negara kita digemparkan dengan pendedahan seorang pemimpin pembangkang yang mendakwa kira-kira 1,000 orang bekas warganegara Malaysia yang telah bertindak mengoyakkan atau membatalkan pasport Malaysia hanya untuk berpaling tadah menjadi rakyat United Kingdom kononnya akan mendapat semula kerakyatan Malaysia.
Cerita propaganda pembangkang itu nyata palsu apabila Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan tuduhan itu malah menjelaskan Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah membuka kaunter khas di KLIA untuk mendaftarkan semula bekas rakyat Malaysia yang menderhaka menjadi rakyat negara lain untuk kembali menjadi warga Malaysia.
Saya tertarik melihat isu sensitif itu kerana akhirnya barulah ramai sedar, ada ribuan rakyat Malaysia di luar negara sanggup memburukkan nama Malaysia dan lebih dahsyat bertindak melucutkan sendiri kerakyatan Malaysia untuk menjadi warganegara lain.
Malangnya nasib mereka bertambah tidak baik apabila negara baharu itu pula enggan mengiktiraf status mereka dan akhirnya bekas rakyat Malaysia itu terumbang-ambing menjadi pendatang asing tanpa izin atau orang tanpa warganegara (stateless). Sebahagian besar mereka itu adalah bukan Melayu dan berasal dari Pulau Pinang termakan hasutan pembangkang kononnya mereka akan diusir oleh pemerintah Melayu yang dimomok sebagai ultra rasis.
Apa salahnya pasport Malaysia itu sehingga dihina begitu sekali walhal di dalam dokumen perjalanan itu ada dinyatakan dengan jelas bahawa Yang di Pertuan Agong memperakui pemegang pasport itu sebagai rakyat Malaysia dan negara luar hendaklah membantu jika si pemegang pasport itu menghadapi kesulitan sepanjang berada di negara mereka.
Mungkin adalah lebih baik saya mengimbas semula kisah 4 rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan dipetik daripada beberapa laman web tempatan menceritakan nasib mereka ketika berada di negara asing. Untuk panduan, nama mereka dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu tetapi yang penting adalah pengajaran moral daripada kisah mereka itu.
Sekadar rekod, hanya Malaysia sahaja di dunia menggunakan pasport berwarna maroon menjadikan ia satu-satunya warna unik yang mudah dikenali dari jarak jauh oleh mana-mana pegawai imigresen di luar negara.
Ia amat berbeza daripada sesetengah negara yang menggunakan warna merah pinang antaranya Myanmar, Singapura, Bahrain, Brunei, Switzerland, Norway, Portugal, Romania, Rusia, Bolivia dan Chile. Kebanyakan negara di dunia menggunakan warna perang, hitam, biru atau ungu sebagai identiti kulit pasport masing-masing, Ikuti kisah pemegang pasport Malaysia berwarna maroon ini yang membongkar bagaimana layanan diterima mereka ketika berada di negara asing.
Kisah 1: Seorang pegawai berpengalaman TLDM menceritakan dia mengiringi pasukan ping pong Malaysia untuk menghadiri satu kejohanan antarabangsa di Vietnam dan ketika melalui sebatang jalan utama di pinggir ibu negara Hanoi dalam perjalanan dari lapangan terbang ke hotel penginapan, bas rasmi kontinjen kebangsaan kita ditahan dalam satu sekatan jalan raya oleh polis tempatan. Seorang pegawai polis Vietnam itu dengan angkuh menaiki bas dan memarahi pemandu kenderaan itu juga rakyat Vietnam kerana didapati kononnya melakukan beberapa kesalahan trafik dan drama itu menyebabkan semua pemain Malaysia tergamam kecut perut.
Pegawai TLDM ini lagi takut bimbang dituduh pula sebagai perisik kerana dia dianggap anggota tentera asing dan apa hal boleh berada dalam sekumpulan pemain ping pong yang tiada kaitan dengan program ketenteraan bersama dengan tentera tuan rumah Vietnam. Adegan suspens itu agak lama namun tiba-tiba pegawai polis itu melihat pegawai TLDM ini yang duduk di kerusi belakang pemandu dengan bengis sebelum ternampak pasport Malaysia tersembul di kocek baju kemeja. Sebaik melihat pasport maroon itu dia berubah langsung dan memohon maaf malah melepaskan bas tersebut meneruskan perjalanan. Kata pegawai polis Vietnam itu: “This Mahathir come from Malaysia!“
Kisah 2: Seorang pensyarah universiti tempatan pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri satu persidangan antarabangsa bersama beberapa lagi pensyarah. Selepas habis urusan pemeriksaan ketat imigresen AS dan tuntutan bagasi di lapangan terbang, mereka terus ke tempat teksi dan terus menahan sebuah teksi tempatan. Sebaik letak beg dalam bonet, mereka terkejut kerana pemandu teksi itu orang Islam dari Pakistan yang sudah lama menetap dan mencari rezeki di AS. Sepanjang perjalanan, pemandu itu pula terkejut dan terus ‘kecoh’ sebaik menyedari penumpangnya itu tidak sengaja tertunjuk pasport Malaysia. Kata pemandu itu: “Are you from Malaysia? Masya Allah, Mahathir!“
Tiba di hotel, mereka bertambah lagi terkejut apabila pemandu teksi itu tidak mengenakan apa-apa bayaran tambang sebaliknya berkata, dia bangga penumpangnya rakyat Malaysia dan sedia menghantar kumpulan pensyarah terbabit ke tempat persidangan secara percuma. Mereka menyangka ini mungkin gurauan namun apa yang berlaku, memang betul pemandu itu sudah menunggu mereka di lobi hotel penginapan sejak awal pagi dan menghantar kumpulan pensyarah ini ulang-alik ke pusat konvensyen selama beberapa hari persidangan berlangsung malah menghantar balik ke lapangan terbang pada hari untuk pulang ke Malaysia tanpa apa-apa caj.
Kisah 3: Seorang juruteknik RTM dihantar selama beberapa minggu untuk pergi berkursus di stesen penyiaran kebangsaan Jepun NHK buat kali pertama dan memandangkan dia juga tidak mahir jalan-jalan sekitar Tokyo selepas habis kursus pada lewat petang itu, dia mengajak rakan-rakannya dari negara lain untuk bersama-sama mencari kedai makan halal. Maka mereka pun bersiar-siar mencari restoran Muslim tanpa sebarang panduan sehingga perut semakin kebuluran sebelum menemui sebuah kedai makanan tempatan yang tidak menyajikan apa-apa masakan melibatkan daging, yang ada cuma menu ikan dan hidangan vegetarian. Lagi pula semua pelanggannya muka macam orang Arab.
Ketika hendak buat tempahan, juruteknik ini minta makanan halal tetapi tidak difahami pelayan, lalu dipanggil penyelia restoran untuk elak kekeliruan. Pun masih tidak faham macam ayam bersembang dengan itik. Akhirnya juruteknik itu tunjuk pasport Malaysia dan kata “I’m from Malaysia!“. Tiba-tiba penyelia berpengalaman itu terkejut terus kata: “Mahat-thir, Mahat-thir!” Lalu semua dapat makanan halal dan dilayan baik sehingga ada rakannya berkata, alangkah baiknya dia juga jadi rakyat Malaysia.
Kisah 4: Seorang pegawai syarikat Malaysia, pergi ke Yaman atas urusan perniagaan bersama seorang lagi rakannya. Tiba di lapangan terbang antarabangsa ibu negara Sana’a, mereka beratur panjang untuk pemeriksaan imigresen Yaman. Negara bergolak selatan Arab Saudi itu cukup ketat kawalan keselamatan sampai punyalah banyak anggota tentera berkawal di lapangan terbang macam hendak pergi berperang untuk mengelak serangan sabotaj puak militan yang sering melancarkan serangan nekad di kawasan tumpuan ramai warga asing. Ketika mereka berdua berdiri lenguh berbaris untuk pemeriksaan, seorang pegawai tentera Yaman melihat pegawai Malaysia ini dari jauh.
Dia tiba-tiba datang dan merampas pasport Malaysia yang dilihat pada kocek kemeja pegawai tersebut. Tindakan itu amat memeranjatkan semua orang yang sedang beratur panjang termasuk orang asing Eropah kerana menyangka rakyat Malaysia itu sebagai pengganas. Kemudian dengan nada keras bertanya: “From Malaysia?“. Jawab pegawai itu: “Yes from Malaysia.” Muka tentera Yaman itu berubah ceria lalu disuruhnya pegawai Malaysia itu dan seorang rakannya terus pergi ke kaunter khas tanpa pemeriksaan. Semua penumpang yang melihat insiden itu terlopong dan pegawai tentera Yaman itu hanya berkata dengan kuat: “Maliziya, Mahathir fi sabilillah”.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.