TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, October 9, 2014

TERKINI ! MOTIF & PUNCA LETUPAN BOM TANGAN DI BUKIT BINTANG !

Kita tentu terkejut dengan insiden yang berlaku Bukit Bintang pagi ini : 

Seorang parah manakala 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, pagi ini.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, dalam kejadian 4.45 pagi tadi, letupan tersebut dipercayai daripada bom tangan yang dilemparkan dari tingkat atas tempat letak kereta berdekatan. 
“Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi. - UM

Laporan MStar :
Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut. 
Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 
Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin. 
Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi. 
"Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu. 
"Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan. 
"Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu," tambahnya. 
Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api - MStar

Yang terbaru ialah laporan di bawah :
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat insiden letupan di Bukit Bintang awal pagi ini. 
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, buat masa sekarang pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat berkenaan insiden letupan itu yang telah menyebabkan seorang cedera parah dan 14 cedera. - UM
Laporan MStar :
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta orang ramai supaya bertenang berikutan insiden letupan bom yang mengakibatkan 14 orang cedera di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis. 
Zahid berkata, polis sedang menyiasat insiden itu dan beliau sedang menunggu laporan perkembangan berhubung insiden daripada pihak polis. 
"Mereka sedang menyiasat. Polis akan mengeluarkan kenyataan," katanya selepas mengadakan perhimpunan kementerian di sini, Khamis. 
Dua wanita merupakan antara 14 yang cedera termasuk warga China dan Singapura. 
Empat kereta turut rosak dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 pagi apabila satu bom tangan meletup di hadapan sebuah pub di kompleks berkenaan - MStar

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat