TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, September 29, 2014

Mutakhir: Malaysia belum memandang serius ancaman Islamic State.


Putrajaya – Hingga kini, pihak kerajaan Malaysia masih belum memandang serius terhadap serangan yang pernah berlaku di Kota Belud dan kes penculikan yang masih berlaku. Tidak terhenti di situ, terdapat pula tuntutan pemisahan Sabah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Jelasnya, jika seruan pemisahan ini disamakan dengan perjuangan untuk membina ‘Islamic State’, ramai anak muda yang akan terpengaruh.

Beliau mengambil Iraq sebagai contoh dimana terdapat satu gerakan Sunni menawan sebahagian kecil negara itu.

“Kita membaca berita bahawa pasukan ini berjaya merampas wilayah tersebut dengan menewaskan tentera Iraq,” katanya.

Tambahnya, pasukan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) ini begitu ganas sehingga sanggup menembak mati askar Iraq yang beragama Islam yang ditawan. Bahkan, tawanan mereka dipaksa duduk sederet dan satu demi satu ditembak dari belakang.

“Video yang dibuat oleh ISIL sendiri juga menunjuk seorang pemberita Amerika dipancung oleh seorang askarnya yang bertopeng yang dikatakan bercakap menggunakan loghat Inggeris (Timur London). Tuduhan dibuat yang pembunuh ini terdiri dari orang Islam rakyat Britain,” katanya.

Manakala, di Malaysia pula, gerakan untuk membina negara Islam dan membaiah seseorang yang mendakwa dirinya sebagai khalifah pun sudah berlaku.

“Jika Ashaari, Ayah Pin dan Tuhan Harun berjaya mendapat sokongan, apa lagi jika ada yang menyeru untuk mendiri negara Islam. Tentu lebih mudah mendapat pengikut,” katanya dalam www.chedet.cc

Bukan itu sahaja, laporan akhbar sekarang juga menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia yang sudah ke Syria untuk menyokong pemberontak bagi menjatuhkan Bashar Asaad, Presiden Syria yang menganuti fahaman Islam Syiah (Alawait).

Dari Filipina, Indonesia bahkan dari Singapura juga ada orang Islam yang menyertai pemberontak di Syria dan ada yang mungkin terlibat dengan askar Sunni IS.

Mengikut laporan TV, jumlah tentera IS sudah meningkat lebih dari 30,000. Setiap hari ramai pemuda Islam dari Eropah dan negara-negara Asia yang meninggalkan negara mereka untuk menyertai IS.

“Tetapi kerajaan Malaysia dilihat masih belum sedar. Tidak ada tindakan secara serius yang dibuat dan kini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah tidak ada,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, tidak lama dahulu sepasukan pengganas Filipina telah menceroboh Sabah dan berperang dengan askar Malaysia. Kita berjaya mematahkan serangan mereka tetapi kemudian berlaku penculikan dan peras ugut beberapa kali dan sehingga kini masih ada yang tidak dapat ditebus.

“Adakah tidak mungkin kumpulan pemberontak dari negara jiran membuat serangan untuk membina “negara Islam” mereka di Malaysia?

“Seruan untuk membina “negara Islam” amat menarik bagi pemuda Islam di mana-mana sahaja kerana mereka kecewa dengan ketiadaan kerajaan atau negara Islam yang sanggup menyelamatkan orang Islam, bahkan Islam itu sendiri dan juga negara Islam,” jelasnya.

Tambah Mahathir lagi, anggota ISIL yang bermazhab Sunni bukan sahaja membunuh tawanan Syiah, tetapi juga Sunni yang dianggap oleh mereka kurang Islam atau tidak Islam kerana tidak mengikuti fahaman mereka.

“Di Malaysia sudah pun ada orang yang mendakwa kononnya sesetengah orang Islam di negara ini tidak cukup Islam bahkan kafir.

“Ramai juga dari kumpulan ini sudah ke Syria dan mungkin Iraq untuk berjuang bagi membina “negara Islam” dengan membunuh orang Islam lain,” katanya.

Ujar beliau lagi, jika terlintas di dalam fikiran mereka untuk menjadikan Malaysia sebahagian dari “Islamic State”, apakah tidak mustahil untuk mereka menyertai serangan dari luar yang melaungkan jihad untuk membina “negara Islam” di Malaysia.

“Ingatlah serangan ke atas Sabah sudah pun berlaku. Di Semenanjung ada gerakan Al Maunah. Tidaklah begitu sukar bagi mereka bertindak ganas lagi jika ada seruan untuk mendiri negara Islam acuan mereka di negara ini.

“Ingatlah! Tidak siapa menjangka pengganas akan serang Sabah. Tetapi serangan ini sudah pun berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat