TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, September 25, 2014

Mutakhir:NGO kecewa Anwar tunduk pada sultan

Ini lah muka-muka NGO yang POYO !!! ???

KDN, PDRMsia ambil tindakkan kepada perosak keamanan negara. Penghasut supaya membenci kepada Sultan Selangor.

NGO prodemokrasi, Kembalikan Selangorku, menyokong cadangan agar Pakaran Rakyat menjalankan reformasi ke atas perlembagaan negeri demi mengekalkan prinsip demokrasi dalam isu pelantikan menteri besar.

 
"Kami mengkritik Pakatan Rakyat kerana meninggalkan prinsip demokrasi dan mengalihkan sokongan dari presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada timbalan presiden, Azmin Ali dalam masa yang sangat singkat.

“Tindakan Pakatan Rakyat yang menyokong campur tangan istana dalam pelantikan menteri besar,” kata NGO tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu menegur ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan menyerahkan kalah dan “tunduk pada pelantikan oleh sultan”.

"Anwar Ibrahim berpegang pada perlembagaan negeri dan mengkritik sultan Selangor, tapi tidak lama kemudian beliau mengalah dalam pendirian perlembagaan dan tunduk pada pelantikan sultan.

"Ini sangat mengecewakan ramai pihak di Selangor,” kata NGO itu lagi yang menjalankan kempen “Riben Hitam” untuk menentang campur tangan luar dalam usaha PKR untuk mengganti menteri besar Selangor.

Kembalikan Selangorku berkata Pakatan sepatutnya mengambil contoh di Perak pada 2008 dengan membawa isu tersebut ke mahkamah untuk menjelaskan undang-undang tubuh negeri dan prinsip demokrasi.
 
"Ia tidak sepatutnya meninggalkan tanggungjawab untuk mendukung undang-undang negeri paling tinggi dan mengabaikan mandat dari rakyat.

"Krisis MB Selangor mendedahkan masalah sistem demokrasi di negeri negeri ini,” menurut NGO itu lagi yang menggesa agar pembaharuan dijalankan ke atas perlembagaan negeri.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat