TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, July 6, 2014

MUTAKHIR: Najib umum dividen FGV sebanyak RM72.9 juta

Kuala Terengganu: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembayaran dividen akhir FELDA Global Venture Holding Berhad (FGV) berjumlah RM72.9 juta.

Sehubungan itu Perdana Menteri, berkata semua peneroka FELDA seramai 112,635 orang di seluruh negara akan menerima imbuhan sebanyak RM647.78 seorang.
Beliau berkata, pembayaran dividen akhir ini yang membabitkan jumlah 10 sen sesaham dijangka mula dibayar pada 11 Julai ini menerusi Tabung Amanah Peneroka.

Beliau mengumumkan apa yang disifatkan durian runtuh itu kepada peneroka untuk menyambut Aidilfitri ketika berucap pada majlis berbuka puasa sempena Ihya RaPmat Ramadan Warga FELDA peringkat Kebangsaan 2014 di Pejabat FELDA Terengganu di sini, petang ini.

Perdana Menteri juga turut menyampaikan duit raya kepada peneroka berjumlah RM30.5 juta bagi meringankan beban kewangan peneroka dan keluarga mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri akhir bulan ini. Najib juga turut menyerahkan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan FELDA, berjumlah RM22.02 juta.

Najib berkata, zakat itu dibayar kepada 14 Pusat Zakat negeri.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat