TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, June 30, 2014

MUTAKHIR: Hukuman mati ke atas rakyat Singapura edar dadah kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan keputusan bersalah dan hukuman mati ke atas seorang rakyat Singapura kerana mengedar 2164.9 gram methamphetamin.

Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Ang Kok San terhadap keputusan bersalah dan hukuman tersebut.

Hakim Raus berkata keputusan itu adalah tepat dan mahkamah tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Ang, dalam usia 50an, didakwa mengedar dadah itu di sebuah bilik di Hotel Continental, Pulau Pinang pada kira-kira 6 petang 15 Mac, 2006.

Menurut fakta kes, satu pasukan polis melakukan intipan ke atas Ang yang menaiki bas di Stesen Pudu Raya, membawa beg selempang di bahunya.

Ang turun di Stesen Bas Sungai Nibong dan bersama seorang lelaki, mengambil teksi ke hotel berkenaan dan mendaftar di hotel itu.

Polis kemudian menyerbu dan menggeledah bilik berkenaan dan menemui sampul surat mengandungi serbuk putih dan bahan seperti kristal dalam beg hitam samsonite yang selepas dianalisis oleh ahli kimia mendapati mengandungi methamphetamin.

Pada 9 Mac, 2010, Mahkamah Tinggi di Georgetown, Pulau Pinang mendapati Ang bersalah mengedar dadah dan menjatuhkan hukuman mati.

Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ang dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik sementara timbalan pendakwa raya Awang Amardajaya Awang Mahmud bertindak bagi pihak pendakwa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat