TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, June 26, 2014

AGENDA PERPADUAN YANG SEBENAR PERLU MENGAMBIL KIRA ISU-ISU ANTARA KAUM, PERPADUAN DI KALANGAN KAUM DAN PERKONGSIAN KEKAYAAN. ADAKAH NUCC MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI?

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) ingin mengulas debat yang sedang diperkatakan terhadap tiga rang undang-undang yang dicadangkan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC). Menurut laporan berita, Timbalan Pengerusi Undang-Undang dan Jawatankuasa Polisi NUCC, Lim Chee Wee percaya bahawa rang undang-undang ini memerlukan Putrajaya untuk mewajarkan kuota Bumiputera dalam perniagaan.


MTEM percaya ini adalah satu langkah dari semangat untuk membentuk sebuah jawatankuasa yang diwujudkan untuk menangani perkara-perkara berkaitan perpaduan nasional tanpa mengorbankan dasar tindakan afirmatif kerajaan. 

Kami mempersoalkan mengapa NUCC perlu mewujudkan kebimbangan di kalangan perniagaan Malaysia mengenai kuota Bumiputera. Walaupun kami menyokong langkah majlis itu untuk menangani isu ketelusan yang kami anggap amat penting, kami perlu mempersoalkan niat NUCC menimbulkan isu ini. 

Kami percaya bahawa majlis yang ditubuhkan untuk perpaduan nasional ini perlu menangani punca masalah di negara ini, iaitu jurang ekonomi. Sejarah telah menunjukkan kepada kita bahawa ini adalah punca kepada apa yang telah berlaku di Malaysia sebelum ini, dan dianggap telah ditangani melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). 

Namun, fakta jelas menunjukkan bahawa masih terdapat kecenderungan kaum di dalam sektor pekerjaan serta monopoli di dalam rangkaian bekalan industri. 

Kami juga ingin memaklumkan terdapat juga diskriminasi perkauman apabila menyentuh tentang pengambilan kerja, pemberian gaji dan juga kenaikan pangkat dalam syarikat. 

MTEM percaya bahawa untuk menyokong perpaduan, kita perlu pertama sekalinya menangani jurang ekonomi antara kaum, dan kami menyokong sepenuhnya sekiranya rasuah terbukti sebagai punca utama masalah ini. 

Sebagai contoh dalam kes syarikat Ali Baba, wujudnya topeng perkauman di mana satu kaum menjadi pemberi terbesar manakala kaum yang lain kemungkinan besar hanya menerima. 

Dalam skala makro jurang perbezaan ekonomi, MTEM ingin menunjukkan ada satu kaum yang mengawal 80 peratus ekonomi Malaysia manakala yang lain perlu berperang sesama sendiri untuk baki 20 peratus. 

Dari pemerhatian MTEM, kami dapati bahawa perbezaan antara kaum di Malaysia semakin meningkat, dengan masyarakat India Malaysia menghadapi cabaran yang paling besar sekali. 

Oleh itu, kami percaya bahawa polisi bantuan kerajaan harus kekal dan terus menangani ketidaksamaan antara kaum dan juga keperluan penduduk Malaysia keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat