TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, April 1, 2014

Siasat aktiviti Red Bean Army

Kerajaan diminta menyiasat secara terperinci aktiviti tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA) yang didakwa sering memfitnah serta memburukkan pemimpin negara sehingga menimbulkan curiga mereka mungkin tali barut media asing.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, RBA dilihat begitu kebal dan gemar menghebahkan berita berunsur fitnah, namun tiada sebarang tindakan dilihat diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap dalangnya.
“Saya persoalkan kenapa SKMM tidak ambil tindakan, bukan susah untuk kenal pasti identiti mereka. Apa kerja SKMM sebenarnya? Jangan sampai gerakan siber ini mengeruhkan lagi keadaan dalam negara,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 bagi bacaan kali kedua peringkat dasar semalam.

Katanya, SKMM perlu serius menangani perkara itu kerana ia bukan lagi satu permainan, sebaliknya RBA ada agenda tersendiri dalam usaha mencemarkan imej negara.

Bung Moktar memberi contoh, Singapura mewujudkan sedikit kawalan terhadap internet, malah Amerika Syarikat yang kononnya mengamalkan kebebasan bersuara, turut mengekang sepenuhnya aktiviti yang boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara mereka.

Kaji semula akta
Sementara itu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) ketika mencelah perbahasan itu, berkata kerajaan wajar mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia yang mungkin menyebabkan pihak berkuasa terikat sehingga undang-undang dilihat lebih penting daripada keselamatan negara.

Dalam sesi soal jawab pula, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata SKMM menerima enam aduan berhubung pembekalan dan penjualan kelengkapan peranti berfungsi mencuri talian WiFi dan daripada jumlah itu, tiga kes sudah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Bagi menangani masalah ini, SIRIM QAS International Sdn Bhd akan memantau pasaran secara berkala. Kementerian dan SIRIM juga menganjurkan taklimat kesedaran mengenai isu ini kepada orang awam, pemegang lesen dan agensi penguat kuasa,” katanya menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar).

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat