TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, January 4, 2014

Yang Dipertua 2 PERKIM dan dua ahlinya disabit menipu RM3.612 juta

SHAH ALAM: Yang Dipertua 2,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, dan dua bekas ahli PERKIM; Datuk Baharin bin Baba, dan Abas bin Adam disabitkan dengan kesalahan menipu.

Mereka didakwa menipu sebagai Pemegang Amanah kepada Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 1) berjumlah RM3.612 juta.


Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Khas (Rasuah), M.Bakri bin Abdul Majid menjatuhkan hukuman tersebut  di akhir kes pembelaan pada pagi tadi.Ariffin, 77, Baharin, 61 dan Abas, 63 telah menipu ahli-ahli PERKIM di Damansara Utama,  dengan memaklumkan bahawa mereka telah menerima wang pendahuluan seperti yang terkandung di dalam  Lampiran A, daripada Syarikat Rira Bina Sdn. Bhd., pihak Usahasama bagi Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015.

Sebaliknya, tertuduh sebagai Pemegang Amanah tidak menggunakan wang pendahulan tersebut untuk tujuan sedemikian dengan mengetahui bahawa dengan jalan yang demikian itu, menyebabkan kehilangan salah kepada dana PERKIM Damansara Utama untuk Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 11).

Ketiga-tiganya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perkim Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini antara 1 April 2002 dan 22 April 2004.Perbuatan tersebut disiasat dibawah Sekyen 418 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka telah dijatuhkan hukuman denda RM20,000 dan sekiranya gagal boleh dikenakan hukuman pemenjaraan sehingga enam bulan.Mereka memilih membayar denda RM20,000 setiap seorang hari ini.

Tertuduh diwakili peguam Akberdin, Rafie dan Azhan bagi pihak pembelaan manakala Anthony Kevin Morais menjalankan pendakwaan bagi pihak SPRM.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/yang-dipertua-2-perkim-dan-dua-ahlinya-disabit-menipu-rm3-612-juta-27811?cp

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat