TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, January 8, 2014

Safee jadi penyelamat Harimau Selatan

Safee jadi penyelamat Harimau Selatan   
Aimar (dua dari kiri) cuba melepasi benteng Pelita Bandung Raya dalam pertandingan persahabatan di Stadium Larkin, malam tadi. - Foto Roslan Khamis
 
Johor Bahru: Penyerang kebangsaan, Safee Sali kembali menunjukkan taring apabila jaringannya pada babak kedua memastikan Johor Darul Tazim (JDT) mengikat kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya dengan keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.

Skuad Harimau Selatan bermula garang seawal minit kelima apabila mencetus gerakan menarik menerusi umpanan Mahali Jasuli yang pantas dikuis Luciano Figueroa kepada Amirul Hadi Zainal, namun rembatan derasnya tatkala berada dalam kotak penalti sekadar sipi dari gawang gol.
 
Peluang terbaik Harimau Selatan mencipta jaringan hadir pada minit ke-16 selepas bola hantaran lintang Pablo Aimar tepat kepada Figueroa yang melonjak tinggi untuk menanduk bola, tetapi diselamatkan oleh penjaga gol, Denis Ramanov.

Pelita Bandung Raya yang diperkuatkan dengan kelibat Bambang Pamungkas selaku penyerang utama tampak gagal untuk menembusi benteng pertahanan JDT yang dikawal kemas gandingan kapten, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Baihakki Khaizan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat