TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, January 18, 2014

Letupan Bom di Bangkok


Bangkok Sekurang-kurangnya 36 orang cedera dalam letupan bom ketika penunjuk perasaan anti kerajaan berarak di Bangkok melalui tindakan yang mereka namakan ‘penutupan’ Bangkok untuk menggulingkan kerajaan, yang masuk hari kelima semalam.


Pegawai pusat kecemasan Erawan di bandaraya ini berkata daripada jumlah yang cedera itu, seorang dibawa ke pusat perubatan dan menjalani pembedahan kecemasan. 


Pemimpin demonstrasi, Suthep Thaugsuban berada dalam perarakan itu tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan, kata jurucakap kumpulan demonstrasi Akanat Promphan.


“Letupan itu hanya kira-kira 30 meter dari Suthep,” kata Akanat.


“Pengawal peribadinya kemudian mengiringinya semula masuk bersama-sama kumpulan demonstrasi.” 


Akanat berkata bom di lontar ke arah trak yang dipandu oleh penunjuk perasaan yang berada beberapa meter di depan Suthep. Polis sedang menyiasat jenis bom yang digunakan dalam ledakan itu. 


Gambar televisyen menunjukkan beberapa orang terbaring cedera sementara ambulans membawa yang cedera ke hospital. 

Penunjuk perasaan kelihatan mencari mereka yang bertanggungjawab di bangunan berhampiran, tatkala polis dan tentera tiba di tempat kejadian. 


“Letupan bom itu berlaku jam 1 tengah hari (0600 GMT),” kata jurucakap timbalan ketua polis negara Anucha Romyanan. 


Penyokong Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bimbang letupan bom itu bertujuan untuk mencetuskan rampasan kuasa oleh tentera.


Penunjuk perasaan antikerajaan yang mahu menggulingkan Yingluck telah menutup tujuh jalan utama di bandaraya minggu ini menggunakan beg berisi pasir dan besi panjang. 


Umumnya demonstrasi berjalan aman tetapi beberapa insiden keganasan kecil dilaporkan berlaku di tempat demonstrasi, sasaran tembakan dan bahan ledakan kecil yang dibaling ke arah penyokong kuat demonstrasi. 


Malam kelmarin, dua suspek penunggang motosikal yang melalui kediaman Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra melontar bom tangan ke dalam rumah, demikian menurut pegawai polis Samarn Rodkamnerd. 


Sukhumbhand - ahli Parti Demokrat yang menyokong penunjuk perasaan - tiada di rumah ketika itu dan tiada kecederaan atau kerosakan teruk dilaporkan.


Keganasan berlaku ketika Yingluck berdepan masalah perundangan semalam, selepas suruhanjaya anti rasuah negara itu mengumumkan akan menyiasat cara dia mengendalikan dasar padi dan beras yang menimbulkan kontroversi.


Suruhanjaya itu kelmarin berkata ia mempunyai asas untuk menyiasat dakwaan terhadap Yingluck serta mempunyai bukti untuk mendakwa bekas menteri perdagangan dan ramai lagi pegawai. 


Jika didapati bersalah, Yingluck akan dipaksa melepaskan jawatan. AFP / AP


No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat