Panglima
Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin
Mohd Zin telah menyempurnakan Majlis Perasmian Eksesais BERSAMA LIMA
2013 yang diadakan di Auditorium No. 18 Skn, Majlis tersebut turut
dihadiri oleh pemerintah-pemerintah atasan dari negara-negara yang
terlibat.
Eksesais ini merupakan aktiviti multilateral melibatkan
Malaysia, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura yang
merupakan anggota bagi Five Power Defence Arrangements (FPDA).
Eksesais yang berlangsung dari 6
hingga 21Nov 13 ini dibentuk untuk berkongsi kaedah pelaksanaan operasi
di kalangan anggota (FPDA) di samping meningkatkan hubungan dan
interoperability.
Akhirnya terjawab MTMR mencari dan merasa sesuatu yang tidak kena di ruang udara di Pasir Gudang, Gelang Patah terdapat pesawat-pesawat Tempur Udara dengan kekerapan penerbangan.
Apa pun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana ini adalah latihan bersama. MTMR amat teruja dengan rakyat Malaysia yang perihatin dengan persekitaran mereka.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.