Ibu bapa digalak hidupkan budaya ilmu, akhlak baik dalam kehidupan anak
Inilah masa untuk melarikan diri buat sementara daripada alam persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku sekolah, mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun.
Tentunya bercuti adalah terapi paling mujarab untuk menghilangkan segala tekanan dihadapi setiap pelajar. Sebenarnya sebagai ibu bapa, seharusnya kita mengajar anak-anak kita supaya menggunakan masa dengan bijak.Cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakan terus pelajaran. Sebagai ibu bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program bermanfaat untuk anak-anak.
Cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakan terus pelajaran. Sebagai ibu bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program bermanfaat untuk anak-anak.
Rancang aktiviti untuk anak
Jadilah ibu bapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak. Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan mereka sendiri menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu bapa kerana dalam usaha kita membina insan cemerlang, maka setiap masa itu perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Dalam proses ini kesepaduan peranan pihak pemerintah, pihak sekolah dan ibu bapa mestilah saling bekerjasama dan mengambil tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6, maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakar dari manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
Dengan demikian mimbar menasihatkan jemaah sekalian bahawa dalam tempoh kritikal ini, awasilah dan pantau apa yang mereka lihat serta tidak mengelak daripada tanggungjawab mendidik anak-anak walau apa juga sekalipun dan jadilah model ikutan terbaik untuk anak-anak kita.
Menurut Prof Dr Yusuf al-Qardawi, kesan paling menonjol akibat kelemahan kualiti keibubapaan hari ini ialah apabila tercabutnya akhlak mulia anak-anak yang memudahkan mereka terdedah dalam krisis gejala sosial.
Pencapaian prestasi anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh ibu bapa sendiri. Dalam hal ini ibu bapa perlulah membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak-anak.
Petunjuk tentukan hala tuju
Dalam menjamin keberkesanan fungsi ibu bapa menentukan kejayaan pendidikan anak, maka mimbar menasihatkan ibu bapa sekalian menetapkan beberapa petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut:
* Memastikan anak-anak menunaikan solat fardu lima waktu kali sehari secara konsisten sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Latih dan didiklah anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukul mereka ketika mereka berumur 10 jika mereka enggan menunaikan sembahyang dan pisahkan tempat tidur mereka.”
Sebagai bapa, berusahalah untuk berjemaah bersama anak dan jadilah imam ketika bersolat agar terserlah kepemimpinan kita sebagai ketua keluarga seterusnya dapat memantau kualiti solat anak dan mengukuhkan ikatan kasih sayang dengan mereka.
* Memastikan anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari.
* Memastikan anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin. Waktu makan juga boleh dimanfaatkan untuk mendidik anak agar berdisiplin, beradab sopan dan berakhlak mulia seperti membaca doa sebelum makan, memberi sebahagian lauk kepada adik beradik yang makan bersama, mengambil makanan sedikit demi sedikit, mengelakkan sifat tamak dan menunggu ibu bapa sebelum makan.
* Menyemak buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran.
* Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak.
* Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan guru kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklum balas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak ketika berada di sekolah.
Sebagai ibu-bapa, kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita sudah menunaikan kewajipan dan hak anak apabila mereka dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang.
Tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat. Sebagai ibu bapa, kita digalakkan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak, kerana doa ibu-bapa boleh menyebabkan kehidupan anak dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada segala bencana.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.