Bagi orang Islam, kepercayaan kepada tuhan dan kesedaran ketuhanan itu mempunyai peranan
dan pengaruh yang kuat. Ia mempengaruhi prestasi daripada pelbagai dimensi diri dan juga pelbagai
bentuk perilaku positif seseorang. Oleh sebab itu, menurut Rasulullah, iman mempunyai 70 cabang.
Cuba kita perhatikan panduan agama tentang luasnya pengaruh iman kepad pelbagai diri manusia.
Apabila kita berpijak di atas landasan kepercayaan, keyakinan dan kesedaran tentang Allah,
kesedaran lain muncul, iaitu kesedaran tentang adanya Hari Kiamat, Syurga , neraka, pahala,
dosa, takdir Allah, nikmat Allah, rahmatnya dan sebagainya. Iman mempengaruhi perilaku kita,
baik kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain.
Persoalan berkenaan iman yang mempengaruhi tingkah laku adalah: adakah kita mengutamakan
hal yang penting dan menjauhi perkara yang tidak berguna? Adakah kita menjauhi tindakkan yang
tidak bermoral, suka menderma, menghargai orang lain, sabar menghadapi cabaran, memiliki integrity diri,
menyayangi sesama manusia dan sebagainya?
Terdapat banyak cara bagi muslim memperbaharui dirinya. Antaranya dengan berzikir, bersolat,
membaca Al-Quraan dan mengerjakan haji. Pembaharuan rohani sentiasa berlaku terutamanya
melalui ibadat yang kita lakukan setiap hari seperti bersolat, berzikir dan membaca Al-Quraan.
Hasilnya, kualiti rohani kita terus meningkat.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.