TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, November 23, 2013

CGC lancar skim jaminan pembiayaan untuk PKS

Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) akan melancarkan beberapa skim jaminan pembiayaan khusus untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera, mulai tahun depan.

Jaminan itu akan menumpukan kepada sektor strategik iaitu peruncitan dan pemborongan.
Pengarah Urusannya, Datuk Wan Azhar Wan Ahmad, berkata CGC akan memperluaskan lagi akses pembiayaan terutama kepada syarikat berskala kecil dengan syarat serta kriteria pinjaman lebih fleksibel serta had pinjaman lebih tinggi bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka.

Katanya, kini CGC mempunyai beberapa skim kredit mikro khusus untuk syarikat Bumiputera dengan had pinjaman yang kecil. Bagaimanapun, menerusi skim pembiayaan jaminan baru itu ia membolehkan syarikat Bumiputera mendapatkan jumlah pembiayaan sehingga RM500,000.

Skim lebih toleransi

“CGC merancang untuk menyediakan akses kepada jaminan pembiayaan CGC yang lebih luas untuk syarikat Bumiputera dan menjadi antara agenda utama kami tahun depan. Kami sudah merangka beberapa skim khusus mengikut sektor perniagaan keutamaan dan perinciannya akan diumumkan tidak lama lagi.

“Paling penting, skim ini akan memberikan toleransi besar kepada syarikat Bumiputera iaitu kos pembiayaan yang lebih rendah, kriteria peminjam lebih fleksibel serta tempoh pinjaman lebih panjang,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Skim Pembiayaan Jaminan Portfolio Islam Pertama oleh CGC dengan kerjasama Standard Chartered Saadiq Bhd (Saadiq) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Saadiq merangkap Ketua Global Perbankan Konsumer Islam Standard Chartered Bank, Wasim Saifi dan Ketua Pembangunan Perniagaan CGC, Kristine Ng.

Wan Azhar berkata, sehingga kini, CGC telah memberikan jaminan bagi pembiayaan berjumlah RM52 bilion membabitkan lebih 420,000 syarikat. Daripada jumlah syarikat PKS yang mendapat jaminan pinjaman CGC itu, kira-kira 42 peratus adalah syarikat Bumiputera.

Katanya, CGC akan menjalin kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dewan perniagaan dan institusi berkaitan usaha memperkasakan Bumiputera bagi penawaran skim pembiayaan jaminan baru itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat