TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, October 25, 2013

TI-M puji tindakan SPRM tahan bekas CEO syarikat GLC

Transperancy International-Malaysia (TI-M) hari ini memuji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas Ketua Ppegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat Iskandar Investment Berhad kerana disyaki terbabit rasuah bernilai RM400,000.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar, berkata tindakan terkini SPRM itu wajar dilihat sebagai amaran kepada semua, bahawa agensi tersebut serius dalam menangani gejala rasuah.

"Perkara yang harus dilakukan oleh sesebuah syarikat atau CEOnya ialah melaporkan kepada SPRM jika ada cubaan rasuah, bukan mengambil rasuah itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Lelaki berusia 40-an itu ditahan malam kelmarin.

Dalam pada itu, TI-M turut menyarankan SPRM menyiasat Laporan Ketua Audit Negara mengenai "kebocoran" sejumlah besar wang daripada kerajaan.

"Daripada menyalahkan 'orang bodoh', SPRM patut mencari petunjuk yang membolehkan mereka menyiasat kes terbabit. Tanpa penyampai maklumat, amat sukar untuk mendapatkan bukti melainkan ada audit forensik yang menyeluruh," katanya.

Sehubungan itu katanya, amat perlu bagi Perdana Menteri menyedari kepentingan penyampai maklumat atau 'whistle-blower' ini dan menarik balik pindaan terhadap Seksyen 203A Kanun Keseksaan mengenai pendedahan maklumat serta meneliti semula Akta Rahsia Rasmi yang mengekang ketelusan.
Dalam kenyataan itu TI-M juga mengucapkan tahniah kepada usahawan dan jurutera awam dari Malaysia, Dr Nehemiah Lee Chee Hai yang menerima anugerah daripada Institution of Civil Engineers (ICE) United Kingdom.

Lee yang mengasaskan syarikat pembinaan Nehemiah Reinforced Soil Sdn Bhd, barangkali rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah itu, katanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat