TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, October 16, 2013

Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald.

Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah,menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib berkata,pada masa sama,keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan,The Herald juga mesti disokong umat Islam.Beliau menegaskan, walau apa cara sekalipun,umat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu supaya kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak sekali-kali menjadi bahan senda penganut agama lain.

"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam,semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

 
Harun diminta mengulas keputusan mahkamah itu semalam yang tidak membenarkan majalah berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.Yang turut dinamakan perayu terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu,Wilayah Persekutuan,Melaka,Johor,Kedah dan Selangor serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur,Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Hakim Mohamed Apandi (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) dalam penghakiman bertulisnya setebal 43 muka surat menyatakan,penggunaan kalimah Allah berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini. 

 
Pada hemat beliau,penggunaannya memberi kesan terhadap kesucian agama Islam yang termaktub di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan tenteram.Mengulas lanjut mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu semalam,Harun menjelaskan,perkara berkaitan kalimah Allah sememangnya perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam dan keputusan mahkamah itu mesti disokong dan dihormati."Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain," ujarnya. - Utusan Malaysia

APA KATA ANDA ???

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat