TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, July 30, 2013

Aset tentera ikut ancaman, bajet: Najib


Putrajaya: Malaysia akan meneliti keperluan pertahanan masa depan berdasarkan ancaman yang mungkin dihadapi dan bajet sedia ada dalam menentukan pembelian kelengkapan ketenteraan negara.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan kini menumpukan perhatian terhadap menguruskan keperluan mengurangkan defisit dalam negara kerana perlu memperkukuhkan kedudukan makro dan fiskal.


“Jika (mencukupi) dalam bajet kita, kita akan pertimbangkan, bukan saja dari segi pesawat perang pelbagai guna, tetapi kelengkapan lain seperti helikopter penyerang dan senjata, bergantung kepada ancaman yang mungkin dihadapi Malaysia pada masa depan.

“Seperti pencerobohan di Sabah baru-baru ini. Ia ancaman berintensiti rendah. Walaupun bahaya, ia tidak serius seperti menghadapi peperangan,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai peluang syarikat Perancis, Dassault Aviation (Dassault) mendapatkan tender untuk membekalkan jet pejuang Rafale kepada Kerajaan Malaysia.Najib berkata, kerajaan juga sedia maklum dengan kejayaan Rafael, terutama dalam pembidaan di India.

Dassault sebelum ini membida untuk membekalkan jet pejuang Rafale sebagai penggantian kepada jet pejuang MiG 29 N buatan Russia.Isu dua halaTerdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Ayrault bagi membincangkan pelbagai isu dua hala sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Perancis itu ke Malaysia, bermula kelmarin.

Najib dan Ayrault juga menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Perancis, iaitu antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Thales bagi kerjasama dalam industri rel.

MoU lain ialah antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Eurosae SAS bagi kerjasama dalam bidang kejuruteraan, penerbangan dan aeroangkasa, maritim dan pengangkutan berhubung kait dengan pertahanan dan keselamatan.

Turut ditandatangani ialah MoU kerjasama strategik antara MARA dan Eurosae Advanced Training dalam bidang penerbangan dan teknologi aeroangkasa.

Pecah tanah projekSemalam, Ayrault diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini pada jam 9.30 pagi oleh Najib bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; anggota jemaah menteri, duta asing dan pegawai kanan kerajaan, disusuli pertemuan tertutup antara kedua-dua rakan sejawatan itu.

Ayrault juga merasmikan majlis pecah tanah projek pelaburan Perancis bernilai RM399.6 juta di Sendayan TechValley, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, yang bakal menjadi pangkalan pembuatan brek pesawat untuk pasaran seluruh Asia. 

Kunjungan juga menyaksikan termeterainya pelaburan bioteknologi di Terengganu antara Arkema dari Perancis dan CJ CheilJedang (CJ) dari Korea Selatan.Beliau juga berucap pada Forum Ekonomi Malaysia-Perancis anjuran kedutaan negara itu dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Perancis.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat