TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, June 3, 2013

Rizab antarabangsa Bank Negara RM433.3 bilion.

KUALA LUMPUR 3 Jun - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah berjumlah AS$140.3 bilion (RM433.3 bilion) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$9.04 bilion (RM27.9 bilion) pada akhir April 2013.


Menurut kenyataan BNM, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$354.7 juta (RM1.09 bilion) disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan.

Jelas kenyataan itu lagi, sejajar dengan amalan yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data tersebut tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$4.13 bilion (RM12.7 bilion) bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak AS$6.10 bilion (RM18.8 bilion) pada akhir bulan April 2013. - UTUSAN ONLINE





No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat